Sunday 5 October 2014

Cakap macam makcik-makcik

Kalau nak tahu di rumah kami ini ada seorang budak tu bercakap macam makcik-makcik. Petah sungguh dia bercakap. Nampak je kecik orangnya tapi mulutnya pot, pet, pot, pet. Tak padan dengan umurnya. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami yang comel lagi keletah, Nur Syifa Rizqin. Siapa sangka Syifa yang sewaktu kecilnya kerap menangis, semakin bijak dan banyak cakapnya. Bila bercakap siap dengan intonasi, gaya dan mimik muka. Pandai sungguh dia! Dia jugalah anak yang cepat berjalan, cepat bercakap dan perkembangan tumbesarannya sungguh cepat.

Pernah sewaktu kami ada appoinment dengan Pakar Paediatric di KPJ Tawakal, sedang Dr. menulis prescription ubat di mejanya, Dr bertanya kepada Syifa, kenapa kamu menangis? Dengan pantas Syifa jawab, Saya takut. Terkejut Dr. yang tadinya menulis, terus bersandar di kerusi dan menanggalkan cermin mata ke meja. Wow, banyak pandai dia cakap, kata Dr. Jarang budak setahun boleh cakap sebegini lancar. Langsung tak pelat. Antara dialog yang pernah diungkap dan mencuit hati kami semua :-

Tahun depan dah sekolah
Mama : Syifa, tahun depan kamu kena pergi sekolah.
Syifa : Syifa tak nak pergi sekolah, nanti cikgu cakap A Syifa cakap B.
Mama : ???

Yummy...yummy...makan aiskrim.
Syifa : Mama jangan hisap tau, Syifa ni pengotor.
Mama : (Dalam hati) Alasan tak nak bagi mama rasa la tu.

Cemburu kalau ada adik
Mama : Syifa nak adik tak?
Syifa : Syifa tak nak adik. Nanti habis dia hisap susu t***k mama.
Mama : Dalam hati (Hai, tahun depan dah nak ke sekolah pun masih nak menetek lagi ke Syifa)
 
Makan ubat
Syifa : Iqin jangan takut tau, ubat ini sedap, manis, tak pahit pun. (Tapi kalau dia yang kena makan ubat, macam-macam alasan dia berikan. Syifa tak sakit ayah, Syifa dah sihat. Tengok ni, tengok ni (berdiri dan tunjuk aksi dia dah sembuh). Syifa tak nak ubat putih, ayah. Syifa nak ubat orange, ubat orange sedap.
 
Kasar dan garang
Syifa : Rizqin jangan takut tau. Syifa ada. Nanti Syifa tanduk dia (budak-budak nakal). Syifa kan dinosaur. Dinosaur kuat. Tengok ni, Aum!Aum!
Syifa : Garang tak Syifa Rizqin?
Rizqin : Garang.
Ayah : Kasarnya Syifa. Anak dara mana boleh kasar-kasar. Kena lembut-lembut.

Wild Pig
Syifa : Mama, wild pig boleh pegang?
Mama : Tak boleh pegang HARAM.
Syifa : Ooooo...HARAM
Mama : Kalau pegang kena buat apa Syifa?
Syifa : Kena basuh dengan air tanah dan air mutlak. 

Sekiranya sesuatu kesalahan itu Rizqin yang lakukan, Syifa akan cepat-cepat kata Syifa tak buat, Syifa baik aje, Iqin yang buat. Marah dia mama. (Sebab Syifa tak salah dia suruh mama  marahkan Rizqin) Dan ayat yang paling dia suka sebut... Minta maaf mama, Syifa tak sengaja. Syifa sayang mama. Muah, muah, muah.
Inilah dia Syifa. Anak kami yang petah cakapnya. Dia jugalah yang kuat mengadu, suka menyakat dan tak kurang juga kuat merajuk.

No comments:

Post a Comment