Saturday 17 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015


Lawatan sambil belajar Tadika MAIWP ke Zoo Negara Malaysia dan Kilang Biskut Beryl's

Pada 28.10.2014 (Selasa) yang lepas Tadika MAIWP telah mengadakan lawatan sambil pelajar ke Zoo Negara Malaysia dan Kilang Biskut Beryl's di Seri Kembangan. Rizqin tidak ketinggalan untuk turut serta walaupun keutamaan diberikan kepada murid 6 tahun. Mama pun join sekali tau. Setakat ini apa sahaja yang tadika anjurkan, mama tak pernah ketinggalan dan ambil bahagian. Bagi semangat dan sokongan buat anak-anak!
 
Untuk pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM 41.00 seorang dan dewasa RM 65.00 termasuk pengangkutan, sarapan & makan tengahari serta tiket masuk ke Zoo. Ini merupakan pengalaman pertama Rizqin ke Zoo Negara Malaysia. Excited sungguh dia nak pergi lawatan. Syifa? Merajuk la dia kat rumah. Katanya mama bukan pergi kerja, mama pergi Zoo dengan Rizqin. Bila opah pujuk 'Nanti atok bawa kita semua pergi Zoo, kita pergi ramai-ramai ya, Syifa'. Syifa tak nak pergi ramai-ramai, Syifa nak naik bas, nak pergi dengan cikgu, jawab Syifa. Marah betul dia sebab mama tak bawa dia.
 
Jom kita lihat rombongan pelajar Tadika MAIWP ke Zoo Negara Malaysia....

Yahoo..dah sampai Zoo Negara
Mana anak mama ni? 1.2.3. smile...

Banyaknya burung..nak tangkap boleh?
 
Hoorey seronoknya kami di Zoo 
Amboi..amboi bukan main seronok Pak Belang berenang
Show Aphitheater WOW!
Eeee..besarnya ikan
Bergambar kenangan di Zoo Negara 2014

Syifa jangan jelous tau..Rizqin pegang anak badak air ni


LAPAR NYER...kita singgah makan KFC dulu ya!

Sedap hingga menjilat jari

Habis...lapar betul Rizqin

Sedapnya makan KFC di Setiawangsa


SAMBUNG LAWATAN KE KILANG BERYL'S PULAK
Kilang  Biskut Beryl's di Seri Kembangan

Tadah tangan ...huhu Chocolate Free dari pihak Beryl's

Tengok ni adik, Rizqin beli banyak chocolate 
 
Penat sungguh Rizqin...sehingga tertidur dalam bas. Sampai di rumah, seronok dia bercerita pengalamannya ke Zoo Negara. Ada harimau adik, dia berenang. Dekat je dengan Rizqin kan mama. Sambil bercerita mulut penuh coklat!!!! SERONOK RIZQIN IKUT LAWATAN....

 
 

Friday 7 November 2014

Si kecil yang suka ajuk cakap

Syifa suka sangat ajuk cakap mama. Kadang-kadang dia ajuk cakap ayah. Antara dialog yang dia suka ajuk.
Syifa : Mama, cakap dengan Syifa. 
Mama : Ya, Syifa
Syifa : Ya, Syifa.
Mama : Syifa, Syifa nak makan ke?
Syifa : Syifa, Syifa nak makan ke?
Mama : Jangan la Syifa.
Syifa : Jangan la Syifa.
Mama : Mama tak nak kawan Syifa la.
Syifa : Mama tak nak kawan Syifa la.
Seronok betul dia kalau dapat ajuk cakap mama. Ketawa-ketawa dia bila tengok mama merayu-rayu. Jangan la Syifa, jangan la Syifa. Bertambah-tambah galak dia menyakat mama.Kesian mama Syifa.

Kalau Syifa minta macam-macam, itu dan ini.
Ayah : Eeee Syifa ni, Banyak cerita pulak.
Syifa : Eeee Ayah ni, Banyak cerita pulak.

Kalau dengan Rizqin pula dia selalu sebut dekat telinga Rizqin :
Syifa : Apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa (berulang-ulang)
Rizqin : Jangan la adik, jangan la.
Syifa : Apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa
Rizqin : Ayah, tengok la adik ni, dia kata apa-apa-apa-apa. Bising la ayah. Pening kepala Iqin.
Syifa : Apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa-apa
Ayah : Syifa, jangan buat abang Syifa.
Syifa : Syifa tak buat apa-apa pun. Syifa tak buat apa-apa pun ayah.

