Wednesday 22 October 2014

Landskap titik peluh kami Part4 - Penyeri Taman Syifa

Hujung minggu sememangnya aktiviti kami membersihkan rumah. Ayah la yang paling rajin vacuum dan mengemop satu rumah, atas dan bawah. Habis setiap sudut, ruang dan celah di vacuumnya. Terima kasih abang sebab banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Muah, muah, muah. I love you, abang! Mama pula hobinya mengelap habuk dari satu sudut ke satu sudut. Kemudian menyusun atur peralatan itu dan ini. Cantik, kemas dan teratur. Cantik rumah ayah, puji Syifa. Kalau ada barang yang berkenan dihati Syifa dan ingin dibelinya, dia akan kata, Syifa nak cantikkan rumah. Syifa nak cantikkan rumah.
 
Bersama kita cantikkan Taman Syifa
Selain itu, aktiviti kami dihujung minggu termasuklah membersihkan landskap di Taman Syifa dan juga Taman Syafi.  Trim pokok, membaja, merumput, memangkas dan merumpai. Seronok rasanya bila melihat landskap bersih dan bunga-bunga  hidup segar di taman. Di waktu pagi, kerap juga burung madu datang. Kami gelarkannya burung madu, sebab burung ini hisap madu pada pokok pasuan mama. Kadang-kadang ia datang 3 ekor. Kadang-kadang 2 ekor. Oooo burung madu bawak kawan-kawan dia la, kata Syifa. Berkicau-kicauan bunyi burung madu di Taman Syifa. Kalau burung ini datang, kita kena senyap adik, kalau tak burung madu lari, kata Rizqin.

Masih kosong. Nak buat landskap atau pasang tiles?
Rancang nak buat mini landskap
Kami susunkan batu refleksologi dan tanam rumput karpet jenis philipines


Hep! Beraninya dia pijak rumput karpet ayah. Babap punggungnya nanti.
 
DIY : Menerangi suasana malam @Taman Syifa
 
Wow! penyeri taman : Coleus dan  Loropetalum chinense var. rubrum.
 Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-2.html
 Jasmine penyeri taman pula
Nak tahu lebih lanjut baca landskap-titik-peluh-kami-part-3.html
Loropetaleum Chinese var. rubrum merupakan pokok kesayangan mama. Pokok pagaran ini kian membesar dan kini meninggi hingga ke paras pinggang. Semakin kerap ianya dicantas, semakin banyak ia mengeluarkan bunga. Tapi sayang, apabila daunnya mulai kering dan berguguran, taman ini perlu kerap disapu dan badan miang apabila daunnya terkena di badan.
 
Sungguh pun landskap ini kecil, kami manfaatkan ia dan menjadikan sebahagian dari aktiviti riadah kami di hujung minggu. Dan sekali lagi landskap @ Taman Syifa ini telah berubah wajah. Totally Difference! Nak tahu konsep landskap terkini di Taman Syifa, nanti mama upload gambar ok. Yang pasti perubahan landskap yang ke 3 ini lebih menarik dan mudah dijaga. Tungguuuuuu....

Wednesday 8 October 2014

Funfair Rawang

Funfair! Funfair! Funfair! jerit Rizqin dan Syifa. Alamak mereka dah ternampak spotlight dan lampu warna-warni funfair la, tak boleh nak elak ni. Sebab tu kena singgah. Kalau tak singgah, lain kali mesti kena tunaikan janji pergi funfair. Kalau waktu siang boleh la bagi alasan funfair tutup. Ini terang benderang. Macam mana? Maka malam hujung minggu lepas solat maghrib kami bawa anak-anak pergi Funfair Rawang. Jom kita bergumbira tepuk tangan sama-sama. Eh, menyanyi la pulak.
 
Wah, spotlight dia memancar macam cerita Kingkong la. Dari jauh lagi anak-anak dah perasan, funfair bukak la malam ni. Yeay! Yeay!. Melompat-lompat dalam kereta. Penuh parking kereta. Lagi la mereka Yeay! Yeay! Funfair bukak! Yeay! Yeay!...Eh, roda ferris berpusing la... lagi la mereka Yeay!Yeay! pergi Funfair! pergi funfair!.
 
Tapi kali ini, Rizqin dan ayah naik roda ferris. Bukan main seronok lagi si Rizqin. Dia anak yang berani. Tak takut gayat. Masa bercuti di Langkawi, bukan main berani lagi dia naik Langkawi Cabel Car. Naik roda ferris di PD pun dia tak takut. Lain pula dengan Syifa, semua benda dia takut. Asyik nak berkepit dengan mama je. Sikit-sikit mama, sikit-sikit mama. Nampak gayanya pusing-pusing naik keretapi je la kita Syifa.
 
