Tuesday, 15 May 2012

Rasai JJCM Arabic, Pakistani Cuisine, BBQ dan Western

Pada hari Jumaat bersamaan 11 Mei 2012 yang lepas, selepas selesai solat Maghrib kami sekeluarga telah jalan-jalan cari makan ke Restoran Khan Baba yang terletak di Medan Idaman, Gombak. Jalan-Jalan Cari Makan? Kenapa ya? 

Pertama, sebab restoran ini telah muncul dalam program Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Kedua, kami kena berjalan-jalan keliling bangunan mencari restoran ini. silap kami juga, sepatutnya di Jalan Jernai, pandu terus tapi kami belok ke simpang Pasaraya Ong Tai Kim. Sudahnya kami berlapan terpaksa menapak mencari di manakah letaknya Restoran Khan Baba ini. Ketiga, Alhamdulillah dapat rezeki lebih bulan ini untuk semua kakitangan kerajaan, walau pun tak banyak, tapi lebih banyak dari biasa sebab ada tunggakan dan kenaikan 13%, jadi makan besar la kami pada malam itu. 

Kami sepakat memilih Restoran Khan Baba selepas ia tersiar dalam Program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dua minggu lepas. Asyik restoran seafood je, mama dan yayah belum pernah mencuba menu arab, melainkan atok, opah, Pak Su Syafiq dan Aunty Ja pernah makan masakan arab semasa menunaikan fardu haji dan umrah di Mekah. Menu utama yang dijual di restoran ini adalah makanan Arab, Pakistan, BBQ dan Western.
  
                                                              Restoran Khan Baba, Gombak

Sementara menunggu hidangan sampai, anak-anak memang sukar nak dikawal. Maklumlah budak tengah lasak. Berlari keluar masuk restoran, stunt sana sini, lagi dikejar, lagi jauh pulak dia lari, lagi dilarang lagi dibuatnya. Atok la yang jadi guard di pintu. Tak larat atok, ganti pula dengan aunty Ja dan Pak Su Syafiq. Ish.. lagi la anak-anak mengada-ngada. Datang yayah marah, baru mereka duduk diam. Lepas tu lari keluar lagi. Menjadi-jadi dua beradik ni. Ish... ligat sungguh dua beradik ni, selalu ke macam ni bila makan di luar? tanya opah. Memang menjadi-jadi la mereka sebab semua orang ada, naik lemak la dia orang. Tapi di KFC ok lagi, sebab ada playground. 

 Cantik, Dekorasi Restorannya....

Aroma daging kambing grill memenuhi segenap tempat makan, sedap baunya bertambah lapar perut masing-masing. Rugi kalau dah datang sini tak order daging kambing, favourite yayah dan mama. Menu yang dipesan adalah Pakistani cuisine, Arabic cuisine, BBQ dan Western. Wow! semua taste masakan kami nak cuba. 

Antara hidangan yang menjadi pilihan masing-masing ialah 1 set Special Chicken Rajasthani Pulou RM 16.90 (Recommended by Khan Baba), 1 set Special Lamb Rajasthani Pulou RM 22.90 (Recommended by Khan Baba), 1 set Mandi Lamb RM 22.90 , 1 set Mandi Chicken RM 22.90, 1 set Lamb Chop RM 19.90 dan 1 set Khan Baba Mixed Grills (single) RM 49.90. 

Gempak tak Mix Grill dengan harganya? Mana taknya set mix grill (single) dipenuhi dengan kepingan lamb grill, fish cube, chicken cube, beef kebab, lamb kebab, fish kebab, chicken kebab, kerangupan kentang goreng dan coleslaw. Sedap dicicah bersama cili sos, black pepper sos dan mayonis. Sebenarnya lebih jimat beli mix dari makan sepinggan seorang. Semua hidangan grill boleh di rasa, tak gitu? 


 Taraa.. inilah Mix Grill (single) ~~~~~~

Kami basahi tekak dengan segelas lychee RM 2.50, 3 gelas lemon ais RM 3.00 (satu) dan segelas coctail cordial berharga RM 3.00. Tekstur nasinya lembut, butir nasinya yang panjang serta daging kambing / ayam yang enak disertakan dengan semangkuk kuah dal. Tekstur daging kambing yang lembut, mudah bagi anak-anak untuk mengunyahnya. Puas anak-anak makan lamb chop, bila dicium pipi, bau kambing… 
 
Semua makan penuh selera, kongsi-kongsi, sedap dan nak datang lagi nanti.  Insyaallah.

No comments:

Post a Comment