Friday, 30 March 2012

Rizqin junior...

Rahim mama terasa sakit setiap kali mengepam susu. Pelik juga? Sewaktu kami pergi berjalan-jalan di Aquaria KLCC, pinggang dan badan mama terasa sakit. Amat sakit. Kenapa ni? Tak pernah-pernah macam ni? Adakah kerana mama kerap mengepam? Adakah kerana rutin harian mengepam amat memenatkan, sehingga sakit-sakit badan. Tapi sebelum itu, yayah pernah kata perut mama nampak besar. Pada hal masa dalam pantang, perut dah kempis sebab rajin bertungku. Opah pun kata begitu. Mengandung ke kamu ni? Nampak lain. 

Tak mungkin mama mengandung. Sebab selepas bersalin mama tak pernah datang bulan dan menyusukan anak pula. Tapi tak mustahil juga mama mengandung. Balik dari Aquaria KLCC, yayah syorkan pergi farmasi. Ha? Terkejut pun ada, gembira pun ada, pelik pun ada. Mengandung lagi! Tapi Rizqin masih kecil lagi. Semasa Rizqin berusia 6 bulan, rupa-rupanya mama dah mengandung 3 bulan. Alhamdulillah, syukur. Kata yayah “Jumpa Dr. Jaafar lagi la”. Selama tiga tahun kami menanti kelahiran anak sulung kami, Rizqin. Ternyata rezeki kali ini cepat. Alhamdulillah, syukur. Rizqin akan dapat adik. Selamat lahir ke dunia sayang... kami tak sabar nak jumpa kamu wahai anakku.

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Nur Syifa Rizqin

Alhamdulillah, syukur perkara ini tidak terjadi kepada Syifa. Syifa pandai menyusu dan bijak melekap walau di dalam gelap. Hebat! Tidak mahu minum susu perahan menerusi botol susu, tidak mahu disudukan dan hanya mahu secara ‘direct’ sahaja. Jadi, mama tidak perlu lagi mengepam susu, tidak perlu simpan stok susu untuk Syifa. Syifa hanya mahu yang segar dan ‘direct’ sahaja. Sedihnya Syifa hanya dapat menyusu sepuas-puasnya apabila mama pulang dari kerja. Dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Syifa tidak menyusu. Jam 1.00 tengahari mama dan yayah akan pulang dan menyusukan Syifa. Antara jam 2.00 hingga 5.30 petang perut Syifa kembali kosong. Lapar susu. 

Hari-hari begitu. Tapi tidak kira hujan, panas, kursus, mama dan yayah tetap akan balik. Demi anak- anak kami sanggup buat apa sahaja. Abang, kita sanggup berpayahan pulang walau hanya 1 jam untuk menemui anak-anak kita. Cuaca panas terik, berhujan, debu-debu jalan kita redah bersama. Dengan pantas kita mengejar masa, bimbang nanti diperkata. Kita lakukan demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Hanya yang terbaik! 

Pengalaman menyusu tidak akan dilupakan. Terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Walau apa pun rintangan dan halangan yang kami tempuhi, alhamdulillah kami berjaya menyusukan anak-anak dengan susu ibu. Terima kasih ayah dan mama yang menjaga anak-anak kami dari kecil hinggalah kini. Sememangnya mereka amat bersabar dengan karenah cucu-cucunya. Terima kasih juga kepada mereka yang memahami dan sentiasa menyokong ke arah penyusuan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan jasa kalian.

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Muhammad Syafi Rizqin


Sejak mengandungkan Rizqin lagi mama tekad untuk memberikan susu ibu kepada Rizqin. Tekad. Sehingga tidak mahu sedikit pun susu formula masuk ke dalam mulut Rizqin. Mama mahukan yang terbaik untuk kamu, Rizqin. Hanya yang terbaik. Pengalaman menyusukan Rizqin amat berbeza dari menyusukan Syifa. Masalah dalam penyusuan juga tidak sama. Kesukarannya juga tidak sama. Jerihnya juga tidak sama. Totally difference!. 

