Thursday 18 September 2014

Rizqin dilatih berpuasa

Hai, dah nak masuk Raya Haji dah. Cerita Rizqin berpuasa baru nak diupdate. Tahun ini adalah tahun pertama Rizqin berpuasa. Maklumla dia dah mula ke tadika. Kena la berlatih berpuasa. Tak dapat puasa penuh, setengah hari pun tak mengapa. Di tadika  murid-murid memang tidak digalakkan membawa makanan dan minuman. Mereka diajar untuk berpuasa. Jadinya tiada waktu rehat (makan & minum) untuk murid-murid. Aktiviti di padang juga ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Walau pun tiada waktu rehat, mereka tetap balik sekolah seperti waktu biasa.
 
Mujur Rizqin faham di bulan puasa tak boleh makan dan minum. Jadinya SETIAP HARI dia akan bangun untuk bersahur. Bangun dari tidur dia akan kata "mama Rizqin nak buka puasa". Sahur la Rizqin, bukan buka puasa. Ha, Rizqin nak sahur la mama, pinta Rizqin.  Rizqin makan banyak-banyak tau, takut lapar di sekolah nanti. Kat sekolah tak ada makanan, cerita Rizqin. Sebaliknya balik dari sekolah baru la dia terasa dahaga. Dah 6 jam perutnya kosong, mula la dia minta susu. Kalau kata tunggu dulu la Rizqin, Maghrib nanti baru buka puasa...oh memang tak boleh sebabnya pengaruh Syifa sangat-sangat kuat. "Syifa tak boleh puasa, Syifa kecik lagi". Nyam...nyam...nyam..burp.
 
Kagum mama apabila hanya dalam satu hari mama ajar Rizqin niat puasa, dia dah boleh ingat dan baca dengan lancar. Hebat ingatan Rizqin ni. Bertambah kagum apabila dia dengan yakin membaca niat berpuasa kuat-kuat di depan jiran kami. Bila ditanya siapa yang ajar Rizqin? Dengan bangga dia jawab mama yang ajar, Rizqin!. Wah, hebat la anak mama ni. Mama tahu, Rizqin ini seorang yang mudah menghafal ayat-ayat al-quran. Lagi pun cita-cita dia nak jadi Ustaz, Insyaallah. AMIN

No comments:

Post a Comment