Syifa : Mama, cakap Syifa sayang mama.
Mama : Syifa sayang mama?
Syifa : Sayang. Lepas tu dia buat memek muka macam jawab tak ikhlas. Dia ingat mama tak perasan, cepat-cepat mama gomol-gomol dia. Ketawa-ketawa dia. Cepat-cepat dia kata "Syifa minta maaf mama, Syifa tak sengaja, Syifa main-main je".

Tapi kalau salah seorang anak kami demam, terasa sunyi bila mereka tak aktif dan lesu aje. Ini lah telatah Syifa. "Syifa main-main je".

Syifa kan baby
Pipi merah bak pauh dilayang, kulit mulus umpama sutera nan halus
Sayang kamu!

Wednesday 22 October 2014

Landskap titik peluh kami Part4 - Penyeri Taman Syifa

Hujung minggu sememangnya aktiviti kami membersihkan rumah. Ayah la yang paling rajin vacuum dan mengemop satu rumah, atas dan bawah. Habis setiap sudut, ruang dan celah di vacuumnya. Terima kasih abang sebab banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Muah, muah, muah. I love you, abang! Mama pula hobinya mengelap habuk dari satu sudut ke satu sudut. Kemudian menyusun atur peralatan itu dan ini. Cantik, kemas dan teratur. Cantik rumah ayah, puji Syifa. Kalau ada barang yang berkenan dihati Syifa dan ingin dibelinya, dia akan kata, Syifa nak cantikkan rumah. Syifa nak cantikkan rumah.
 
Bersama kita cantikkan Taman Syifa
Selain itu, aktiviti kami dihujung minggu termasuklah membersihkan landskap di Taman Syifa dan juga Taman Syafi.  Trim pokok, membaja, merumput, memangkas dan merumpai. Seronok rasanya bila melihat landskap bersih dan bunga-bunga  hidup segar di taman. Di waktu pagi, kerap juga burung madu datang. Kami gelarkannya burung madu, sebab burung ini hisap madu pada pokok pasuan mama. Kadang-kadang ia datang 3 ekor. Kadang-kadang 2 ekor. Oooo burung madu bawak kawan-kawan dia la, kata Syifa. Berkicau-kicauan bunyi burung madu di Taman Syifa. Kalau burung ini datang, kita kena senyap adik, kalau tak burung madu lari, kata Rizqin.

Masih kosong. Nak buat landskap atau pasang tiles?
Rancang nak buat mini landskap
Kami susunkan batu refleksologi dan tanam rumput karpet jenis philipines


Hep! Beraninya dia pijak rumput karpet ayah. Babap punggungnya nanti.
 
DIY : Menerangi suasana malam @Taman Syifa
 
Wow! penyeri taman : Coleus dan  Loropetalum chinense var. rubrum.
 Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-2.html
 Jasmine penyeri taman pula
Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-3.html
Loropetaleum Chinese var. rubrum merupakan pokok kesayangan mama. Pokok pagaran ini kian membesar dan kini meninggi hingga ke paras pinggang. Semakin kerap ianya dicantas, semakin banyak ia mengeluarkan bunga. Tapi sayang, apabila daunnya mulai kering dan berguguran, taman ini perlu kerap disapu dan badan miang apabila daunnya terkena di badan.
 
Sungguh pun landskap ini kecil, kami manfaatkan ia dan menjadikan sebahagian dari aktiviti riadah kami di hujung minggu. Dan sekali lagi landskap @ Taman Syifa ini telah berubah wajah. Totally Difference! Nak tahu konsep landskap terkini di Taman Syifa, nanti mama upload gambar ok. Yang pasti perubahan landskap yang ke 3 ini lebih menarik dan mudah dijaga. Tungguuuuuu....

Wednesday 8 October 2014

Funfair Rawang

Funfair! Funfair! Funfair! jerit Rizqin dan Syifa. Alamak mereka dah ternampak spotlight dan lampu warna-warni funfair la, tak boleh nak elak ni. Sebab tu kena singgah. Kalau tak singgah, lain kali mesti kena tunaikan janji pergi funfair. Kalau waktu siang boleh la bagi alasan funfair tutup. Ini terang benderang. Macam mana? Maka malam hujung minggu lepas solat maghrib kami bawa anak-anak pergi Funfair Rawang. Jom kita bergumbira tepuk tangan sama-sama. Eh, menyanyi la pulak.
 