Kami pernah berdepan masalah di mana tiub filter dimasuki susu. Waktu itu adalah hari terakhir berpantang. Umur Rizqin baru 44 hari. Bergegas kami ke Mom’s Little Ones, Seri Kembangan untuk membeli tiub filter baru, tempat di mana kami membeli Spectra 3 Double Pumping. Syukur, kami dapat bertemu dengan Puan Rita Rahayu Omar, Kaunselor Laktasi Susu Ibu. Beliau terkejut melihat mama membeli filter dalam kuantiti yang banyak. Lantas beliau bertanya dan kami menceritakan masalah penyusuan yang sedang kami hadapi. Beliau telah memberikan tunjuk ajar, teknik dan panduan yang betul untuk berjaya dalam penyusuan. Praktik dan amalkan. Itu yang telah kami lakukan. Namun, keadaan masih sama dan luahan hati menerusi email ini juga pernah dihantar.
Assalammualaikum.
Puan Rita,
Saya merupakan ibu bekerjaya dan mengepam susu sepenuhnya. Semasa dalam pantang, saya telah menghasilkan 50 botol susu yang mengandungi 5oz setiap satu. Malangnya, anak saya tidak mahu meminum EBM, tidak mahu menyusu secara ‘direct’ dan hanya akan meminum susu ibu yang baru diperah sahaja menerusi botol. Mungkin sebab rasanya lain seakan berbau hanyir dan terlalu awal saya memperkenalkan anak saya dengan penyusuan botol. Saya dan suami pernah berjumpa puan satu ketika dulu dan cuba membuat relaktasi untuk anak saya kembali menghisap terus dari payudara saya. Tetapi tidak berjaya. Anak saya menangis semahu-mahunya dan saya terus-menerus mengepam susu.
Untuk makluman puan, saya menggunakan pam susu jenis Spectra 3 (double pumping) dan pam ini amat penting dan membantu saya walau dimana saya berada. Walau bagaimanapun, saya berjaya memberi susu ibu secara ekslusif dan mengepam secara berjadual kerana saya tidak mahu anak saya minum susu formula. Setiap hari saya memikirkan susu ibu untuk anak saya. Masa saya banyak dihabiskan dengan mengepam dan sukar untuk saya duduk lama / keluar berjalan pada hujung minggu. Keadaan ini berlarutan sehinggalah dia berusia 6 bulan (11 Mac yang lalu). Kini dia belajar untuk makan puri nasi yang dibuat sendiri. Saya berikan dia air jus sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri dan masih lagi mengepam susu ibu.
Persoalannya ialah anak saya masih lapar dan saya tidak tahu apa yang patut saya berikan untuknya? Susu badan saya masih ada, cuma setelah selesai mengepam, saya berikan terus padanya dan 30 minit selepas itu dia lapar lagi. Sekiranya saya mengandung lagi, saya tidak mahu anak yang bakal saya lahirkan nanti jadi seperti ini...
Saya amat berharap jawapan dari puan. Terima kasih.
Mama Rizqin
15 Disember 2009
Apakah yang terjadi kepada anak kedua yang bakal dilahirkan nanti, tunggu sambungannya...

Tuesday, 27 March 2012

Jom mandi kolam

Kolam renang dah beli di TESCO Rawang. Harga cuma RM 88.00. Murah bukan? Tak mahal pun, lagi pun dah survey merata. Brand Disney saiz big family. Besar! Memang besar dan panjang. Mujur pakai pam elektrik, itu pun ambil masa 10 minit untuk kembangkan kolam dan 5 minit untuk penuhkan air. Kalau pakai pam tangan, jenuh. mungkin berjam-jam baru dapat mandi kolam. Kami mandi kolam di Taman Syifa, bila orang lalu-lalang depan rumah, semua asyik tegur. Jangan jealous ok! Kami nak berenang. 

Memang sengaja beli kolam renang yang bersaiz besar supaya kami semua dapat mandi bersama-sama. Kalau kecil sangat takut tak puas. Cadangnya nak beli yang ada gelongsor, ada pokok, ada mainan, ada hiasan, tapi yayah bimbang takut anak-anak cedera ketika seronok bermain. Licin. Sebab itu beli kolam yang besar. Baru puas, luas dan yang penting semua orang boleh turut serta. Seronok anak-anak main air.  Rizqin nak baring atas pelampung! Rizqin nak itu, Rizqin nak ini. Syifa lari-lari dalam air. Mama yayah percik-percik air. Riuh!

Karenah si anak kecil

Setahun yang sudah, Syifa sering menangis. Kerap! Sejak dari dalam pantang lagi. Syifa asyik menangis.  Tak boleh nak diletak. Pantang mama bergerak. Melalak la dia. Selagi tak datang dan dukung dia, selagi itulah dia akan menangis. Mata dia sentiasa berair.  Tanyalah Rizqin. Adik mana? Dijawabnya 'adik nangis'.

