Thursday, 10 May 2012

Berpeluang naik komuter SCS - Part 2

Pengalaman balik menaiki komuter baru memang terasa hebat. Best sangat... canggih, serba canggih dan selesa. Wah, besar juga keluasan gerabaknya. Cantik dan bersih. Mungkin sebab baru lagi. Kalau tadi kami menaiki komuter lama yang keluasannya agak sempit, tapi komuter baru ini membuatkan anak-anak kami bebas berlari dan berpatah balik. Cewah, macam satu gerabak ini telah ditempah khas untuk kami! Suka benar Rizqin berdiri di antara penyambungan gerabak. Tergoyang-goyang dan terhuyung-hayang dibuatnya. Mama, mama, tergoyang-goyang! tergoyang-goyang! sambil si Rizqin sibuk mengimbangi badannya.
Menjadi-jadi pulak dua beradik ni. Berguling sakan, melompat-lompat, tak nak duduk diam. Menurut yayah, tren komuter enam gerabak (SCS) ini merupakan buatan syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China. Maka sudah tentu ia lebih panjang dari komuter lama tiga gerabak yang kami naiki tadi. Ruang tempat duduk dan berdiri juga lebih selesa. Terdapat tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri dan turut mementingkan keselesaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Rizqin juga terpegun melihat kerlipan lampu LED yang dipaparkan pada skrin di atas pintu masuk dan keluar. Kalau dulu, paparan peta adalah  statik. Kini, terdapat LED menyala pada setiap stesen. Katakanlah komuter tu on the way ke stesen Batang Kali, LED di bahagian Batang Kali akan berkelip-kelip. Jadi, penumpang OKU (bisu/pekak) boleh mengetahui komuter dah sampai di mana dan di mana sepatutnya mereka perlu turun. Kalau dulu, pemandu akan umumkan nama stesen setiap kali komuter nak berhenti, tapi kini tidak lagi. Suara perempuan jelas kederangan dan telah dirakam dari awal.

Tren SCS ini juga dilengkapi tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc, ada mini LCD TV, tangga untuk turun jika berlaku kecemasan dan sistem pengudaraan yang lebih baik. Amboi Syifa, sempat juga kamu habiskan mashed potato KFC dalam tren ini ya! Lihat tu, CCTV ada la. Tren ini juga mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding komuter lama iaitu seramai 400 orang.

Diharapkan selepas tren SCS ini diperkenalkan rungutan pengguna terhadap masalah kelewatan perkhidmatan KTM Komuter serta tempoh menunggu yang lama dapat diatasi. Kini, pengguna KTM Komuter dapat menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti yang merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam bandar.

Seronok sangat berjalan, sampai si Rizqin lupa minta susu dan Syifa langsung tak menetek. Dalam pejalanan pulang ke rumah anak-anak dah zzzzzzz. Letih sangat dua beradik ni.

No comments:

Post a Comment