Sunday 30 March 2014

Baju Askar HEBAT!

Apa dah jadi si KIKO mama sekarang ni. Suka, suka, suka, suka, suka sangattttttttt pakai BAJU ASKAR. Baju lain dia tak nak pakai. Jersey ke, gaun ke jangan harap bersarung dibadan. Mulanya, atok beli BAJU ASKAR ini untuk Rizqin semasa bercuti di Bandung. Syifa pula atok belikannya baju Dinosaur. Tapi bila dah melaram dengan baju masing-masing, muka Syifa monyok semacam je menjeling BAJU ASKAR yang dipakai oleh Rizqin. Pinjam je, sengih Syifa manja. Abangnya pun tak kisah adiknya nak pakai BAJU ASKAR kepunyaannya. 

Setiap hari bila memakai baju ASKAR, Syifa akan kata BAJU INI HEBAT! BAJU INI HEBAT! Tambah dia bangga apabila jiran sebelah rumah atok, Abang ASKAR pakai uniform ASKAR. Lagi la Syifa rasa BAJU INI HEBAT DIPAKAI OLEH ORANG YANG HEBAT!. Tak mahu tukar baju lain. Kalau sampai di rumah atok, pagi-pagi puas la memujuk Syifa supaya bajunya itu dibasuh. Cepat basuh cepatla keringnya, kata opah. Maka, pagi-pagi Syifa akan mandi. Itu pun kalau dia nak mandi. Kalau tak katanya, tunggu pukul 6 (pukul 6.00 petang). Orang yang akan dicari untuk mandikannya ialah Atok. Sebabnya dia akan kata pada atok, mandi sini je (leher je) rambut tak payah.

Lepas tu setiap jam dia akan tanya opah, BAJU ASKAR dah kering ke opah? Di pegangnya baju ASKAR dijemuran Oh.. basah lagi. Sampai ke petang dia akan bertanya tentang BAJU ASKARnya. Kadang-kadang dia akan telefon rumah atok, bertanyakan opah, BAJU ASKAR dah kering ke? dah angkat ke? dah lipat ke? dah boleh pakai ke?. Dah..dah.. marilah datang ambik, jawab opah.

Ayah, jom kita pergi rumah opah, opah kata BAJU ASKAR dah kering, jom ayah? pujuk Syifa. Kalau nampak abang-abang tentera pakai uniform ASKAR, bulat mata Syifa memandangnya. Ayah, ayah, ayah nampak tak baju askar tadi? Nampak, nampak, jawab ayah. BAJU ASKAR HEBATKAN ayah. HEBAT-HEBAT...

Saturday 29 March 2014

Ada apa pada kotak rokok?

1. Ada apa pada kotak rokok? 
Sebenarnya Syifa dan Rizqin takut dengan kotak rokok. Mereka takut melihat gambar yang tertera pada kotak rokok. Lebih-lebih lagi gambar janin atau baby yang abnormal di kotak rokok, gambar leher perokok yang berlubang, gambar paru-paru rosak atau gambar kaki perokok luka dan berulat. 

2. Kotak rokok...gambar je
Kalau dari jauh berani la mereka tengok, boleh la mereka kata ala..kotak rokok, gambar je... TAPI bila kotak rokok ada di kaki sewaktu melangkah, takutnya mereka. Sampaikan Syifa tak nak jemput Rizqin balik sekolah, sebab ada kotak rokok di tangga. Punyalah takut. Bila nak balik, mama terpaksa dukung Syifa sampai ke kereta. Rimas pulak jadinya kalau asyik takut dengan kotak rokok. Berjalan pun tak nak, asyik nak berdukung aje. Bila mama kutip kotak rokok dan tunjuk depan mereka, lagi kuatla mereka menjerit. Macam mana ni?

3. Timbulkan rasa BENCI pada kotak rokok
Selalunya di tempat parking memang banyak kotak rokok dibuang merata-rata. Jadinya sebelum masuk ke dalam kereta, mama bawa Rizqin dan Syifa tengok kotak rokok. Pijak, pijak, pijak! sepatutnya kotak rokok buang dalam tong sampah, ini buang merata-rata, marah mama. Lepas tu, secara spontan Syifa dan Rizqin pun buat apa yang mama buat. Pijak, pijak, pijak! Akhirnya anak-anak dah tak takut lagi pada kotak rokok. Nampak je, mereka pijak dan buang dalam tong sampah. Mereka juga benci pada putung rokok! Benci pada perokok "kurang bijak"!

