Monday 7 April 2014

Racun dalam makanan?

Cuti sekolah bulan Mac yang lepas tidak bermakna buat anak-anak kami sebabnya hampir seminggu Syifa kena cirit-birit dan muntah-muntah. Rizqin dan mama turut dijangkiti. Ayah pula menjelang senja ototnya sengal-sengal akibat virus denggi yang masih ada di dalam badan. Kasihan Syifa dan Rizqin muntah-muntah. Apa sahaja yang mereka makan akan terkeluar semula. 

Syifa paling teruk muntah-muntah. Dia berdiri terbongkok-bongkok sambil tangannya diletakkan di tepi mangkuk tandas. Mujur kena semasa cuti sekolah, kalau tak dah tentu akan ketinggalan banyak mata pelajaran lebih-lebih lagi Rizqin. Dan nasib baik juga mereka semua dah champion makan ubat. Makan ubat umpama makan gula-gula yang tersangat manis! 

Kami sapu minyak angin bagi melegakan badannya. Lepas sapu je, terus muntah-muntah. Last kami semua makan keropok lekor di Tesco Bukit Sentosa. Mungkin keropok lekor itu penyebabnya. Manalah tahu mungkin keropok lekor tersebut sebelum digoreng berlendir-lendir dan telah digoreng berulang kali. "KENAPA LA ORANG TARUK RACUN DALAM MAKANAN, KESIAN BUDAK-BUDAK, KESIAN SYIFA", keluh Syifa. Tiap kali dia selesai muntah, mesti dia membebel pasal racun dalam makanan. Kasihan Syifa susut benar badannya. Selang beberapa hari lepas pulih, keluar bintik-bintik halus di kaki, tangan dan mulut Syifa. Hai, penyakit apa pulak ni?  


No comments:

Post a Comment