Bila di rumah atok, Syifa hanya mahukan opah. Atok dia tak nak. Tak boleh berenggang dengan opah.  Sampaikan opah tak boleh nak buat kerja lain. Opah nak siapkan kerja, bagi Syifa pada atok, dia melalak.  Nak basuh baju, sidai kain, memasak, mengemas, basuh bilik air, ambil air Dr. Sukida, pergi kedai, buang air semuanya tak senang nak buat. Waktu opah masak, ada dalam sepuluh kali la... asyik bukak tutup api. Opah kata kalau hantar rumah orang ni, sah orang tak nak jaga. Tak sanggup. Menangis je. Bila Syifa menangis tak henti-henti Opah akan bawa Syifa ke muka pintu dan ketuk-ketuk pintu sambil berkata ‘Ha, mama dah balik, mama dah balik’. Maka, secara automatiknya diam la... Syifa. Tapi, untuk sementara waktu je, lepas tu sambung semula menangis. 

Bagi memudahkan opah dan atok menjaga cucunya ini, yayah sediakan buaian elektrik agar Syifa boleh tidur tanpa opah perlu ayunkan buaian. Tapi wajib menyanyi untuk dodoi kan Syifa. Sampai hilang suara opah dibuatnya. Bila dah penat menyanyi, tak tidur pulak si Syifa. Terkebil-kebil matanya dalam buaian. Rupa-rupanya Syifa diserang Separation Anxiety. Separation Anxiety sering terjadi kepada bayi yang berumur 6 bulan atau seawal dari itu. Tetapi perkara ini tidak terjadi kepada Rizqin. Rizqin amat mudah dijaga semasa kecil.  Kenapa Separation Anxiety ini terjadi?
  • Attachment : Pertalian emosi di antara anda dan bayi anda adalah begitu mantap, dan kekuatan ikatan ini menjadikan dia mahu bersama anda sepanjang masa. Dia fikir, "Saya hanya mahu ibu saya, tidak ada orang lain." 
  • PermanenceYour baby has no concept of permanence. Bayi anda tidak mempunyai konsep kekal. Apabila dia melihat bola bergolek ke belakang sofa, dia berpendapat bola itu tidak lagi wujud. Bayi anda menangis apabila dia tidak dapat melihat kerana dia fikir, "Ibu pergi dan dia tidak akan kembali."
  • Time : Konsep masa bayi anda belum terbina. Jadi, walaupun anda memberitahu dia yang anda akan kembali kepadanya tidak lama lagi, dia berfikir, "Ia akan ambil masa yg lama sebelum saya lihat ibu saya sekali lagi."
  • Awareness : Dia lebih sensitif terhadap kehadiran anda kerana dia mempunyai pemahaman yang lebih matang tentang dunia di sekelilingnya. Hasilnya, bayi anda bertindak balas apabila anda hilang dari penglihatannya. Dia fikir, "Saya sudah kehilangan ibu saya."
Pertalian emosi antara Syifa dan mama amat kuat. Maklumla Syifa adalah anak 100 % susu ibu. Rizqin juga anak yang menyusu secara ekslusif sehingga umurnya 6 bulan 20 hari. Dan...ketika itu juga Syifa telah tiga bulan berada di dalam rahim mama. Rizqin anak yang tenang, mahu dengan semua orang, tidak banyak ragam. Memang mudah. Betul la, setiap anak lain karenahnya, berbeza wataknya walaupun anak-anak kita lahir dari rahim ibu yang sama. Perbezaan ini memerlukan pendekatan yang berlainan. Jika anak itu sensitif kita perlu lebih peka dengan perasaan dan emosinya. Jika anak itu gemar bercerita kita perlu suka mendengar celotehnya. Peluk, cium, pujuk dan bergurau dengan mereka setiap hari. Malam ini kita berseronok di Taman Syafi Syifa lagi tau! Tiap-tiap hari tau…MESTI

Thursday, 15 March 2012

Hari-hari kartun...

Rizqin amat gemar menonton cerita animasi Upin dan Ipin. Seharian dia boleh menghadap TV menonton Upin dan Ipin. Sebut saja tajuk mana yang nak ditonton.. Mama dan yayah akan bukakan record Upin dan Ipin. Memang dia boleh hafal dialog dan tiru aksi Upin dan Ipin. 

