Wednesday 22 October 2014

Landskap titik peluh kami Part4 - Penyeri Taman Syifa

Hujung minggu sememangnya aktiviti kami membersihkan rumah. Ayah la yang paling rajin vacuum dan mengemop satu rumah, atas dan bawah. Habis setiap sudut, ruang dan celah di vacuumnya. Terima kasih abang sebab banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Muah, muah, muah. I love you, abang! Mama pula hobinya mengelap habuk dari satu sudut ke satu sudut. Kemudian menyusun atur peralatan itu dan ini. Cantik, kemas dan teratur. Cantik rumah ayah, puji Syifa. Kalau ada barang yang berkenan dihati Syifa dan ingin dibelinya, dia akan kata, Syifa nak cantikkan rumah. Syifa nak cantikkan rumah.
 
Bersama kita cantikkan Taman Syifa
Selain itu, aktiviti kami dihujung minggu termasuklah membersihkan landskap di Taman Syifa dan juga Taman Syafi.  Trim pokok, membaja, merumput, memangkas dan merumpai. Seronok rasanya bila melihat landskap bersih dan bunga-bunga  hidup segar di taman. Di waktu pagi, kerap juga burung madu datang. Kami gelarkannya burung madu, sebab burung ini hisap madu pada pokok pasuan mama. Kadang-kadang ia datang 3 ekor. Kadang-kadang 2 ekor. Oooo burung madu bawak kawan-kawan dia la, kata Syifa. Berkicau-kicauan bunyi burung madu di Taman Syifa. Kalau burung ini datang, kita kena senyap adik, kalau tak burung madu lari, kata Rizqin.

Masih kosong. Nak buat landskap atau pasang tiles?
Rancang nak buat mini landskap
Kami susunkan batu refleksologi dan tanam rumput karpet jenis philipines


Hep! Beraninya dia pijak rumput karpet ayah. Babap punggungnya nanti.
 
DIY : Menerangi suasana malam @Taman Syifa
 
Wow! penyeri taman : Coleus dan  Loropetalum chinense var. rubrum.
 Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-2.html
 Jasmine penyeri taman pula
Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-3.html
Loropetaleum Chinese var. rubrum merupakan pokok kesayangan mama. Pokok pagaran ini kian membesar dan kini meninggi hingga ke paras pinggang. Semakin kerap ianya dicantas, semakin banyak ia mengeluarkan bunga. Tapi sayang, apabila daunnya mulai kering dan berguguran, taman ini perlu kerap disapu dan badan miang apabila daunnya terkena di badan.
 
Sungguh pun landskap ini kecil, kami manfaatkan ia dan menjadikan sebahagian dari aktiviti riadah kami di hujung minggu. Dan sekali lagi landskap @ Taman Syifa ini telah berubah wajah. Totally Difference! Nak tahu konsep landskap terkini di Taman Syifa, nanti mama upload gambar ok. Yang pasti perubahan landskap yang ke 3 ini lebih menarik dan mudah dijaga. Tungguuuuuu....

No comments:

Post a Comment