Monday, 30 June 2014

Bercuti di Langkawi - Part 1

HARI 1 : 10 Mei 2014 (Sabtu), Kuala Lumpur (KUL) - Langkawi (LGK)
KL Sentral
Kami keluar rumah jam 7.00 pagi dan tiba di Batu Muda pada jam 8.00 pagi. Sesudah bersarapan roti canai di rumah atok, kami ber8 menaiki dua buah teksi menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke KLIA 2 pula, kami menaiki SkyBus. Kami penumpang pertama naik dan keadaan di dalam bas masih suram. Yang kelakarnya, Syifa naik dulu dan dia siap cakap pada Rizqin,Iqin naik, Iqin, Iqin naik, Iqin jangan takut tau, Syifa tak takut pun. Sebenarnya dia cakap macam tu sebab konon-kononnya dia berani. Padahal dia takut gelap. huhuhu. Kelakar la Syifa ni...

Kuala Lumpur International Airport2
Walaupun penerbangan kami pada jam 12.45 tengahari, kami telah diminta oleh pihak pengurusan Airasia untuk tiba 3 jam awal memandangkan KLIA2 baru beroperasi dan AirAsia baru saja berpindah dari LCCT. Wah, merasa kami ke KLIA2 yang serba baru! Bukan main seronok Syifa dan Rizqin dapat melihat kapal terbang secara dekat. Disebabkan kami tiba awal, maka banyak la masa untuk kami keluar masuk kedai. Mahal Ooo harga sekotak air milo. RM 3.00 sekotak kecil. Kat luar baru RM1.70. Kalau tak dibeli menangis pulak si Syifa, kalau belikan satu, berebut pulak, kata tak cukup. Sudahnya coklat, gula-gula semua nak dibelinya. Pujuk supaya beli di Langkawi nanti, dia tak mahu. Nak beli kat airport jugak. Akhirnya $$$ pun melayang. Sementara menunggu untuk berlepas, kami sempat habiskan bekalan roti canai dan roti keju. Laparnya. Selfie? Monopod? wifi? Dah tentu. Anak-anak pula lincah berlari ke sana ke mari sambil menarik luggage. Tak sabar-sabar mereka nak naik kapal terbang!

Allah Maha Pencipta di Langit dan di Bumi 
Sebenarnya, mama cukup risau kalau-kalau Syifa menangis dalam kapal terbang. Rupa-rupanya dibantainya zzz. Rizqin steady je memandang ke luar tingkap melihatkan permandangan indah dari atas awan. Mulutnya bising bertanyakan kapal terbang siapa jadikan? Manusia, Dengan izin Allah, ia boleh terbang, jawab mama. Oooo...Awan Allah jadikan, langit Allah jadikan, matahari Allah jadikan, manusia Allah jadikan. Kerusi manusia jadikan, aircond manusia jadikan, tayar manusia jadikan. Dia pandai bezakan ciptaan manusia dan ciptaan Allah. Oooo...semua yang bernyawa Allah jadikan, katanya. Pandai anak mama.

Mujur penerbangan kali ini dia tak jerit OPAH, TELINGA IQIN PEKAK! TELINGA IQIN PEKAK, OPAH! Sepanjang penerbangan juga kami teringat-ingat nasib krew dan penumpang MH370. Tambahan pula, ada bayi yang tak henti-henti menangis dalam kapal terbang. Lagi kuat ingatan kami pada nasib dua bayi di dalam MH370. 

Langkawi International Airport 
Selepas selamat mendarat terus cari Avanza yang awal-awal lagi telah ditempah oleh Aunty Ja. Wah, seronoknya persekitaran di Langkawi. Tenang, aman dan mendamaikan. Isi minyak RM30.00 cukup untuk tiga hari ronda-ronda di Langkawi. Semua orang memang tengah lapar. Maklumla dah petang belum makan nasi lagi. Atok cadang kita singgah makan di Jom Ikan Bakar. Kami pekena dua ekor ikan siakap bakar, nasi campur dan percuma minuman. Ikan Siakapnya memang TERBAIK. Sedap! Licin. Total RM72.00. Cadangnya esok nak singgah makan lagi. Di sebelah kedai makan ini ada Gerai Coconut Shake. Memang sedap! 

Berehat di Kondominum Pekan Kuah, Langkawi 
Permandangan dari tingkat 8 kondominium memang best. Nampak kapal berlabuh dan permandangan sekitar Pekan Kuah. Sayup-sayup kejauhan terlihat Dataran Helang. Penginapan kami bersebelahan dengan Kompleks HIG. Betul-betul di tengah pekan. SYURGA MEMBELI-BELAH. Yahoo!. Petang bawa anak-anak mandi kolam sementara atok dan opah dah start bershopping di Kompleks HIG. Jalan kaki je, maklumlah sebelah je. Survey dulu harga dan atok beli sepasang kain pelikat di sini. 