Wah, spotlight dia memancar macam cerita Kingkong la. Dari jauh lagi anak-anak dah perasan, funfair bukak la malam ni. Yeay! Yeay!. Melompat-lompat dalam kereta. Penuh parking kereta. Lagi la mereka Yeay! Yeay! Funfair bukak! Yeay! Yeay!...Eh, roda ferris berpusing la... lagi la mereka Yeay!Yeay! pergi Funfair! pergi funfair!.
 
Tapi kali ini, Rizqin dan ayah naik roda ferris. Bukan main seronok lagi si Rizqin. Dia anak yang berani. Tak takut gayat. Masa bercuti di Langkawi, bukan main berani lagi dia naik Langkawi Cabel Car. Naik roda ferris di PD pun dia tak takut. Lain pula dengan Syifa, semua benda dia takut. Asyik nak berkepit dengan mama je. Sikit-sikit mama, sikit-sikit mama. Nampak gayanya pusing-pusing naik keretapi je la kita Syifa.
 
Bertenang! bertenang..tak takut pun

Tata Rizqin. Tingginya kamu
Naik keretapi
Bila dah puas bermain, perut pun mula terasa lapar. Biasanya kalau ke Rawang, kami akan pekena KFC di Pekan Rawang. Kami kan penggemar tegar KFC. Makan KFC panas-panas, memang sedap dan enak sekali. BEST!





Sunday 5 October 2014

Cakap macam makcik-makcik

Kalau nak tahu di rumah kami ini ada seorang budak tu bercakap macam makcik-makcik. Petah sungguh dia bercakap. Nampak je kecik orangnya tapi mulutnya pot, pet, pot, pet. Tak padan dengan umurnya. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami yang comel lagi keletah, Nur Syifa Rizqin. Siapa sangka Syifa yang sewaktu kecilnya kerap menangis, semakin bijak dan banyak cakapnya. Bila bercakap siap dengan intonasi, gaya dan mimik muka. Pandai sungguh dia! Dia jugalah anak yang cepat berjalan, cepat bercakap dan perkembangan tumbesarannya sungguh cepat.

Pernah sewaktu kami ada appoinment dengan Pakar Paediatric di KPJ Tawakal, sedang Dr. menulis prescription ubat di mejanya, Dr bertanya kepada Syifa, kenapa kamu menangis? Dengan pantas Syifa jawab, Saya takut. Terkejut Dr. yang tadinya menulis, terus bersandar di kerusi dan menanggalkan cermin mata ke meja. Wow, banyak pandai dia cakap, kata Dr. Jarang budak setahun boleh cakap sebegini lancar. Langsung tak pelat. Antara dialog yang pernah diungkap dan mencuit hati kami semua :-

Tahun depan dah sekolah
Mama : Syifa, tahun depan kamu kena pergi sekolah.
Syifa : Syifa tak nak pergi sekolah, nanti cikgu cakap A Syifa cakap B.
Mama : ???

Yummy...yummy...makan aiskrim.
Syifa : Mama jangan hisap tau, Syifa ni pengotor.
Mama : (Dalam hati) Alasan tak nak bagi mama rasa la tu.

Cemburu kalau ada adik
Mama : Syifa nak adik tak?
Syifa : Syifa tak nak adik. Nanti habis dia hisap susu t***k mama.
Mama : Dalam hati (Hai, tahun depan dah nak ke sekolah pun masih nak menetek lagi ke Syifa)
 
Makan ubat
Syifa : Iqin jangan takut tau, ubat ini sedap, manis, tak pahit pun. (Tapi kalau dia yang kena makan ubat, macam-macam alasan dia berikan. Syifa tak sakit ayah, Syifa dah sihat. Tengok ni, tengok ni (berdiri dan tunjuk aksi dia dah sembuh). Syifa tak nak ubat putih, ayah. Syifa nak ubat orange, ubat orange sedap.
 
