Dr., kenapa perut saya tak besar
pun. Kawan saya kata perut dia besar masa dia mengandung. Ramai yang kata
begitu. Tapi perut saya kecil
je. Oh.. jangan bimbang. Puan
mengandung anak sulong, memang tidak besar. Tetapi sekiranya puan mengandung
kembar, anak kedua atau seterusnya,
perut puan akan lebih besar lagi. Oh ye ke.. perut kecil atau besar itu tak penting
bagi mama. Yang penting baby membesar dengan baik, sempurna, sihat dan selamat.
Tambahan pula, semasa mengandung mama banyak berhati-hati dalam pengambilan makanan. Semuanya dikawal. Sebab tu badan mama cuma naik sekilo dua sahaja. Banyak yang mama pantang sebenarnya. Bukan pantang nampak tapi ada beberapa makanan memang mama tak akan sentuh langsung. Semuanya demi kamu sayang, demi merangsang perkembangan minda kamu sejak dari dalam kandungan lagi, menjaga kesihatan kamu, fizikal kamu, rohani kamu dan termasuklah persediaan diri mama untuk melahirkan kamu kelak. Semuanya dijaga dan berhati-hati.
No comments:
Post a Comment