Wednesday, 2 May 2012

Tempe goreng ranggup dan tosai

Pada mulanya mama akan berjalan kaki keseorangan untuk membeli makanan tengahari di gerai depan tempat kerja mama. Disebabkan gerai ini banyak pilihan lauk-pauknya, selain murah harganya dan ada menjual sambal tempe, maka nak tak nak terpaksa jugalah berjalan untuk membeli makanan. Cuma yang lecehnya nak melintas jalan, sesak dan berpanas terik atau hujan di tengahari. Semua itu membuatkan yayah risau akan keselamatan mama, lebih-lebih lagi mama membawa zuriat pertama kami. Kalau boleh di awal kehamilan yayah mahu mama kurangkan berjalan. Punyalah kami berhati-hati dalam segenap segi, semuanya dilakukan demi kamu anakku. 

Pernah satu ketika, mama bercadang untuk menempah makanan secara online iaitu dari syarikat penyediaan dan penghantaran makanan berlauk mangkuktingkat.com. Best juga menu hariannya. Tapi, lebih best lagi apabila yayah bercadang untuk temankan mama membeli makanan tengahari. Dan...yahoo! kami dapat makan tengahari bersama. Oh, begini sesak tempat makan, beratur punyalah panjang dan letih jugak nak berjalan, kata yayah. Kalau macam tu, lepas ni tak payah lagilah kita berjalan. Alamak, baru je rasa seronok jalan berdua dan makan bersama, nampaknya tidak dapat diteruskan lagilah. Kecewanya...

Maka, yayah belikan makanan tengahari yang penuh khasiat di Kafetaria BNM. Setiap hari jam 1.00 tengahari yayah akan hantar makanan ke pejabat mama dan kami akan makan bersama. Yahoo! sekali lagi kami dapat makan tengahari bersama. Lepas tu, mama pula akan hantar yayah sampai ke muka pintu, melambai-lambai hinggalah kelibat yayah hilang dari pandangan mata mama. Selang dua jam lepas makan, mama akan suntik jari dengan alat glucometer. Yayah pula akan telefon mama untuk mengetahui keputusan gula dalam darah. Kalau bacaannya <8 alhamdulillah, ok. Bagus! Tapi kalau bacaan sebaliknya...yayah akan kata 'lepas ni jangan ambil makanan ni'. Contohnya nasi kandar. Makan sedikit, bacaannya... Akibatnya mama pula akan bertambah risau tentang keselamatan dan kesihatan kamu di dalam kandungan, sayang.

Bila malam pula, yayah akan belikan tosai di Restoran Rahim atau opah bekalkan makanan untuk kami. Hari minggu, kami masak ikan talapia goreng / sambal, tempe goreng ranggup dan bayam celur. Tempe goreng ranggup adalah menu wajib dan kesukaan mama semasa mengandungkan kamu, anakku. Makan nasi panas-panas sambil meratah isi ikan. Sedapnya. Perlu banyak makan ikan kalau mahukan anak lelaki, kata mama pada yayah. 

Pernah satu ketika rakan sekerja mama bertanya:-
Rakan sekerja    :     Puan makan apa malam nanti? 
Mama                   :   Makan tosai. 
Rakan sekerja   :    Suami puan pun makan sosej? 
Mama                  :   Ya, makan tosai. 
Rakan sekerja  :    Elok ke makan sosej?
Mama                 :    Mestilah elok.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan yang diajukan membuatkan mama berfikir 'salah ke mama dan yayah makan tosai?' Dan dia masih lagi bertanya...

Rakan sekerja     :  Puan makan apa malam nanti? 
Mama                   :  Makan tosai. 
Rakan sekerja    :  Suami puan pun makan sosej? 
Mama                  :  Ya, makan tosai. 
Rakan sekerja   : Ish...elok ke makan sosej? Kalau suami saya , tak lalu lah nak makan sosej. Suami puan lalu ya!
Mama                :  Suami saya lalu je. Mestilah elok. Tiba-tiba mama teringat. Ish.. dia ni faham lain ke? (Dalam hati - Lain macam je soalan ni) Kenapa dia kata elok ke? 
 Mama                 :  Eh.. awak ni makan tosai mestilah elok.

                                                      ~~~~~~ ???  ~~~~~~     
Rakan sekerja : Eee.. kalau saya tak de la nak makan sosej. Elok ke mengandung makan sosej?
Mama              : Eloklah.. tak berminyak. Eh... awak ni makan tosai mestilah elok. (mama rasa dia ni memang sah dah faham lain ni). Saya makan Tosai la. T.O.S.A.I.! cicah dengan kuah dal.
Rakan sekerja  : Ya allah puan, selama ini saya ingat puan makan SOSEJ. 
Mama               : Eiiiiiiiii! geramnya... Dalam hati (oh.. mama TAK MAKAN sosej semasa mengandung ok)
Tergelak kami dibuatnya. Ha..ha..ha.. Bahaya betul kalau salah faham ni.

Mama yang dulunya makan ikut nafsu, kini tidak lagi begitu. PENUH DISIPLIN. Begitu juga yayah, apa yang mama makan, yayah akan makan. Hanya makan makanan yang berkhasiat, berzat dan sehari hanya sekali sahaja mama makan nasi. Semuanya demi kamu sayang, demi memastikan kamu sihat, sempurna dan selamat lahir ke dunia.

No comments:

Post a Comment