4. Wah, semakin berani nampaknya...
Bila dah jadi berani macam ni, ada pulak yang suka menyakat. Siapa lagi kalau bukan si kecil yang suka menyakat. Syifa dan mama memang suka berbisik-bisik. Macam seronok je bila kami berdua berbisik. Angguk, angguk, faham. Ok, kata Syifa. Nak tahu apa yang kami bisikkan? Bagi kotak rokok pada Rizqin, bisik Syifa. Ok, nanti kita bagi Rizqin...tanda setuju mama dengan arahan Syifa. Kasihan Rizqin kena sakat. Kalau berhenti di traffic light, mata Rizqin mesti cari kotak rokok. Tengok tu adik, tengok tu adik, mama, tengok tu kotak rokok, bagi pada adik...kata Rizqin. Dah, mengamuk pulak si Syifa kena sakat

Dari gambar kotak rokok tu, anak-anak tahu kesan dari menghisap merokok. Itu la, Pak Dollah sakit jantung, hisap rokok...kata Rizqin menerangkan punca bapa saudaranya sakit jantung.


Thursday 13 March 2014

Si kecil yang suka menyakat

Syifa anak yang suka menyakat mama. Dia tahu mama takut bila dia meyebut Ya Marabbuka? Cepat-cepat mama tutup mulut dia. Suka benar dia bila lihat mama ketakutan. Kadang-kadang dia mengusik mama dengan menyebut Ya...ya... cepat-cepat mama tutup mulut dia. Kemudian disebut lagi ya... ya..ya hanana, yahanana. Dengar perkataan Ya je mama dah mula takut. Pandai dia tipu-tipu mama. 

Kalau tak dapat tutup mulut dia, mama akan tutup telinga mama. Seronok betul dia menyakat mama. Jangan la Syifa, mama takut. Mama tak nak kawan Syifa. Lepas tu, Syifa cepat-cepat minta maaf. Syifa minta maaf mama, Syifa tak sengaja, rayu Syifa. Syahdu bila dengar Syifa mengungkapkan perkataan maaf. Sesiapa jua yang mendengar terus sejuk hati. Syifa, kamu memang bijak bercakap, bijak berlakon, bijak mengajuk dan segala-galanya bijak. Tak tahu dari mana dia dengar perkataan Tak Sengaja tu. Sebutir-sebutir perkataan disebutnya. Kita yang mendengar terus tak jadi nak marah dan segera memaafkannya. Pandai kamu mengusik dan memujuk ya, Syifa! 

Syifa juga suka jegilkan biji matanya. Bulat dan besar mata Syifa. Sengaja dia takut-takutkan mama. Kadang-kadang dia kakukan dirinya macam patung. Tengok ni mama, tengok ni, bulat matanya memandang mama. Jangan la Syifa, jangan la, mama takut. Lagi mama takut, lagi dia suka buat. Sebenarnya tak takut pun, saja bergurau manja dengan si kecik mama, Nur Syifa Rizqin. Tapi sebenarnya dia percaya yang mama takut. 

Dulu masa kecil Syifa cukup suka cium rambut Rizqin. Wangi. Lepas tu dia kelekuk kepala Rizqin dengan dua batang gigi kapaknya. Kesian Rizqin. Suka benar kamu menyakat orang ya! Kadang-kadang dia sorok cicak dibelakangnya... mama tengok ni, tak ada cicak. Tadaaaa...ini dia cicak! Terperanjat mama!!! Syifa, Syifa...tak padan dengan kecik, berani, garang dan bijak.

