Monday 30 June 2014

Bercuti di Langkawi - Part 1

HARI 1 : 10 Mei 2014 (Sabtu), Kuala Lumpur (KUL) - Langkawi (LGK)
KL Sentral
Kami keluar rumah jam 7.00 pagi dan tiba di Batu Muda pada jam 8.00 pagi. Sesudah bersarapan roti canai di rumah atok, kami ber8 menaiki dua buah teksi menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke KLIA 2 pula, kami menaiki SkyBus. Kami penumpang pertama naik dan keadaan di dalam bas masih suram. Yang kelakarnya, Syifa naik dulu dan dia siap cakap pada Rizqin,Iqin naik, Iqin, Iqin naik, Iqin jangan takut tau, Syifa tak takut pun. Sebenarnya dia cakap macam tu sebab konon-kononnya dia berani. Padahal dia takut gelap. huhuhu. Kelakar la Syifa ni...

Kuala Lumpur International Airport2
Walaupun penerbangan kami pada jam 12.45 tengahari, kami telah diminta oleh pihak pengurusan Airasia untuk tiba 3 jam awal memandangkan KLIA2 baru beroperasi dan AirAsia baru saja berpindah dari LCCT. Wah, merasa kami ke KLIA2 yang serba baru! Bukan main seronok Syifa dan Rizqin dapat melihat kapal terbang secara dekat. Disebabkan kami tiba awal, maka banyak la masa untuk kami keluar masuk kedai. Mahal Ooo harga sekotak air milo. RM 3.00 sekotak kecil. Kat luar baru RM1.70. Kalau tak dibeli menangis pulak si Syifa, kalau belikan satu, berebut pulak, kata tak cukup. Sudahnya coklat, gula-gula semua nak dibelinya. Pujuk supaya beli di Langkawi nanti, dia tak mahu. Nak beli kat airport jugak. Akhirnya $$$ pun melayang. Sementara menunggu untuk berlepas, kami sempat habiskan bekalan roti canai dan roti keju. Laparnya. Selfie? Monopod? wifi? Dah tentu. Anak-anak pula lincah berlari ke sana ke mari sambil menarik luggage. Tak sabar-sabar mereka nak naik kapal terbang!

Allah Maha Pencipta di Langit dan di Bumi 
Sebenarnya, mama cukup risau kalau-kalau Syifa menangis dalam kapal terbang. Rupa-rupanya dibantainya zzz. Rizqin steady je memandang ke luar tingkap melihatkan permandangan indah dari atas awan. Mulutnya bising bertanyakan kapal terbang siapa jadikan? Manusia, Dengan izin Allah, ia boleh terbang, jawab mama. Oooo...Awan Allah jadikan, langit Allah jadikan, matahari Allah jadikan, manusia Allah jadikan. Kerusi manusia jadikan, aircond manusia jadikan, tayar manusia jadikan. Dia pandai bezakan ciptaan manusia dan ciptaan Allah. Oooo...semua yang bernyawa Allah jadikan, katanya. Pandai anak mama.

Mujur penerbangan kali ini dia tak jerit OPAH, TELINGA IQIN PEKAK! TELINGA IQIN PEKAK, OPAH! Sepanjang penerbangan juga kami teringat-ingat nasib krew dan penumpang MH370. Tambahan pula, ada bayi yang tak henti-henti menangis dalam kapal terbang. Lagi kuat ingatan kami pada nasib dua bayi di dalam MH370. 

Langkawi International Airport 
Selepas selamat mendarat terus cari Avanza yang awal-awal lagi telah ditempah oleh Aunty Ja. Wah, seronoknya persekitaran di Langkawi. Tenang, aman dan mendamaikan. Isi minyak RM30.00 cukup untuk tiga hari ronda-ronda di Langkawi. Semua orang memang tengah lapar. Maklumla dah petang belum makan nasi lagi. Atok cadang kita singgah makan di Jom Ikan Bakar. Kami pekena dua ekor ikan siakap bakar, nasi campur dan percuma minuman. Ikan Siakapnya memang TERBAIK. Sedap! Licin. Total RM72.00. Cadangnya esok nak singgah makan lagi. Di sebelah kedai makan ini ada Gerai Coconut Shake. Memang sedap! 

Berehat di Kondominum Pekan Kuah, Langkawi 
Permandangan dari tingkat 8 kondominium memang best. Nampak kapal berlabuh dan permandangan sekitar Pekan Kuah. Sayup-sayup kejauhan terlihat Dataran Helang. Penginapan kami bersebelahan dengan Kompleks HIG. Betul-betul di tengah pekan. SYURGA MEMBELI-BELAH. Yahoo!. Petang bawa anak-anak mandi kolam sementara atok dan opah dah start bershopping di Kompleks HIG. Jalan kaki je, maklumlah sebelah je. Survey dulu harga dan atok beli sepasang kain pelikat di sini. 

Suasana malam di Pekan Kuah 
Jam 8.00 malam kami semua ke pasar malam di depan Baron Hotel. Memang seronok berada di Langkawi. Yayah beli sotong 1kg RM8.00 je. Murah sangat-sangat! Kalau kat KL tak dapat harga ni!. Rizqin dan Syifa masing-masing beli mainan, lori sampah dan lembu berbateri. Mainan  dan baju memang murah di sini. Beli tomato nasi kandar, nasi kerabu pattani, murtabak daging, jagung dan nasi lemak. Di sini nasi kandarnya nasi tomato bukan nasi putih. Kami ke Coco Valley, Langkawi Saga, Haji Ismail Group, Zeno Duty Free.Lokasi kedai-kedai ini di Pekan Kuah. Kedai-kedai di sini beroperasi sehingga jam 10.00 malam. Survey harga dulu dan esok baru kami nak bershopping. Klik Part 2, Part 3 , Lagi-lagi Langkawi  dan shopping untuk cerita seterusnya.

No comments:

Post a Comment