Betul, betul, betul. Eh, apa tu? Ini pisang. Nak satu boleh, ambil la. Pisang & Cengkerang. Upin Ipin rajin mengemas mainan, ditirunya mengemas. Bagus juga kemas rumah. Bersih rumah kita. Bila mama sapu sampah, sibuk dua beradik ni nak sapu. Katanya, anak rajin, anak rajin! Yang bermaksud. Nak tolong menyapu la tu. Nanti mama bagi, nanti mama bagi, katanya. Dah bersih barulah beri penyapu pada anak-anak. Kalau tak bersepah la semula. Sama kan, sama kan. 

Kalau nampak anak kucing. Digelarnya Apin. Upin Ipin dan Apin. Macam cerita Ombak Rindu, Maya Karin pegang kucing. Eh, Apin la, Apin la. Suka sangat makan ayam. Of course la, KFC. Nak ayam goreng! Nak ayam goreng! Dah tentu makanan kegemaran Ipin. 

Di tumbuk-tumbuknya belakang badan Opah dengan tangannya, sedap tak? Sedap. Samakan, samakan. Tiru Upin Ipin urut Opah. Opah memuji, Sayang… cucu opah. Dijeritnya, Atok, atok, nak tolong, nak tolong! Dibantunya atok kemas rumah. Rajin sungguh cucu atok. Kalau berjual dijeritnya dua seringgit, dua seringgit... Sama macam Mail jual ayam goreng di pasar. 

Pegang pistol, beraksi tembak-menembak. Jerit pistol angin! pistol labah-labah! pistol agar-agar tiru kehebatan Sarjan Hussin dalam Metrobot Bergabung. Disebutnya Mulu..mulu..mulu, seperti Red Indian dalam Kembara ke Pulau Harta Karun. Banyak yang mereka pelajari dari Upin dan Ipin. Belajar tentang astronaut, buah-buahan, puasa, sahur, piala dunia, persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan, kebersihan, kitar semula, haiwan, mengenal pelbagai jenis objek dan sebagainya. 

Kini, kartun baru kegemaran Rizqin ialah Toonlicious Siri Oggy and Cockroaches dan Tom and Jerry. Walaupun siri kartun tersebut tanpa suara, tapi gelagat dan aksi kartun tersebut amat melucukan. Rizqin paling suka melihat aksi kartun saling mengenakan antara satu sama lain. Melompat-lompat Rizqin ketawa. Dan dari siri Tom and Jerry jugalah Syifa kenal tikus. Dia boleh buat muncung cencurut sambil mulut muncung ke depan dan berbunyi-bunyi macam tikus. 

Syifa pula sukakan bunyi-bunyian. Bunyi radio atau orang menyanyi di TV, dia akan melagukan mengikut alunannya. Mengangguk-ngangguk kepala mengikut rentak lagu, hentak-hentak kaki, pusingkan badan dan tergoyang-goyang punggungnya. Memang Syifa suka menyanyi. Permulaan montaj cerita Upin dan Ipin, dia akan berjoget. Na, na, na, na,na,na… na. na, na, na, na, na. Sambil makan dia menyanyi, mandi pun dia nyanyi, dalam kereta dia menyanyi, memang dia happy. La, la, la, la, la. Nak tidur pun, Opah kena dendangkan lagu marhaban, zikir dan macam-macam lagu Opah ciptakan untuk Syifa. Barulah Syifa boleh melelapkan mata. 

Rizqin dan Syifa memang periang, petah bercakap dan menghiburkan. Tak reti nak duduk diam. Ada saja aktiviti mereka. Tapi kalau mereka berdua senyap. AWAS! Tengah buat salah la tu..

Wednesday, 14 March 2012

Tak perlu berebut-rebut!


Lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah kami ke rumah atok. Biasanya jalan sesak di hadapan Pasar Borang Selayang menghala ke Bulatan MRR2. Pukul 8.00 pagi anak-anak akan menonton Adik dan Al-Quran di TV9. Belajar mengaji bersama Ustaz Zamri, Dato Dr. Abu Hassan Din Al-Hafiz dan kawan-kawan di TV. Kini, Rizqin sudah mula belajar mengaji. Sebelum tidur dia ambil air sembahyang, bersila, bersongkok dan buka muqaddam.  Tapi bila mengaji dilagukannya 99 nama-nama Allah Ya Quddus, Ya Salam, Ya Mukmin, Ya Muhaimin. Diulang-ulangnya. Syifa duduk berdepan. Siap pakai tudung. Ustaz Rizqin dan Ustazah Syifa. Pandai tak? Pandai, anak mama memang pandai!

