Wednesday 23 April 2014

Kami generasi MAIWP


Logo MAIWP
Rizqin dah kenal sangat dengan Logo MAIWP. Kalau dalam perjalanan pulang ke rumah, nampak logo MAIWP je, Rizqin akan kata agama mama, agama. Apa tidaknya Rizqin kan bersekolah di Tadika MAIWP. Buku, kelas, lencana, peralatan semuanya ada logo MAIWP. Lagu MAIWP pun dia hafal ‘MAIWP terus berjasa, membina anak bangsa’.

Sepanjang jalan di Batu Muda , penuh dipaparkan logo-logo MAIWP. Tadika Islam MAIWP, Gerai Usahawan Asnaf Zakat MAIWP, Kedai Wakaf Rakyat MAIWP, Raudhatul Sakinah MAIWP, Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) MAIWP, banner Jom ke Baitulmal MAIWP, Kompleks Darul Kifayah MAIWP semuanya MAIWP. Banyakkan lokasi MAIWP di Batu Muda. Mama, pusing kepala mama, pusing kepala, tengok tu agama, agama, arah Rizqin pada mama. A’ah la MAIWP la Rizqin. Tapi kenapa MAIWP ada dekat kubur mama? Soal Rizqin kehairanan. Oh, itu office MAIWP kat kubur Raudhatul Sakinah. MAIWP ada di mana-mana, hebatkan!.

Kalau nak tahu, Aunty Ja dulu pun bersekolah Tadika MAIWP di tahun 90 an. Kini, anak saudara kesayangannya juga bersekolah di Tadika MAIWP. Insyaallah, tahun depan Syifa juga akan ke sekolah yang sama. Dan menerusi laman web, MAIWP telah menguruskan sebanyak 78 buah Tadika Islam iaitu 74 buah di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 4 buah di Labuan. Dengan salah satu objektifnya melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti. Tahniah!

Bestnya makan-makan di tadika...

Semasa dalam kereta menuju ke rumah, Rizqin berkata : 
Rizqin: Mama, esok cikgu suruh bawa pizza. Kalau tak ada pizza, KFC pun boleh.  
Mama: Pizza? Abang, cikgu suruh bawak pizza la. Mana nak cari pizza malam-malam ni. Tak basi ke nak makan besok. 
Yayah: Tak pe la Rizqin, kita bawa donut je la, tukar menu ya.
Rizqin:Ok.
(Mama terus check beg sekolah Rizqin, kalau-kalau ada surat dari cikgu. Tak ada. Tak apa la...bawa je la makanan esok.) 
                                                                                                                                                                
Keesokkan paginya, mama dah standby bekas tupperware untuk isi donut dan kuih ketayap. 20 biji kesemuanya. Kebiasaannya, pagi-pagi memang kami singgah beli donut, karipap dan kuih ketayap di Gerai Selera Pantai Timur. Seronok bukan main lagi Rizqin bila bawa makanan yang banyak ke tadikanya. 
Opah: Ada jamuan ke Rizqin? 
Rizqin: Ha, jamuan! (baru dia ingat perkataan jamuan)
Opah: Betul ke ada jamuan? Kalau tak ada jamuan tak apa la, kita sedekah makan kat budak-budak. 

Di kelas tadika
Mama: Cikgu, hari ini ada makan-makan kat tadika ya. (Mama terpandang cikgu sedang gunting gambar pizza) 
Cikgu: Aik? tak ada la, saya suruh bawa gambaq makanan, tak suruh bawa makanan pun.
Mama: Oh ya ke...Rizqin kata bawa makanan. Katanya, kalau tak ada pizza, KFC pun boleh. Tapi tak pa la cikgu, kalau macam tu, cikgu bagi la budak-budak ni makan.  
Cikgu: Hari ni memang depa semua belajaq pasal makanan, tapi tak suruh pun bawak makanan. Tapi tak pa puan, nanti makanan tu boleh saya tunjukkan kat budak-budak.  
              