Bertenang! bertenang..tak takut pun

Tata Rizqin. Tingginya kamu
Naik keretapi
Bila dah puas bermain, perut pun mula terasa lapar. Biasanya kalau ke Rawang, kami akan pekena KFC di Pekan Rawang. Kami kan penggemar tegar KFC. Makan KFC panas-panas, memang sedap dan enak sekali. BEST!





Sunday 5 October 2014

Cakap macam makcik-makcik

Kalau nak tahu di rumah kami ini ada seorang budak tu bercakap macam makcik-makcik. Petah sungguh dia bercakap. Nampak je kecik orangnya tapi mulutnya pot, pet, pot, pet. Tak padan dengan umurnya. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami yang comel lagi keletah, Nur Syifa Rizqin. Siapa sangka Syifa yang sewaktu kecilnya kerap menangis, semakin bijak dan banyak cakapnya. Bila bercakap siap dengan intonasi, gaya dan mimik muka. Pandai sungguh dia! Dia jugalah anak yang cepat berjalan, cepat bercakap dan perkembangan tumbesarannya sungguh cepat.

Pernah sewaktu kami ada appoinment dengan Pakar Paediatric di KPJ Tawakal, sedang Dr. menulis prescription ubat di mejanya, Dr bertanya kepada Syifa, kenapa kamu menangis? Dengan pantas Syifa jawab, Saya takut. Terkejut Dr. yang tadinya menulis, terus bersandar di kerusi dan menanggalkan cermin mata ke meja. Wow, banyak pandai dia cakap, kata Dr. Jarang budak setahun boleh cakap sebegini lancar. Langsung tak pelat. Antara dialog yang pernah diungkap dan mencuit hati kami semua :-

Tahun depan dah sekolah
Mama : Syifa, tahun depan kamu kena pergi sekolah.
Syifa : Syifa tak nak pergi sekolah, nanti cikgu cakap A Syifa cakap B.
Mama : ???

Yummy...yummy...makan aiskrim.
Syifa : Mama jangan hisap tau, Syifa ni pengotor.
Mama : (Dalam hati) Alasan tak nak bagi mama rasa la tu.

Cemburu kalau ada adik
Mama : Syifa nak adik tak?
Syifa : Syifa tak nak adik. Nanti habis dia hisap susu t***k mama.
Mama : Dalam hati (Hai, tahun depan dah nak ke sekolah pun masih nak menetek lagi ke Syifa)
 
Makan ubat
Syifa : Iqin jangan takut tau, ubat ini sedap, manis, tak pahit pun. (Tapi kalau dia yang kena makan ubat, macam-macam alasan dia berikan. Syifa tak sakit ayah, Syifa dah sihat. Tengok ni, tengok ni (berdiri dan tunjuk aksi dia dah sembuh). Syifa tak nak ubat putih, ayah. Syifa nak ubat orange, ubat orange sedap.
 
Kasar dan garang
Syifa : Rizqin jangan takut tau. Syifa ada. Nanti Syifa tanduk dia (budak-budak nakal). Syifa kan dinosaur. Dinosaur kuat. Tengok ni, Aum!Aum!
Syifa : Garang tak Syifa Rizqin?
Rizqin : Garang.
Ayah : Kasarnya Syifa. Anak dara mana boleh kasar-kasar. Kena lembut-lembut.

Wild Pig
Syifa : Mama, wild pig boleh pegang?
Mama : Tak boleh pegang HARAM.
Syifa : Ooooo...HARAM
Mama : Kalau pegang kena buat apa Syifa?
Syifa : Kena basuh dengan air tanah dan air mutlak. 

Sekiranya sesuatu kesalahan itu Rizqin yang lakukan, Syifa akan cepat-cepat kata Syifa tak buat, Syifa baik aje, Iqin yang buat. Marah dia mama. (Sebab Syifa tak salah dia suruh mama  marahkan Rizqin) Dan ayat yang paling dia suka sebut... Minta maaf mama, Syifa tak sengaja. Syifa sayang mama. Muah, muah, muah.
Inilah dia Syifa. Anak kami yang petah cakapnya. Dia jugalah yang kuat mengadu, suka menyakat dan tak kurang juga kuat merajuk.