Thursday, 10 May 2012

Rebut peluang naik komuter pulak…

Naik keretapi, seronok! kata Syifa. Diulangnya berkali-kali. Kesian pulak tengok asyik sebut-sebut ‘Naik keretapi, seronok!’. Abang, anak-anak nak naik keretapi lagi la. Nak naik ke? tanya yayah pada anak-anak kesayangannya. Nak, nak, nak! jerit mereka. Ok, Sayang, nanti dapatkan maklumat tren keretapi. Hari Sabtu ni kita naik keretapi. Yahoo!!! Maka mama dengan pantas google cari maklumat mengenai perkhidmatan keretapi dan juga komuter. Ok abang,  tambang dari KL ke Ipoh RM 36.00 sehala (dewasa). Oh, jauh tu... sampai ke Ipoh. Kata nak naik keretapi? Ok, ok kita naik komuter. Alright. 

Maka, pada hari Sabtu bersamaan 28 April 2012 yang lepas, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang merasai pengalaman menaiki komuter pula. Kami bertolak pada jam 11.00 pagi dari rumah menuju ke Stesen Komuter Serendah dengan menaiki kereta. Destinasi kami adalah tempat yang popular dengan pau Yik Mun iaitu Tanjung Malim. Bukan main seronok lagi si anak-anak comel kami Rizqin dan Syifa nak naik komuter. Excited sungguh mereka dua beradik ni.

Sewaktu sedang menunggu komuter sampai, tiba-tiba lalu keretapi barang. Bisingnya bunyi gerabak dan rel. Takut syifa dibuatnya. Tapi Rizqin Woyoo.. panjangnya keretapi. Ish... memang panjang betul. Lama juga duration nak merakamnya. Seingat mama, masa mama mengandungkan Rizqin, mama dan yayah pernah menaiki komuter dari Rawang sampai ke stesen Putra, sebab kami nak bermalam di Batu Muda. Jadi, ini merupakan pengalaman pertama buat anak-anak.

Perjalanan dimulakan dari Stesen Serendah - Batang Kali - Rasa - Kuala Kubu Bahru  dan......turun di Stesen Tanjung Malim.Tambang perjalanan hanyalah RM 4.20 sehala (dewasa). Dalam komuter anak-anak tak nak duduk diam. Berlari ke sana ke mari dua beradik tu. Melompat-lompat, berguling-guling di atas lantai, pandang ke tingkap tengok panorama alam. Sepanjang perjalanan, mereka melihat hutan, belukar, air sung ai, kebun sayur, rumah-rumah kampung, pokok pisang dan sebagainya. Best sangat. Cepat sungguh tibanya, cuma 20 minit sahaja perjalanan naik komuter ke Tanjung Malim. Kalau menaiki kereta dalam satu jam perjalanan.

Ke mana kita nak tuju ni? Masa dalam perjalanan tadi, ada la nampak KFC kat deretan rumah kedai. Alamak hujan renyai-renyai la pulak. Payung pun tak bawa. Tahan teksi, semuanya tak berhenti, ada penumpang. Nak jalan kaki ke? Ok, jalan kaki je la. Maka kami berempat jalan kaki dan sekali-sekala anak-anak berdukung. Kami melalui kawasan perumahan yang kami sendiri tidak tahu sebenarnya di mana KFC yang kami nampak tadi. Betul ke jalan ni? Kata yayah. Mana pekannya? Betul la kot, jawab mama. Dari celah-celah lorong pejalan kaki itu, kelihatan deretan kedai-kedai usang. Mungkin inilah kedai yang sebaris dengan KFC tadi. Menapak la kami anak-beranak. Harap-harap betul la laluan yang kami lalui ini.

Banyak juga barangan yang diniagakan di sini. Ada kedai baju, permainan, barangan dapur, cenderahati, bank, stesen bas Tanjung Malim dan sebagainya. Dihujung kedai barulah nampak KFC. Kita singgah makan di sini, cadang Yayah. Wah, seronoknya makan KFC, favourite kami sekeluarga la katakan. Anak-anak naik ke tingkat atas, mencari playground dalam KFC. Tak ada? Sini tak macam KFC kat rumah kita, kat KFC Batang Kali ada la playground. Cepat-cepat kami menghabiskan set KFC dinner plate, sebab satu jam lagi komuter akan sampai. Kalau terlepas komuter, jenuh pulak nak tunggu sejam berikutnya.

Alamak, komuter Rawang dah sampai la. Sempat ke? sempat ke? Berlari-lari kami takut terlepas. Yang bagusnya, pemandu komuter tersebut tunggu kami selesai membeli tiket dan bergerak selepas semua penumpang ke Rawang masuk ke dalam tren. Nasib baik. Masa pergi kami naik komuter lama (tiga koc), time balik pula merasa kami naik komuter baru (enam koc). Canggih! Serba canggih dan selesa. Memang selesa...

No comments:

Post a Comment