Monday, 15 September 2014

Sambutan Hari Jadi di Tadika

Selamat Hari Jadi Sayang Rizqin dan Syifa

11 September 2014
Tadika Islam MAIWP
KUALA LUMPUR
 
 
Alamak lidah Dinosaur Rex dah kena potong laaaa!
Kek dua-dua sedap ni. Nak makan yang mana satu?
Dinosaurs Rex ke Transformers Bumbleblee?
 

Saturday, 13 September 2014

Nukilan rasa buat RIZQIN kami

DI DEDIKASIKAN KHAS BUAT ANAK-ANAKKU TERCINTA
sempena ulangtahun kelahiran yang ke-5 dan ke-4
Kata Opah "Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta yang kita ada? Berapa banyak rumah yang kita ada? Berapa banyak duit yang kita ada? Sebaliknya orang akan bertanya berapa orang anak yang kita ada. Itulah sebenarnya harta kita."
Kata Ayah "rumah boleh dibeli, kereta juga boleh dibeli. Segalanya boleh dicari. Tetapi ANAK jika Allah tidak izinkan maka tidak akan dapat". 

Assalammualaikum...
Ketahuilah kamu wahai anak-anakku tersayang,
10 tahun mama dan ayah menyulam cinta
3 tahun menanti mu tanpa putus doa dan harapan
Agar benih-benih cinta kami lahir ke dunia
Dugaan pernah hadir apabila impian bergelar ayah dan mama punah seketika
Dikala itu tangisan kekecewaan meratapi jiwa
Pedih, pilu dan sayu menyelubungi hati kami...juga hati semua.
 
Alhamdulillah di tahun yang sama
Akhirnya kesedihan itu terubat jua 
kamu hadir bernyawa di dalam rahim mama
Nyawa yang dijaga dengan penuh berhati-hati
Kami tidak mahu kecewa lagi

Buktikan pada semua kami bakal bergelar ayah dan mama
Seperti mana yang diimpikan oleh setiap pasangan yang berkahwin
Penamat episod bila dan bila lagi?
Kelahiranmu pengubat hati kami, pelengkap sebuah keluarga bahagia
Yang punya ayah, mama, sepasang anak lelaki dan perempuan
Yang sihat, sempurna, comel dan keletah
 
Ketahuilah...Anak-anak ku
kamu adalah REZEKI kami
Kerna itu kami zahirkan RIZQIN disetiap namamu.
Supaya kami sentiasa beringat
bahawasanya kamu adalah amanah Allah kepada kami
Amanah yang bakal memimpin kita sekeluarga menuju jalan ke Syurga abadi
Insyaallah...
Syukur kepada Allah atas RIZQIN yang dikurniakan ini
Moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah
Yang berjaya di dunia dan akhirat
Dan senantiasa dipelihara oleh Allah swt
Serta diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.


Kesayangan kami Nur Syifa Rizqin
1 Oktober 2010
Kesayangan kami Muhammad Syafi Rizqin
11 September 2009
NUKILAN RASA DARI AYAH DAN MAMA
Panorama Alam Tropika 2014

Selamat Hari Jadi Sayang

Berbulan-bulan lamanya Rizqin menantikan hari jadinya diraikan sama seperti kawan-kawannya yang telah membuat sambutan hari jadi di tadika. Banyak kali juga kami menerangkan padanya bahawa bulan 9 nanti barulah tiba hari jadinya. Tak sabar-sabar dia nak buat hari jadi di sekolah. Syamil, Puteri, Zulaikha telah membuat hari jadi di tadika. Setiap bulan ada sahaja goodies hari jadi yang Rizqin bawa pulang. Seronok dia bercerita kek kawannya Ben10, kek Frozen dan gula-gula yang diterima sebagai hadiah. Ada keropok, air kotak, coklat dan macam-macam lagi.
 
Nanti mama buat hari jadi Rizqin tau, Rizqin nak kek Transformers, pinta Rizqin. Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah. Aik? Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah atau Rizqin nak hadiah? tanya mama. Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah! jawab Rizqin. Ok, lepas raya, sebelum cuti sekolah, bulan 9 hari jadi Rizqin, mama dan ayah buat hari jadi Rizqin kat sekolah ok, janji mama dan ayah. Alhamdulillah, pada 11 September 2014, keinginan Rizqin untuk meraikan hari jadinya bersama-sama kawan-kawan di tadikanya telah kami tunaikan. Bukan hanya Rizqin, Syifa juga turut diraikan walaupun hari jadinya 1 Oktober nanti. Dua biji kek telah kami tempah mengikut kemahuan mereka. Satu kek Transformers Bumblebee untuk Rizqin dan satu lagi kek Dinosaur Rex untuk Syifa. Bukan main seronok Syifa, hari jadinya dirai oleh kawan-kawan Rizqin.
 