Kasar dan garang
Syifa : Rizqin jangan takut tau. Syifa ada. Nanti Syifa tanduk dia (budak-budak nakal). Syifa kan dinosaur. Dinosaur kuat. Tengok ni, Aum!Aum!
Syifa : Garang tak Syifa Rizqin?
Rizqin : Garang.
Ayah : Kasarnya Syifa. Anak dara mana boleh kasar-kasar. Kena lembut-lembut.

Wild Pig
Syifa : Mama, wild pig boleh pegang?
Mama : Tak boleh pegang HARAM.
Syifa : Ooooo...HARAM
Mama : Kalau pegang kena buat apa Syifa?
Syifa : Kena basuh dengan air tanah dan air mutlak. 

Sekiranya sesuatu kesalahan itu Rizqin yang lakukan, Syifa akan cepat-cepat kata Syifa tak buat, Syifa baik aje, Iqin yang buat. Marah dia mama. (Sebab Syifa tak salah dia suruh mama  marahkan Rizqin) Dan ayat yang paling dia suka sebut... Minta maaf mama, Syifa tak sengaja. Syifa sayang mama. Muah, muah, muah.
Inilah dia Syifa. Anak kami yang petah cakapnya. Dia jugalah yang kuat mengadu, suka menyakat dan tak kurang juga kuat merajuk.

Tuesday 30 September 2014

Pokok Pisang Lemak Manis @ Taman Syafi

Berbudi pada tanah pasti mendapat hasilnya. Begitulah yang kami manfaatkan di Taman Syafi. Di taman ini ayah tanam 2 batang anak pokok pisang lemak manis. Alhamdulillah menjadi-jadi pokok pisangnya. Orang tua-tua kata sejuk tangannya, sebab tu apa yang ditanam semuanya hidup subur dan menjadi. Sehingga kini sudah 14 kali pokok pisang lemak manis ini berbuah. Buahnya juga gemuk-gemuk dan bolehla buat berniaga di Pasar Batang Kali, kata ayah. Sekilo RM2.00.Untung tau berniaga pisang ni. Mama sempat lagi berangan, kami empat beranak duduk bersila meniaga pisang di pasar. Hahaha. 
 
Syifa dan ayah adalah penggemar pisang lemak manis ini. Sehari Syifa boleh ulang 5 biji pisang. Sedap pisang lemak manis, Syifa suka pisang, puji Syifa. Setiap kali kami sedekahkan pada jiran-jiran, mereka juga terkejut kerana pisang ini senantiasa ada. Tambah mereka terkejut apabila tiap kali kami hantar pisang ini ke rumah mereka, kami akan katakan ini pisang yang ke pertama, kedua, ketiga, ke-4, ke-5, ke-6 hingga lah yang kini ke 14. Dan kata ayah lagi, bila kita sedekah anak pokok pisang, makin menjadi-jadi anak pisang membiak. Dan sekiranya kami memiliki tanah yang luas pula, kami akan penuhkan dengan pokok-pokok pisang. Bolehlah gelarkan kami TOKEY PISANG!

Date taken :07.02.12 mula ditanam. Pemberian kawan yayah Wak Musa.TQ

Date taken : 25.07.12 Dua pokok pisang lemak manis semakin membesar
 
Date taken : 27.07.12 Anak pokok pisang yang pertama mulai tumbuh
Date taken : 07.10.12 Singgah berehat jap ya!
Date taken : 07.10.12 Jantung pisang mula kelihatan
Date taken : 17.10.12 Dari 2 anak pokok kini menjadi 5  
Date taken : 17.10.2012 Jantung dan buahnya kian membesar 
Date taken : 17.10.12 Tengok tu jantung dan pisang
 
Date taken : 15.11.12 Pisang lemak manis semakin membesar

 
Date taken : 04.12.12 Dua-dua pokok berbuah serentak!

 
Date taken : 04.12.12 Yeay dah boleh makan ni
Date taken : 04.12.12 Pisang lemak manis (pokok pertama)
 
Date taken : 04.12.12 Pisang lemak manis (pokok ke-2)
 
Senyum merasai hasil tanaman sendiri

Selain dari merasai buahnya, daun pisangnya juga di buat bungkusan nasi lemak. Best tiap kali masak nasi lemak, bungkus dengan daun pisang. Baru ada feel makan nasi lemak sambil berteduh di Taman Syafi.
 
The Best Nasi Lemak @ Panorama Alam Tropika