Monday 30 June 2014

Bercuti di Langkawi - Part 2

HARI 2 : 11 Mei 2014 (Ahad)
Sarapan pagi ni masak sambal tumis sotong, nasi putih dan jagung rebus. Awal-awal lagi anak-anak sibuk nak turun bawah mandi kolam. Memang ramai pengunjung menginap di hotel ini lebih-lebih lagi cuti am dan disusuli dengan cuti Hari Wesak. Pihak pengurusan kondominium telah memaklumkan bahawa tiada bekalan elektrik pada pagi ini kerana kerja-kerja penyelenggaraan elektrik akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Biasalah bercuti di Kedah yang negerinya Jumaat dan Sabtu cuti, Ahad dia orang kerja. Sudahnya... terpaksala kami menapak untuk naik / turun dari tingkat 8. Kasihan atok dan opah naik turun tangga. Baiklah, sebelum bekalan elektrik ditutup, mari kita cepat-cepat keluar hotel untuk bershopping di Idaman Suri.
 
 Kalau nak tahu, yayah lah orang yang paling excited nak ke Idaman Suri. Peralatan memasak seperti non-stick pan, set pisau, pemanggang ajaib, PRESSURE COOKER, sudip Tefal semuanya ada dalam senarai yang hendak dibelinya. Disebabkan semalam dah survey harga, maka harga peralatan memasak dan set pinggan mangkuk di Idaman Suri adalah lebih murah berbanding ditempat lain. Kesemua barang yang diidamkan oleh yayah telah dibelinya. Lepas ni setiap minggu la kami akan masak sup tulang!. Masak telur itik pun guna periuk tak lekat a.k.a non-stick pan!
 
Mama pula banyak memborong barangan kristal, set kuih raya, bekas gula-gula, mangkuk correll, gelas baroque, dulang silver, sudu / garpu dan macam-macam lagi. Opah pula shopping periuk belanga, pan lempeng, gelas arabic, cadar, sudu / garpu, dulang silver , PRESSURE COOKER, pemanggang ajaib dan macam-macam lagi. Shopping sakan kami di Idaman Suri. Penuh beg plastik biru dalam van. Bila dah selesai memborong baru la ingat KITA DATANG NAIK KAPAL TERBANG AIRASIA. SEORANG 7kg. Hahaha...mmm. Itu pun ada yang nak ulang ke Idaman Suri lagi sebab nak beli lagi set kuih raya kristal RM8.00 sebiji! Di Sogo RM 36.00 sebiji tau! Memang berbaloi shopping pinggan mangkuk dan peralatan memasak di Idaman Suri! BEST! Balik dari shopping, kami singgah beli KFC barrel. Aduh, letihnya nak naik tangga.
 
Petang shopping coklat dan kain batik lepas di Kompleks HIG. Jenuh Aunty Ja whatsup gambar coklat pada officemate dia. Pilih nak coklat yang mana. Kalau tak ada di HIG malam ni kita ronda-ronda lagi di Pekan Kuah pula. DAIM? Dah tentu beli, tanda kami sampai di Langkawi. Kami ke Kedai Ikan Bilis Langkawi, tapi tak beli pun. Kemudian kami ke Pantai Cenang mencari Laksa Power Pantai Airport dan singgah di pasar malam Pantai Cenang. Wow, memang TERBAIK Laksa Power. Sebelum menjelang senja, sekali lagi anak-anak turun ke kolam.
 
Semua kedai di Pekan Kuah kita jelajahi. Mama, Aunty Ja dan Pak Su Syafiq masih giat mencari keperluan dan coklat di Pekan Kuah. Mama pula sempat membeli bekas kek di Langkawi Saga dan beg sandang ala kura-kura BEN 10 di HIG.Yang kelakarnya pintu kedai HIG dah nak tutup, kami cepat-cepat masuk dan beli satu beg Ben10. Kemudian, teringat pula satu mana cukup, mesti beli dua. Pintu kedai dah tutup separuh, kami merangkak masuk dan beli lagi satu beg Ben10. Nasib baik sempat. Wow, luggage dan beg-beg memang murah di Langkawi. Rugi kalau tak beli!
Kini, masalahnya barang banyak dan berat macam mana nak bawa naik kapal terbang? Barang-barang kaca dikeluarkan dari dalam kotak, dibungkus di dalam kain dan dibawa naik bersama. Kami terpaksa menambah 40kg lagi muatan dan barang-barang berat akan dibawa masuk ke dalam kargo. Bayangkan kami datang hanya 4 beg dan balik bawa 16 beg penuh dengan barang-barang shopping!

No comments:

Post a Comment