Saturday 31 May 2014

Menyusuri jalan Ulu Yam - KL...

Setiap hari kami menyusuri jalan bengkang-bengkok Ulu Yam. Dari Sungai Tua memandu naik ke Ulu Yam ada lebih kurang 25km. Anggaran memandu 1minit untuk 1km. Itu pun tak boleh laju sangat sebab banyak selekoh merbahaya! Risiko tanah runtuh, kabus tebal, pokok tumbang atau terbabas masuk gaung. Ditambah pula dengan gelagat pemandu kurang ajar yang sering berlumba. Double line pun nak potong! Atas bukit pun nak potong! Tahu-tahu depan dah ada kereta. Bertembung. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada kereta terbabas di tempat yang sama. Itu belum lagi, motor yang lampu belakang tak hidup! Mentol 0.20 sen pun tak boleh beli ke? Geram rasanya. Bukankah merbahayakan nyawa sendiri dan pemandu lain? Ditambah pula dengan tak adanya kemudahan lampu jalan dan line telefon.

Petang-petang kelihatan van sekolah naik ke Ulu Yam. Mula-mula dulu kami terfikir jugak dari mana datangnya budak-budak sekolah ni? Setahu kami tak ada perumahan di kawasan hutan Ulu Yam ni. Rupa-rupanya anak-anak orang asli bersekolah di Selayang. 

Jalan Sesak Sila Ikut Laluan Alternatif
Kadang-kadang treler dengan berat bebanan muatan pun naik Ulu Yam. Dah jammed jalan dibuatnya. Berderet-deret kereta dibelakang. Bila sampai di Selayang jalan jammed. Masuk jalan Batu Caves / Taman Amaniah bertambah teruk jammed. Itu pun kami ikut jalan alternatif, kalau ikut susur keluar ke Jalan Kuching alamatnya punch card merah setiap hari. Jalan mana yang tak jammed? Jalan Sungai Kertas? Situ pun jammed di Pinggiran Batu Caves. Tiba di simpang Batu Muda pun jammed. Sebab tu kalau hujung minggu, kami lebih seronok menghabiskan masa di rumah atau jalan-jalan di sekitar Batang Kali sahaja. Memang takkan turun KL!.  
P/s : Kawan mama lebih 37 tahun menyusuri jalan Ulu Yam, bermula dari jalan dibuka sampai la dia pencen. Ok je dia. Ayuh, Bersemangat!. 


No comments:

Post a Comment