Waktu balik dari sekolah, ringan je tupperwarenya. Macam mana Rizqin? tanya opah. Seronok kawan-kawan Rizqin makan opah, habis! Cikgu kata, boleh cikgu makan depan TV, balas Rizqin penuh ceria. Seronok sangat dia bawa makanan di sekolah, makan ramai-ramai. Insyaallah sayang, nanti kita buat hari jadi Rizqin kat sekolah ya! macam kawannya Puteri dan Syamil.
  
Hari berikutnya:  
Rizqin: Mama, telefon la KFC, suruh hantar kat tadika Rizqin. 
Mama: Siapa nak bayar?
Rizqin: Mama la, hahaha.

Sunday 20 April 2014

Baju Askar HEBAT! Part2

Atok balik ke Jengka Pahang melawat abangnya di kampung. Anak-anak kami menangis nak ikut sama. Tapi, atok tak lupa belikan sesuatu untuk cucu-cucu kesayangannya ini. BAJU ASKAR! Jenuh atok berjalan di pasar malam bandar Jengka, mencari baju askar. Keluar masuk kedai, hampir sepuluh kedai atok bertanyakan BAJU ASKAR. Akhirnya dapat juga la dua pasang BAJU ASKAR berharga RM 46.00. Bukan main seronok Syifa dan Rizqin menggayakan BAJU ASKAR mereka. Terima kasih atok, terima kasih atok, jerit Nur Syifa dan Rizqin.

Maka, koleksi BAJU ASKAR Nur Syifa kini telah bertambah! Basuh satu, satu lagi ada, tak payah nak tunggu kering. Boleh pakai berselang hari. Bila dah ada BAJU ASKAR yang baru, sepatutnya BAJU ASKAR yang dikatakan Syifa sebelum ini ‘Syifa pinjam je abang, Syifa pinjam je perlu dipulang semula kepada Rizqin. Sebaliknya, bila Rizqin nak pakai BAJU ASKAR nya, Syifa menjebik nak nangis. Ha, kata pinjam..last-last jadi miliknya. Syifa..Syifa.

Dan kalau berselisih dengan abang askar dan pada waktu itu Syifa tak pakai BAJU ASKAR, Syifa akan kata ASKAR TAK SAYANG SYIFA, SEBAB SYIFA TAK PAKAI BAJU ASKAR. Sampai macam tu sekali tanggapannya. Nampak gayanya hari-hari la dia akan PAKAI BAJU ASKAR.

Kami nak cepat tinggi...

Rumah dah macam taska. Bila bermain di laman rumah, anak-anak sibuk menjerit memanggil jiran sebelah supaya tengok mereka bermain. Nak tunjuk mainan baru Little Tikes Alligator Teeter Totter dan Lerado Slides la tu. 

Opah, opah, opah tengok ni, tengok la mainan Rizqin. Opah tak nampak la, jawab opah (sebabnya tembok rumah tinggi). Anak kami yang sememangnya petah dan keletah ni terus bertanya Opah tak makan ke?’ Hey, opah makan la Rizqin, jawab opah. Habis tu, kalau makan kenapa opah tak tinggi-tinggi, balas Rizqin. Kelakar la Rizqin ni...hahaha.

Sebab tu kalau tengah makan, anak-anak akan cepat-cepat ukur ketinggian. Abang, bangun abang, pinta Syifa sebab nak ukur ketinggian dengan Rizqin. Oh sikit lagi, dekat bahu je...kata Syifa. Kalau Rizqin pula, dia akan ukur ketinggiannya dengan mama, nak tinggi macam mama, nak tinggi macam mama. Ada-ada aje telatah dua beradik ni. Sungguh menghiburkan!


Selamat Datang Ke TASKA MAMA

Seronok betul anak-anak sejak rumah mereka ada gelongsor dan papan jongkit. Papan jongkit brands Little Tikes Alligator Teeter Totter dan Lerado Slides. Jeng..jeng..jeng.. dua mainan ini ambil dekat rumah Rawang (rumah lama kami). Bila tanya pada anak-anak katanya ambil dekat rumah orang. (shh...hanya kita-kita je tahu). Ramai kawan-kawan Rizqin datang bermain di rumah kami. Kejap-kejap bunyi ting tong, ting tong, kawan-kawan ajak main. Dah macam taska jadinya. 

