Saturday 13 September 2014

Nukilan rasa buat RIZQIN kami

DI DEDIKASIKAN KHAS BUAT ANAK-ANAKKU TERCINTA
sempena ulangtahun kelahiran yang ke-5 dan ke-4
Kata Opah "Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta yang kita ada? Berapa banyak rumah yang kita ada? Berapa banyak duit yang kita ada? Sebaliknya orang akan bertanya berapa orang anak yang kita ada. Itulah sebenarnya harta kita."
Kata Ayah "rumah boleh dibeli, kereta juga boleh dibeli. Segalanya boleh dicari. Tetapi ANAK jika Allah tidak izinkan maka tidak akan dapat". 

Assalammualaikum...
Ketahuilah kamu wahai anak-anakku tersayang,
10 tahun mama dan ayah menyulam cinta
3 tahun menanti mu tanpa putus doa dan harapan
Agar benih-benih cinta kami lahir ke dunia
Dugaan pernah hadir apabila impian bergelar ayah dan mama punah seketika
Dikala itu tangisan kekecewaan meratapi jiwa
Pedih, pilu dan sayu menyelubungi hati kami...juga hati semua.
 
Alhamdulillah di tahun yang sama
Akhirnya kesedihan itu terubat jua 
kamu hadir bernyawa di dalam rahim mama
Nyawa yang dijaga dengan penuh berhati-hati
Kami tidak mahu kecewa lagi

Buktikan pada semua kami bakal bergelar ayah dan mama
Seperti mana yang diimpikan oleh setiap pasangan yang berkahwin
Penamat episod bila dan bila lagi?
Kelahiranmu pengubat hati kami, pelengkap sebuah keluarga bahagia
Yang punya ayah, mama, sepasang anak lelaki dan perempuan
Yang sihat, sempurna, comel dan keletah
 
Ketahuilah...Anak-anak ku
kamu adalah REZEKI kami
Kerna itu kami zahirkan RIZQIN disetiap namamu.
Supaya kami sentiasa beringat
bahawasanya kamu adalah amanah Allah kepada kami
Amanah yang bakal memimpin kita sekeluarga menuju jalan ke Syurga abadi
Insyaallah...
Syukur kepada Allah atas RIZQIN yang dikurniakan ini
Moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah
Yang berjaya di dunia dan akhirat
Dan senantiasa dipelihara oleh Allah swt
Serta diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.


Kesayangan kami Nur Syifa Rizqin
1 Oktober 2010
Kesayangan kami Muhammad Syafi Rizqin
11 September 2009
NUKILAN RASA DARI AYAH DAN MAMA
Panorama Alam Tropika 2014

No comments:

Post a Comment