Saturday 31 May 2014

Datang awal ke sekolah...

Balik dari sekolah, sampai dimuka pintu terus Rizqin cepat-cepat nak ke tandas. Ini mesti dia tahan kencing kat sekolah. Susu memang opah dah standby. Hisap susu dan terus zzz. Letih sangat dia. Biasanya, pukul 5.50 pagi giliran Rizqin bangun, mandi dan bersiap ke rumah atok. Tak mahu kelam kabut dipagi hari, barang-barang yang hendak dibawa dah sedia bersusun dari malamnya. Angkat dan terus angkut dalam kereta.
 
Kadang-kadang anak-anak tertidur di dalam kereta. Jika tak tidur Rizqin akan duduk di pangkuan yayah yang sedang memandu. Anak manja ayah ni, tak boleh langsung nak berenggang. Mesti nak beriba dalam kereta. Syifa pula tidur erat dalam pelukan mama, macam baby. Bantal, selimut, mainan, plastik muntah memang dah standby dalam kereta.
 
Kalau dulu sepanjang perjalanan kami Rizqin masih belum mengerti erti penat. Kini, bila dia mula bersekolah, dia dah mula mengeluh. Dia penat sebab berulang setiap hari. Pagi-pagi berkejar rasanya nak ke pejabat, takut-takut sampai lewat. Mujur kami masuk kerja jam 8.30 pagi, tadika start jam 8.00 pagi, jadi kami ada masa untuk uruskan anak-anak. Tapi tak tahu la nanti bila mereka dah bersekolah kebangsaan di KL, pukul 7.20 pagi mesti dah ada di sekolah. Nampak gayanya, lagi awal la kami terpaksa keluar rumah.
 
Jauh bukan alasan untuk datang lewat!
Kadang-kadang di tadika, masih ada budak-budak yang tak sampai lagi walaupun jam dah pukul 8.00 pagi. Bila mama tanya Rizqin, mana kawan-kawan Rizqin yang lain? Mama tak nampak pun? Kawan Rizqin datang lambat mama, rumah dia jauh, jawab Rizqin. Rizqin, kalau ikutkan, rumah Rizqin lagi jauh. Kita tak boleh jadikan alasan rumah jauh sebagai penyebab kenapa kita datang lambat ke sekolah. Rizqin lagi jauh, tapi Rizqin boleh je datang awal ke sekolah, tegas mama. Betul tu mama, Rizqin tak datang lambat, Rizqin awal, jawab Rizqin penuh bangga.
 
Tapi...ada masa-masanya dia nangis tak nak bangun awal sebab nak sambung tido lagi. Kalau Rizqin lambat, kita semua akan lambat, pujuk yayah.

No comments:

Post a Comment