Persiapan Hari Lahir buat anak-anak tersayang 
Muhammad Syafi Rizqin & Nur Syifa Rizqin
Ayah tekun menyiapkan kad jemputan hari jadi anak-anaknya
Menjemur kad jemputan Happy Birthday, kad Transformers dan kad Dinosaur Rex
Kreatif kan?Kad Happy Birthday design by mama.
Bestnya...Goodies untuk kawan-kawan Rizqin. Menarik kan?
 
SEDAP! Kek Transformers dan Dinosaur Rex ditempah dari BayuSeri
Seronok kawan-kawan Rizqin dapat goodies. Ada roti Hi-5 perisa Blueberry, air Ribena (Aunty Ja dan Pak Su Syafiq sponsored), keropok ayam, penanda buku Transformers dan Dinosaurs (design by mama), pelapik minuman, jam tangan Mickey Mouse dan belon Mickey setiap seorang. Kek Edible image yang sangat sedap dan besar (3kg untuk sebiji kek).
 
Terima kasih opah, atok, aunty Ja dan Pak Su Syafiq kerana menaja dan membantu menjayakan majlis sambutan hari jadi Rizqin dan Syifa. Terima kasih tidak terhingga buat yayah kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala peralatan dan persiapan yang sempurna untuk hari lahir anak-anak tercinta. Cekap dan PERFECT la ayah! Semua orang GEMBIRA! Dan yang paling GEMBIRA tentulah anak-anak kami yang dirai Muhammad Syafi Rizqin dan Nur Syifa Rizqin. Selamat Hari Lahir Sayang!!!

Tuesday, 15 July 2014

Lagi-lagi Langkawi - Part 2 SHOPPING

24cm Red Casserole RM 37.00 / 18cm Red Saucepan RM 21.00 / 16 cm Deep Pan RM 12.00
Langkawi Saga : 11' Cake plate with knife RM 33.00
Kompleks HIG : Beg sandang ala kura-kura BEN 10 RM 35.00 satu

36cm Grill Pan a.k.a Pemanggang Ikan Ajaib Idaman Suri RM 52.90
Gold spoon / fork RM 5.50 pek
Senduk / Sudip TEFAL RM 19.00
6 pcs set glass BAROQUE RM 112.00

Idaman Suri Candy Jar RM 8.00 sebiji

6pcs mangkuk CORELLE RM 45.00
Pineapple Candy Bowl RM 18.50 (besar) RM 9.00 (kecil)
Glass Tray RM 18.50 sebiji
Silver tray Medium RM 24.00 
6 pcs Knife Set RM 39.90
 Coklat pelbagai jenama 
24cm PRESSURE COOKER Idaman Suri RM105.50
Tertunai hasrat di hati PRESSURE COOKER yang dicari-cari


Tadaa...inilah hasil shopping! 
Baca ini untuk ketahui cerita kami bercuti di Langkawi Kuala Lumpur (KL) - Langkawi (LGK), Part 1, Part 2 , Part 3 dan Lagi-lagi langkawi
 


Monday, 14 July 2014

Lagi-lagi Langkawi...

Aiyoyo Syifa...Dinosaur REX pun ikut sekali ke?
Gerai Jom Ikan Bakar TERBAIK!
Coconut Milkshake sedap! Kedainya bersebelahan gerai Jom Ikan Bakar...
Bangunan lambang bendera Malaysia tu dekat dengan Pasar Malam
Tenang...Suasana malam di kedai Pekan Kuah SHOPPING!

Tak perlu naik kereta...Kompleks HIG, sebelah hotel kami je 

Aik, Syifa tak takut air? (SE bunyinya __JUK bunyinya __)
Sayang mama fikir apa tu? Nak berenang di Pantai Cenang pulak ke?
Nak tahu cerita kami baca ini Kuala Lumpur (KUL) to Langkawi (LGK), Bercuti di Langkawi-Part1, Part-2, dan Part-3
















Monday, 30 June 2014

Bercuti di Langkawi - Part 3

HARI 3 : 12 Mei 2014 (Isnin) Langkawi (LGK) - Kuala Lumpur (KUL)
Bersarapan nasi goreng dan nasi lemak bungkus. Anak-anak aktiviti mereka di setiap pagi di sini pastinya mandi kolam. Sebelum checkout jam 12.00 tengahari, mandi kolam puas-puas dulu, sampai kecut kaki dan tangan, lama sangat berendam. Dalam van memang duduk bertimpa-timpa beg. Dah macam sardin. Sebelum balik kami sempat singgah beli minyak gamat di Nusantara Gamat sebagai ole-ole untuk Pak Dollah. Singgah menjamu selera di Marrybrown, Langkawi International Airport. Kepala masih lagi memikir bagaimana nak angkut barang-barang dari KL Sentral ke Batu Muda nanti. Kalau naik teksi malam charge harga lain. Sudahnya si gagah perkasa yayah dan Pak Su terpaksa pikul 20kg beg seorang!. Yang kelakarnya yayah siap kata, kerja pun tak seteruk ni. Memang penat kami. Si kecil Syifa pun kena pikul beg 7kg. Beratnya, terbalik Syifa nanti..rungut Syifa.
 