Suasana malam di Pekan Kuah 
Jam 8.00 malam kami semua ke pasar malam di depan Baron Hotel. Memang seronok berada di Langkawi. Yayah beli sotong 1kg RM8.00 je. Murah sangat-sangat! Kalau kat KL tak dapat harga ni!. Rizqin dan Syifa masing-masing beli mainan, lori sampah dan lembu berbateri. Mainan  dan baju memang murah di sini. Beli tomato nasi kandar, nasi kerabu pattani, murtabak daging, jagung dan nasi lemak. Di sini nasi kandarnya nasi tomato bukan nasi putih. Kami ke Coco Valley, Langkawi Saga, Haji Ismail Group, Zeno Duty Free.Lokasi kedai-kedai ini di Pekan Kuah. Kedai-kedai di sini beroperasi sehingga jam 10.00 malam. Survey harga dulu dan esok baru kami nak bershopping. Klik Part 2, Part 3 , Lagi-lagi Langkawi  dan shopping untuk cerita seterusnya.

Sunday, 1 June 2014

Kuala Lumpur (KUL) – Langkawi (LGK)

Penerbangan Kuala Lumpur (KUL) – Langkawi (LGK)
Ha, ingat lagi tak Opah nak belanja kami semua ke Langkawi naik kapal terbang? Dan yayah ditugaskan untuk booking rumah rehat bank di Langkawi? Alhamdulillah, janji opah telah tertunai. Terima kasih Opah! Bertuah sungguh kami semua, lebih-lebih lagi kami empat beranak ni dapat naik kapal terbang FREE!  

Ya, memang FREE...Pertama, sebab tambang Flight 0.00MYR for 8 Guest. Untung sangat-sangat! Terima kasih Aunty Ja di atas kepantasan mengisi online AirAsiabig Promotion. (Nak, nak tambang FREE tengah malam baru boleh log on *semangat itu penting* Alhamdulillah berjaya). Kedua, lain-lain kos seperti Airport Tax dan Fuel Surcharge bayaran ditanggung sepenuhnya oleh opah. Ha, ha, kami masih FREE!. Ketiga, bayaran untuk dua kos tersebut dikira RM55.00 seorang, masih boleh dirasakan murah penerbangan kami ke Langkawi dengan AirAsia. Ha, ha kami masih FREE...sebab semuanya opah yang bayar!. 
Sekali lagi jerit ramai-ramai Terima kasih Opah!
 

Penginapan di Langkawi (Resort @ Kondominium)
Ok, mengenai tempat penginapan pula, yayah telah ditugaskan untuk apply rumah rehat bank, di Langkawi. Ada dua lokasi rumah rehat bank di Langkawi iaitu Sri Kijang Resort (Pantai Cenang) dan Kondominium (Pekan Kuah). Maka, yayah pun apply la dalam Bank Resort Reservation Sistem, isi untuk di kedua-dua lokasi. Harap-harap salah satunya dapat. Hasrat hati memang la nak menginap disalah 1 dari 26 unit Sri Kijang Resort. Resort yang exclusive untuk staff bank selain Kompleks Peranginan Port Dickson dan Kompleks Peranginan Kuala Terengganu. Selain resort yang exclusive, resort ini berhampiran dengan pantai tercantik Asia iaitu Pantai Cenang atau Pantai Kok. Memang best la anak-anak mandi laut dan buat istana pasir nanti. Tambahan pula, waktu malam di Pantai Cenang memang happening! Tempat-tempat nak dilawati pun dekat berbanding kalau menginap di Pekan Kuah.

Rupa-rupanya resort FULLY BOOKED dan kami dapat Kondominum Pekan Kuah. Wah, ramai betul staff bank ke Langkawi pada 10, 11 dan 12 Mei ini. Tambah-tambah 13 Mei cuti Hari Wesak. Syukur Alhamdulillah kami masih dapat menginap di rumah rehat bank. Kalau dua-dua tempat tak dapat terpaksalah kami ber8 menginap di hotel / motel di sekitar Langkawi. Kalau duduk di hotel atau motel, yang tak bestnya tak boleh masak. (ini opah akan kata, ishh..nak bercuti pun kena masak? baru... nak rest). 

Pengangkutan pula serahkan pada Aunty Ja, dia lebih arif. Tempat-tempat yang MUST VISIT serah pada kami tiga beradik. Jom ikan bakar serah pada atok.

Anggaran kos pengangkutan
BIL.
KENDERAAN
LOKASI
BAYARAN (RM)
1. Teksi Batu Muda - KL Sentral 13.00
2. Komuter Batu Muda - KL Sentral 2.00
3. Sky Bus KL Sentral - KLIA 2
7.50
4. Kereta Sewa (Avanza) Langkawi
100.00


Nantikan cerita-cerita menarik percutian kami ke Langkawi...(to be continued...)










Saturday, 31 May 2014

Menyusuri jalan Ulu Yam - KL...