Habis belajar mengaji, alih ke saluran Astro Ceria 611. Tengok Kampung Boy dan cerita seterusnya. Kalau tak tengok TV, siaran kartun jangan ditukar . Biar terpasang je TV tu, suara je dengar. Tak bagi chance langsung atok dan opah tengok TV. Jarum pendek angka dua, jarum panjang angka enam kartun wonderpet tidak pernah dilupa. Memang anak-anak akan ingatkan atok dan opahnya. Tapi kalau hujan macam mana? Siaran tergendala. Ohhh…hujan tak de siaran. Kilat. Nanti meletup TV nanti. Mujur mereka faham. Kalau dulu ada channel 618, dapat la tengok baby TV yang dulunya free, kini berbayar pula. Nak tengok kartun lain, maaf la ya. Aunty Ja tak langgan.

Tapi di rumah kami, yayah sediakan set home theater lengkap dengan Astro b.yond PVR. PVR bermaksud Personal Video Recorder. Bunyi macam boleh menonton video. Ya! Itulah keistimewaan Astro b.yond PVR, Kebolehan untuk Record, Play, Rewind dan Pause. Sama macam tengok video. Yang membezakannya, nak tengok video kena beli cd, yang ni kena subcsribe beli Astro. Yayah kan seorang yang up-to-date. Amat gemarkan system audio, digital dan kecanggihan. Salah satu impian kami untuk menjadikan rumah kami ‘smart home’. Hebatkan!

Dengan PVR, kami boleh record (rakam) apa-apa rancangan yang kami minati. Ada pilihan untuk record sambil tonton atau record sambil tonton rancangan lain. Senang! Sebab tu sekarang dengan Astro b.yond PVR, takde berebut-rebut remote lagi, semua menjadi mudah! Yang best, kami boleh record rancangan yang belum ditayangkan. Contoh nak tengok Kuruvi, tapi waktu tu kami tiada di rumah, jadi record rancangan tu dan tontonlah semasa kami free nanti. Dah setengah jam tengok, Eh best pulak cerita ni. Tekan record. Ia akan record dari mula. Sangat mudahkan! Kalau di office yayah akan records rancangan menerusi internet. Bertambah-tambah la… mudah! 

Lagi best, kebolehan untuk (Play) rancangan yang dirakamkan. Boleh play bila-bila masa sahaja. Kita boleh play rancangan yang kita minat sambil record rancangan lain dalam masa yang sama. Bestnya!

Sama macam tengok video, ada part yang tak best, kita boleh rewind atau fastforward sahaja. Haaa, tengok Kuruvi kini lebih pendek masanya. Mana tak pendek, masa iklan, terus cepatkan. Masa berjoget-joget, lajukan. Nak ulang tayang banyak kali, ulang la. Contohnya, Tom and Jerry naik tangga, bila rewind dia turun tangga, bila fastforward dia naik tangga. Naik dan turun. Kelakar. Rizqin siap cakap. Yes, yes! Maksudnya rewind mama, rewind. Best kan!. 

Tekan pause bila kita rasa nak rehat. Nak berlari ke dapur tutup api. Tekan pause. Nak ke bilik air ke, tekan pause. Nak lari capai handphone. Tekan pause. Mudahnya. 

Bayangkan, berpuluh-puluh cerita animasi Upin dan Ipin telah mama rekodkan. Sebut je tajuk apa. Pilih cerita mana yang nak tonton, klik. Pisang dan Cengkerang, Bila Besar Nanti, Istimewa Hari Ibu, Kembara ke pulau harta karun, Kisah dua malam, Gosok jangan tak gosok, Basikal baru, Air kolah air laut, Ramadhan kembali lagi, Rasa sayang, Kenangan manis, Lama tapi berharga, Metrobot bergabung, Cerita kami, Seronoknya membaca, Menjelang syawal, Kisah raja pemburu, Jari jemari Salleh, Upin Ipin dan Apin, Jejak Rembo, Ambil galah tolong tunjukkan, Anak harimau dan macam-macam lagi. Sampai bising yayah sebab storage dah mengecil, hours dah kurang. Biasala, yayah pun nak sama merekod juga. Kaki box office filem tamil. Bila anak-anak dah tidur, berpeluanglah kami menonton TV berdua menonton rancangan yang kami recordkan. Layan filem tamil la jawabnya.