Saturday 20 September 2014

Kita BerBBQ dan Bersteamboat di Hari Raya Aidilfitri

Wah, PERTAMA KALI kami buat BBQ & Steamboat dan juga PERTAMA KALI untuk hari raya. Cubaan yang PERTAMA. Projek Manager cum CHEF ialah jeng..jeng...jeng...Ayah! Tepuk tangan dan tabik spring pada ayah a.k.a suami mama yang serba boleh ini. Cewah! Hebat la abang ni. (Senyum sampai ke telinga la tu). Mama hanyalah Assistant je (merendah diri je bunyinya). Tapi kalau tak ada Assistant, parah juga jadinya. Betul tak abang? Angguk. Angguk. Lagi-lagi bab nak dekorasi, susun atur makanan, setting itu memang kepakaran mama (Ewah, ewah nak puji diri jugak). 

Asalnya kami bercadang nak buat BBQ untuk opah dan atok yang nak beraya di rumah kami. Last-last jadi event mega. Bukan apa, kebetulan di hari yang sama ada jamuan hari jadi Baby Zarra di rumah Pak Dollah. Petang tu kami semua pergi la ke birthday Zarra. Sepatutnya pukul 3.00 petang tu dah ada Satay tetapi pukul 5.00 petang baru boleh ambil. Jadinya bila ramai tetamu dah balik, maka satay tersebut akhirnya dibawa ke rumah kami untuk makan beramai-ramai a.k.a Pak Dollah sekeluarga datang beraya. Jiran-jiran terdekat juga turut dijemput sama. Hoorey! Jom kita n-joi.

Segala bahan-bahan BBQ memang dari pagi lagi dah diperap. Malam ini CHEF kita akan bakar ayam, kepak madu, ikan cencaru, tongkeng dan sosej. Selain itu, kami turut masak nasi putih, ayam masak merah dan steamboat tomyam. Opah pula bawa rendang daging dendeng hasil air tangan opah yang MARVELLOUS. Dan yang bestnya, lepas makan pekena pulak durian orang asli Ulu Yam. Kami beli petang tadi, waktu perjalanan balik dari rumah Pak Dollah, RM 20 penuh satu beg. Baru gugur katanya. Tak ke best? MEMANG BEST!!!
 
Santai@ Taman Syafi 
TUNGGU malam nanti CHEF akan bakar-bakar ok

Syifa senyum tengok chef bakar ayam
 
Macam-macam ada
BBQ, steamboat tomyam, nasi, ayam masak merah dan rendang daging dendeng opah
 
Sedapnya steamboat tomyam!
Sila-sila tambah-tambah, jangan malu-malu
Projek Manager a.k.a Chef kata "menjadi jugak BBQ kita ni, bila kita nak buat lagi sayang?". Lepas ni kita try bakar satay pulak ya. Ok, no problem. 




No comments:

Post a Comment