Percutian di Pulau Langkawi memang menyeronokkan. Rasanya 3h/2m memang tak cukup untuk bercuti di Langkawi. Tak puas! Insyaallah, kalau ada rezeki lain kali kita datang lagi. Kali ini nak lebih berehat dan jalan-jalan je. Boleh percaya ke? Nak makan laksa power dan jom ikan bakar sekali lagi. Malamnya atok belanja makan di gerai makan Batu Muda. Letihnya kami. Tapi seronok dan berbaloi-baloi. BEST!

Bercuti di Langkawi - Part 2

HARI 2 : 11 Mei 2014 (Ahad)
Sarapan pagi ni masak sambal tumis sotong, nasi putih dan jagung rebus. Awal-awal lagi anak-anak sibuk nak turun bawah mandi kolam. Memang ramai pengunjung menginap di hotel ini lebih-lebih lagi cuti am dan disusuli dengan cuti Hari Wesak. Pihak pengurusan kondominium telah memaklumkan bahawa tiada bekalan elektrik pada pagi ini kerana kerja-kerja penyelenggaraan elektrik akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Biasalah bercuti di Kedah yang negerinya Jumaat dan Sabtu cuti, Ahad dia orang kerja. Sudahnya... terpaksala kami menapak untuk naik / turun dari tingkat 8. Kasihan atok dan opah naik turun tangga. Baiklah, sebelum bekalan elektrik ditutup, mari kita cepat-cepat keluar hotel untuk bershopping di Idaman Suri.
 
 Kalau nak tahu, yayah lah orang yang paling excited nak ke Idaman Suri. Peralatan memasak seperti non-stick pan, set pisau, pemanggang ajaib, PRESSURE COOKER, sudip Tefal semuanya ada dalam senarai yang hendak dibelinya. Disebabkan semalam dah survey harga, maka harga peralatan memasak dan set pinggan mangkuk di Idaman Suri adalah lebih murah berbanding ditempat lain. Kesemua barang yang diidamkan oleh yayah telah dibelinya. Lepas ni setiap minggu la kami akan masak sup tulang!. Masak telur itik pun guna periuk tak lekat a.k.a non-stick pan!
 
Mama pula banyak memborong barangan kristal, set kuih raya, bekas gula-gula, mangkuk correll, gelas baroque, dulang silver, sudu / garpu dan macam-macam lagi. Opah pula shopping periuk belanga, pan lempeng, gelas arabic, cadar, sudu / garpu, dulang silver , PRESSURE COOKER, pemanggang ajaib dan macam-macam lagi. Shopping sakan kami di Idaman Suri. Penuh beg plastik biru dalam van. Bila dah selesai memborong baru la ingat KITA DATANG NAIK KAPAL TERBANG AIRASIA. SEORANG 7kg. Hahaha...mmm. Itu pun ada yang nak ulang ke Idaman Suri lagi sebab nak beli lagi set kuih raya kristal RM8.00 sebiji! Di Sogo RM 36.00 sebiji tau! Memang berbaloi shopping pinggan mangkuk dan peralatan memasak di Idaman Suri! BEST! Balik dari shopping, kami singgah beli KFC barrel. Aduh, letihnya nak naik tangga.
 
Petang shopping coklat dan kain batik lepas di Kompleks HIG. Jenuh Aunty Ja whatsup gambar coklat pada officemate dia. Pilih nak coklat yang mana. Kalau tak ada di HIG malam ni kita ronda-ronda lagi di Pekan Kuah pula. DAIM? Dah tentu beli, tanda kami sampai di Langkawi. Kami ke Kedai Ikan Bilis Langkawi, tapi tak beli pun. Kemudian kami ke Pantai Cenang mencari Laksa Power Pantai Airport dan singgah di pasar malam Pantai Cenang. Wow, memang TERBAIK Laksa Power. Sebelum menjelang senja, sekali lagi anak-anak turun ke kolam.
 
Semua kedai di Pekan Kuah kita jelajahi. Mama, Aunty Ja dan Pak Su Syafiq masih giat mencari keperluan dan coklat di Pekan Kuah. Mama pula sempat membeli bekas kek di Langkawi Saga dan beg sandang ala kura-kura BEN 10 di HIG.Yang kelakarnya pintu kedai HIG dah nak tutup, kami cepat-cepat masuk dan beli satu beg Ben10. Kemudian, teringat pula satu mana cukup, mesti beli dua. Pintu kedai dah tutup separuh, kami merangkak masuk dan beli lagi satu beg Ben10. Nasib baik sempat. Wow, luggage dan beg-beg memang murah di Langkawi. Rugi kalau tak beli!
Kini, masalahnya barang banyak dan berat macam mana nak bawa naik kapal terbang? Barang-barang kaca dikeluarkan dari dalam kotak, dibungkus di dalam kain dan dibawa naik bersama. Kami terpaksa menambah 40kg lagi muatan dan barang-barang berat akan dibawa masuk ke dalam kargo. Bayangkan kami datang hanya 4 beg dan balik bawa 16 beg penuh dengan barang-barang shopping!