Sunday 30 March 2014

Baju Askar HEBAT!

Apa dah jadi si KIKO mama sekarang ni. Suka, suka, suka, suka, suka sangattttttttt pakai BAJU ASKAR. Baju lain dia tak nak pakai. Jersey ke, gaun ke jangan harap bersarung dibadan. Mulanya, atok beli BAJU ASKAR ini untuk Rizqin semasa bercuti di Bandung. Syifa pula atok belikannya baju Dinosaur. Tapi bila dah melaram dengan baju masing-masing, muka Syifa monyok semacam je menjeling BAJU ASKAR yang dipakai oleh Rizqin. Pinjam je, sengih Syifa manja. Abangnya pun tak kisah adiknya nak pakai BAJU ASKAR kepunyaannya. 

Setiap hari bila memakai baju ASKAR, Syifa akan kata BAJU INI HEBAT! BAJU INI HEBAT! Tambah dia bangga apabila jiran sebelah rumah atok, Abang ASKAR pakai uniform ASKAR. Lagi la Syifa rasa BAJU INI HEBAT DIPAKAI OLEH ORANG YANG HEBAT!. Tak mahu tukar baju lain. Kalau sampai di rumah atok, pagi-pagi puas la memujuk Syifa supaya bajunya itu dibasuh. Cepat basuh cepatla keringnya, kata opah. Maka, pagi-pagi Syifa akan mandi. Itu pun kalau dia nak mandi. Kalau tak katanya, tunggu pukul 6 (pukul 6.00 petang). Orang yang akan dicari untuk mandikannya ialah Atok. Sebabnya dia akan kata pada atok, mandi sini je (leher je) rambut tak payah.

Lepas tu setiap jam dia akan tanya opah, BAJU ASKAR dah kering ke opah? Di pegangnya baju ASKAR dijemuran Oh.. basah lagi. Sampai ke petang dia akan bertanya tentang BAJU ASKARnya. Kadang-kadang dia akan telefon rumah atok, bertanyakan opah, BAJU ASKAR dah kering ke? dah angkat ke? dah lipat ke? dah boleh pakai ke?. Dah..dah.. marilah datang ambik, jawab opah.

Ayah, jom kita pergi rumah opah, opah kata BAJU ASKAR dah kering, jom ayah? pujuk Syifa. Kalau nampak abang-abang tentera pakai uniform ASKAR, bulat mata Syifa memandangnya. Ayah, ayah, ayah nampak tak baju askar tadi? Nampak, nampak, jawab ayah. BAJU ASKAR HEBATKAN ayah. HEBAT-HEBAT...

No comments:

Post a Comment