Baru-baru ini mak saudara yayah datang ke rumah dan bertanya ‘orang rumah bukak taska ke, Rizal?’ Mama yang sedang bancuh air di dapur, tergelak dalam hati. Dah agak dah, ini mesti terkejut tengok mainan yang banyak di dalam dan di luar rumah kami. Memang dah macam TASKA!. Jadinya, kami nak umumkan kepada semua warga penduduk Panorama Alam Tropika atau yang berhampiran dengannya, lepas ni tuan/puan boleh la menghantar anak-anak ke TASKA MAMA. Selamat Datang ke Taska Mama. yeay! yabedabeduuuu!

Monday 7 April 2014

Bakteria dalam badan saya

Situasi 1 :
Nanti mama cakap cikgu ya, bagitahu cikgu "Cikgu anak saya Rizqin tak sekolah hari ini, dia demam, pesan Rizqin". Ok, nanti mama bagitahu cikgu. Di sekolah waktu mama bagitahu cikgu, cikgu sedia maklum dengan keadaan Rizqin sebabnya dari semalam lagi dia dah selesema. Rizqin pun ada cerita pada mama yang dia ke pejabat sekolah, ambil tisu. Rizqin ambil tisu banyak-banyak mama. Tapi, bukan ke setiap hari mama sediakan sapu tangan, kenapa tak guna?.

Bila seharian berehat di rumah atok, dia gelisah tak ke sekolah. Rizqin kata "kalau tak pergi sekolah nanti kawan-kawan rindu Rizqin". Keesokkan harinya, dia kata semua kawan-kawan tanya Kenapa Rizqin tak datang sekolah?. Kawan-kawan rindu Rizqin la, mama. Dalam hati mama, bagusnya kawan-kawan Rizqin, baru sehari tak datang sekolah macam-macam dia orang tanya, ambil berat sungguh.

Situasi 2 :
Asal selesema je tak nak pergi sekolah. Dulu tak macam ni. Kenapa ya? Sebabnya, sebelum ini masa dia berehat di rumah, opah mengadu yang Rizqin boleh sehari suntuk bermain, melompat dengan adiknya Nur Syifa. Tak sakit pun, sihat je dia. Bila opah kata "Esok kamu dah boleh pergi sekolah, kamu dah sihat". Dia cepat-cepat jawab "Rizqin tak sihat opah, BAKTERIA BELUM KELUAR LAGI opah". Ada-ada je Rizqin ni...

Racun dalam makanan?

Cuti sekolah bulan Mac yang lepas tidak bermakna buat anak-anak kami sebabnya hampir seminggu Syifa kena cirit-birit dan muntah-muntah. Rizqin dan mama turut dijangkiti. Ayah pula menjelang senja ototnya sengal-sengal akibat virus denggi yang masih ada di dalam badan. Kasihan Syifa dan Rizqin muntah-muntah. Apa sahaja yang mereka makan akan terkeluar semula. 

Syifa paling teruk muntah-muntah. Dia berdiri terbongkok-bongkok sambil tangannya diletakkan di tepi mangkuk tandas. Mujur kena semasa cuti sekolah, kalau tak dah tentu akan ketinggalan banyak mata pelajaran lebih-lebih lagi Rizqin. Dan nasib baik juga mereka semua dah champion makan ubat. Makan ubat umpama makan gula-gula yang tersangat manis! 

Kami sapu minyak angin bagi melegakan badannya. Lepas sapu je, terus muntah-muntah. Last kami semua makan keropok lekor di Tesco Bukit Sentosa. Mungkin keropok lekor itu penyebabnya. Manalah tahu mungkin keropok lekor tersebut sebelum digoreng berlendir-lendir dan telah digoreng berulang kali. "KENAPA LA ORANG TARUK RACUN DALAM MAKANAN, KESIAN BUDAK-BUDAK, KESIAN SYIFA", keluh Syifa. Tiap kali dia selesai muntah, mesti dia membebel pasal racun dalam makanan. Kasihan Syifa susut benar badannya. Selang beberapa hari lepas pulih, keluar bintik-bintik halus di kaki, tangan dan mulut Syifa. Hai, penyakit apa pulak ni?