Tuesday 11 March 2014

Beg Transformers Saya - Part 2

Dari pukul 7.00 malam mama mencari beg sekolah Rizqin. Mana pulak atok letak ni? Tak ada pun dalam bilik. Di segenap penjuru rumah mama cari beg Rizqin. Beg Rizqin tak ada. Bila ditanya mana beg sekolah Rizqin, dengan selambanya dia jawab Rizqin tak tahu mama. Sah ini mesti tertinggal kat bawah ni. Pelbagai andaian dibuat. Kalau beg hilang ada tertera nama, alamat rumah, sekolah dan no. telefon rumah. Balik sekolah jam 12.00 tengahari, ini dah pukul 9.00 malam tak ada pun orang pulangkan beg Rizqin. Itu kalau orang nak pulangkan, tapi kalau dia berkenan alamatnya hilanglah Beg Transformers Rizqin. Beg sekolah masih belum dijumpai, lagi lambat la nak siapkan kerja rumah.

Selesai atok bersolat jemaah di surau, mama terus bagitahu atok, beg sekolah Rizqin tak ada. Puas dicari tapi tak jumpa-jumpa. Terus atok turun bawah, cari di tempat atok parking motor di depan surau. Ha, ada pun Rizqin. Mujur begnya masih ada di kerusi surau. Opah kata, tiga orang iaitu atok, Rizqin dan Syifa boleh lupa nak bawa beg naik ke rumah. Nasib baik tak hilang Beg Transformers. Lain kali beg pikul dibahu, jangan laju je turun dari motor, lari naik rumah, pesan atok pada Rizqin. Rizqin, Rizqin asyik nak cepat je...

Thursday 6 March 2014

Seronokkan kita pergi...

Kita nak ke mana ni? soal Nur Syifa. Kita nak ke Tesco Bukit Sentosa. Beli barang dapur dan mencari tools box di kedai DIY. Mereka tahu bila mama dan yayahnya dah gaji, boleh beli mainan di Tesco. Sebabnya bila anak-anak nak mainan, kami akan kata tunggu mama dan yayah dapat gaji, baru boleh beli. Seronokkan kita pergi Tesco, kata Nur Syifa. Si kecik ni kalau bawa berjalan-jalan memang dia seronok, apatah lagi masing-masing dapat mainan yang dihajati. Rizqin dengan robot Transformersnya dan Syifa dengan dinosaur dan anak itiknya. Sebenarnya, minggu lepas kami turut ke sini tapi bukanlah nak berbelanja di Tesco cuma semata-mata nak makan sizzling yee mee, rotiboy coffee dan minum cool blog chocolate. 
 
Malamnya pula kami ada agenda lain iaitu nak meraikan birthday yayah. Cadangnya nak makan western food. Tapi tak tahu la restoran mana yang ada menjual menu western food di Batang Kali ni. Buntu. Kalau di KL memang la banyak, nak yang best Fiske steakhouse. Kalau di Batang Kali, restoran seafood memang merata, tapi kalau western ni ada ke? Hati memang nak sangat makan chicken chop atau pun chicken maryland. Lebih-lebih lagi Rizqin, suka sangat makan keju (baca ini). Akhirnya… jeng, jeng, jeng Chick A Licious @ Marrybrown Batang Kali. Kami order Chick A Licious x 2 set + Fish n Chip x 1 set + Tower Burger. Duduk pulak tu di kerusi buai, memang terbuai-buai la kami makan. Suka sangat Rizqin makan salad dilimpahi mayonis dan keju. Katanya, di sekolah Rizqin makan sayur. Makan sayur elok mama,  cikgu kata nanti mata kita cantik. Nanti mama buatla sayur dengan mayonis, Rizqin suka makan sayur, pinta Rizqin. Seronokkan kita pergi Marrybrown, tambah Nur Syifa lagi.
 
Kebetulan semasa nak balik, ternampak car boot sale di JRD Batang Kali. Singgah kejap, macam-macam barang ada dijual. Anak-anak beli bola berlampu padahal baru pagi tadi beli mainan...dapat lagi mainan. Seronokkan kita pergi car boot sale, kata Nur Syifa. Terhibur bila dengar Syifa sebut Seronokkan, sebabnya apa sahaja yang seronok bagi dirinya dia akan ekspresikan. Seharian kami berjalan, tangan balik tak kosong, perut pun kenyang memang la seronok. hahaha.