Setiap hari kami menyusuri jalan bengkang-bengkok Ulu Yam. Dari Sungai Tua memandu naik ke Ulu Yam ada lebih kurang 25km. Anggaran memandu 1minit untuk 1km. Itu pun tak boleh laju sangat sebab banyak selekoh merbahaya! Risiko tanah runtuh, kabus tebal, pokok tumbang atau terbabas masuk gaung. Ditambah pula dengan gelagat pemandu kurang ajar yang sering berlumba. Double line pun nak potong! Atas bukit pun nak potong! Tahu-tahu depan dah ada kereta. Bertembung. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada kereta terbabas di tempat yang sama. Itu belum lagi, motor yang lampu belakang tak hidup! Mentol 0.20 sen pun tak boleh beli ke? Geram rasanya. Bukankah merbahayakan nyawa sendiri dan pemandu lain? Ditambah pula dengan tak adanya kemudahan lampu jalan dan line telefon.

Petang-petang kelihatan van sekolah naik ke Ulu Yam. Mula-mula dulu kami terfikir jugak dari mana datangnya budak-budak sekolah ni? Setahu kami tak ada perumahan di kawasan hutan Ulu Yam ni. Rupa-rupanya anak-anak orang asli bersekolah di Selayang. 

Jalan Sesak Sila Ikut Laluan Alternatif
Kadang-kadang treler dengan berat bebanan muatan pun naik Ulu Yam. Dah jammed jalan dibuatnya. Berderet-deret kereta dibelakang. Bila sampai di Selayang jalan jammed. Masuk jalan Batu Caves / Taman Amaniah bertambah teruk jammed. Itu pun kami ikut jalan alternatif, kalau ikut susur keluar ke Jalan Kuching alamatnya punch card merah setiap hari. Jalan mana yang tak jammed? Jalan Sungai Kertas? Situ pun jammed di Pinggiran Batu Caves. Tiba di simpang Batu Muda pun jammed. Sebab tu kalau hujung minggu, kami lebih seronok menghabiskan masa di rumah atau jalan-jalan di sekitar Batang Kali sahaja. Memang takkan turun KL!.  
P/s : Kawan mama lebih 37 tahun menyusuri jalan Ulu Yam, bermula dari jalan dibuka sampai la dia pencen. Ok je dia. Ayuh, Bersemangat!. 


Datang awal ke sekolah...

Balik dari sekolah, sampai dimuka pintu terus Rizqin cepat-cepat nak ke tandas. Ini mesti dia tahan kencing kat sekolah. Susu memang opah dah standby. Hisap susu dan terus zzz. Letih sangat dia. Biasanya, pukul 5.50 pagi giliran Rizqin bangun, mandi dan bersiap ke rumah atok. Tak mahu kelam kabut dipagi hari, barang-barang yang hendak dibawa dah sedia bersusun dari malamnya. Angkat dan terus angkut dalam kereta.
 
Kadang-kadang anak-anak tertidur di dalam kereta. Jika tak tidur Rizqin akan duduk di pangkuan yayah yang sedang memandu. Anak manja ayah ni, tak boleh langsung nak berenggang. Mesti nak beriba dalam kereta. Syifa pula tidur erat dalam pelukan mama, macam baby. Bantal, selimut, mainan, plastik muntah memang dah standby dalam kereta.
 
Kalau dulu sepanjang perjalanan kami Rizqin masih belum mengerti erti penat. Kini, bila dia mula bersekolah, dia dah mula mengeluh. Dia penat sebab berulang setiap hari. Pagi-pagi berkejar rasanya nak ke pejabat, takut-takut sampai lewat. Mujur kami masuk kerja jam 8.30 pagi, tadika start jam 8.00 pagi, jadi kami ada masa untuk uruskan anak-anak. Tapi tak tahu la nanti bila mereka dah bersekolah kebangsaan di KL, pukul 7.20 pagi mesti dah ada di sekolah. Nampak gayanya, lagi awal la kami terpaksa keluar rumah.
 
Jauh bukan alasan untuk datang lewat!
Kadang-kadang di tadika, masih ada budak-budak yang tak sampai lagi walaupun jam dah pukul 8.00 pagi. Bila mama tanya Rizqin, mana kawan-kawan Rizqin yang lain? Mama tak nampak pun? Kawan Rizqin datang lambat mama, rumah dia jauh, jawab Rizqin. Rizqin, kalau ikutkan, rumah Rizqin lagi jauh. Kita tak boleh jadikan alasan rumah jauh sebagai penyebab kenapa kita datang lambat ke sekolah. Rizqin lagi jauh, tapi Rizqin boleh je datang awal ke sekolah, tegas mama. Betul tu mama, Rizqin tak datang lambat, Rizqin awal, jawab Rizqin penuh bangga.
 
Tapi...ada masa-masanya dia nangis tak nak bangun awal sebab nak sambung tido lagi. Kalau Rizqin lambat, kita semua akan lambat, pujuk yayah.