Saturday 13 September 2014

Selamat Hari Jadi Sayang

Berbulan-bulan lamanya Rizqin menantikan hari jadinya diraikan sama seperti kawan-kawannya yang telah membuat sambutan hari jadi di tadika. Banyak kali juga kami menerangkan padanya bahawa bulan 9 nanti barulah tiba hari jadinya. Tak sabar-sabar dia nak buat hari jadi di sekolah. Syamil, Puteri, Zulaikha telah membuat hari jadi di tadika. Setiap bulan ada sahaja goodies hari jadi yang Rizqin bawa pulang. Seronok dia bercerita kek kawannya Ben10, kek Frozen dan gula-gula yang diterima sebagai hadiah. Ada keropok, air kotak, coklat dan macam-macam lagi.
 
Nanti mama buat hari jadi Rizqin tau, Rizqin nak kek Transformers, pinta Rizqin. Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah. Aik? Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah atau Rizqin nak hadiah? tanya mama. Rizqin nak bagi kawan-kawan hadiah! jawab Rizqin. Ok, lepas raya, sebelum cuti sekolah, bulan 9 hari jadi Rizqin, mama dan ayah buat hari jadi Rizqin kat sekolah ok, janji mama dan ayah. Alhamdulillah, pada 11 September 2014, keinginan Rizqin untuk meraikan hari jadinya bersama-sama kawan-kawan di tadikanya telah kami tunaikan. Bukan hanya Rizqin, Syifa juga turut diraikan walaupun hari jadinya 1 Oktober nanti. Dua biji kek telah kami tempah mengikut kemahuan mereka. Satu kek Transformers Bumblebee untuk Rizqin dan satu lagi kek Dinosaur Rex untuk Syifa. Bukan main seronok Syifa, hari jadinya dirai oleh kawan-kawan Rizqin.
 
Persiapan Hari Lahir buat anak-anak tersayang 
Muhammad Syafi Rizqin & Nur Syifa Rizqin
Ayah tekun menyiapkan kad jemputan hari jadi anak-anaknya
Menjemur kad jemputan Happy Birthday, kad Transformers dan kad Dinosaur Rex
Kreatif kan?Kad Happy Birthday design by mama.
Bestnya...Goodies untuk kawan-kawan Rizqin. Menarik kan?
 
SEDAP! Kek Transformers dan Dinosaur Rex ditempah dari BayuSeri
Seronok kawan-kawan Rizqin dapat goodies. Ada roti Hi-5 perisa Blueberry, air Ribena (Aunty Ja dan Pak Su Syafiq sponsored), keropok ayam, penanda buku Transformers dan Dinosaurs (design by mama), pelapik minuman, jam tangan Mickey Mouse dan belon Mickey setiap seorang. Kek Edible image yang sangat sedap dan besar (3kg untuk sebiji kek).
 
Terima kasih opah, atok, aunty Ja dan Pak Su Syafiq kerana menaja dan membantu menjayakan majlis sambutan hari jadi Rizqin dan Syifa. Terima kasih tidak terhingga buat yayah kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala peralatan dan persiapan yang sempurna untuk hari lahir anak-anak tercinta. Cekap dan PERFECT la ayah! Semua orang GEMBIRA! Dan yang paling GEMBIRA tentulah anak-anak kami yang dirai Muhammad Syafi Rizqin dan Nur Syifa Rizqin. Selamat Hari Lahir Sayang!!!

No comments:

Post a Comment