Friday 30 March 2012

Rizqin junior...

Rahim mama terasa sakit setiap kali mengepam susu. Pelik juga? Sewaktu kami pergi berjalan-jalan di Aquaria KLCC, pinggang dan badan mama terasa sakit. Amat sakit. Kenapa ni? Tak pernah-pernah macam ni? Adakah kerana mama kerap mengepam? Adakah kerana rutin harian mengepam amat memenatkan, sehingga sakit-sakit badan. Tapi sebelum itu, yayah pernah kata perut mama nampak besar. Pada hal masa dalam pantang, perut dah kempis sebab rajin bertungku. Opah pun kata begitu. Mengandung ke kamu ni? Nampak lain. 

Tak mungkin mama mengandung. Sebab selepas bersalin mama tak pernah datang bulan dan menyusukan anak pula. Tapi tak mustahil juga mama mengandung. Balik dari Aquaria KLCC, yayah syorkan pergi farmasi. Ha? Terkejut pun ada, gembira pun ada, pelik pun ada. Mengandung lagi! Tapi Rizqin masih kecil lagi. Semasa Rizqin berusia 6 bulan, rupa-rupanya mama dah mengandung 3 bulan. Alhamdulillah, syukur. Kata yayah “Jumpa Dr. Jaafar lagi la”. Selama tiga tahun kami menanti kelahiran anak sulung kami, Rizqin. Ternyata rezeki kali ini cepat. Alhamdulillah, syukur. Rizqin akan dapat adik. Selamat lahir ke dunia sayang... kami tak sabar nak jumpa kamu wahai anakku.

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Nur Syifa Rizqin

Alhamdulillah, syukur perkara ini tidak terjadi kepada Syifa. Syifa pandai menyusu dan bijak melekap walau di dalam gelap. Hebat! Tidak mahu minum susu perahan menerusi botol susu, tidak mahu disudukan dan hanya mahu secara ‘direct’ sahaja. Jadi, mama tidak perlu lagi mengepam susu, tidak perlu simpan stok susu untuk Syifa. Syifa hanya mahu yang segar dan ‘direct’ sahaja. Sedihnya Syifa hanya dapat menyusu sepuas-puasnya apabila mama pulang dari kerja. Dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Syifa tidak menyusu. Jam 1.00 tengahari mama dan yayah akan pulang dan menyusukan Syifa. Antara jam 2.00 hingga 5.30 petang perut Syifa kembali kosong. Lapar susu. 

Hari-hari begitu. Tapi tidak kira hujan, panas, kursus, mama dan yayah tetap akan balik. Demi anak- anak kami sanggup buat apa sahaja. Abang, kita sanggup berpayahan pulang walau hanya 1 jam untuk menemui anak-anak kita. Cuaca panas terik, berhujan, debu-debu jalan kita redah bersama. Dengan pantas kita mengejar masa, bimbang nanti diperkata. Kita lakukan demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Hanya yang terbaik! 

Pengalaman menyusu tidak akan dilupakan. Terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Walau apa pun rintangan dan halangan yang kami tempuhi, alhamdulillah kami berjaya menyusukan anak-anak dengan susu ibu. Terima kasih ayah dan mama yang menjaga anak-anak kami dari kecil hinggalah kini. Sememangnya mereka amat bersabar dengan karenah cucu-cucunya. Terima kasih juga kepada mereka yang memahami dan sentiasa menyokong ke arah penyusuan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan jasa kalian.

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Muhammad Syafi Rizqin


Sejak mengandungkan Rizqin lagi mama tekad untuk memberikan susu ibu kepada Rizqin. Tekad. Sehingga tidak mahu sedikit pun susu formula masuk ke dalam mulut Rizqin. Mama mahukan yang terbaik untuk kamu, Rizqin. Hanya yang terbaik. Pengalaman menyusukan Rizqin amat berbeza dari menyusukan Syifa. Masalah dalam penyusuan juga tidak sama. Kesukarannya juga tidak sama. Jerihnya juga tidak sama. Totally difference!. 

Kami pernah berdepan masalah di mana tiub filter dimasuki susu. Waktu itu adalah hari terakhir berpantang. Umur Rizqin baru 44 hari. Bergegas kami ke Mom’s Little Ones, Seri Kembangan untuk membeli tiub filter baru, tempat di mana kami membeli Spectra 3 Double Pumping. Syukur, kami dapat bertemu dengan Puan Rita Rahayu Omar, Kaunselor Laktasi Susu Ibu. Beliau terkejut melihat mama membeli filter dalam kuantiti yang banyak. Lantas beliau bertanya dan kami menceritakan masalah penyusuan yang sedang kami hadapi. Beliau telah memberikan tunjuk ajar, teknik dan panduan yang betul untuk berjaya dalam penyusuan. Praktik dan amalkan. Itu yang telah kami lakukan. Namun, keadaan masih sama dan luahan hati menerusi email ini juga pernah dihantar.
Assalammualaikum.
Puan Rita,
Saya merupakan ibu bekerjaya dan mengepam susu sepenuhnya. Semasa dalam pantang, saya telah menghasilkan 50 botol susu yang mengandungi 5oz setiap satu. Malangnya, anak saya tidak mahu meminum EBM, tidak mahu menyusu secara ‘direct’ dan hanya akan meminum susu ibu yang baru diperah sahaja menerusi botol. Mungkin sebab rasanya lain seakan berbau hanyir dan terlalu awal saya memperkenalkan anak saya dengan penyusuan botol. Saya dan suami pernah berjumpa puan satu ketika dulu dan cuba membuat relaktasi untuk anak saya kembali menghisap terus dari payudara saya. Tetapi tidak berjaya. Anak saya menangis semahu-mahunya dan saya terus-menerus mengepam susu.
Untuk makluman puan, saya menggunakan pam susu jenis Spectra 3 (double pumping) dan pam ini amat penting dan membantu saya walau dimana saya berada. Walau bagaimanapun, saya berjaya memberi susu ibu secara ekslusif dan mengepam secara berjadual kerana saya tidak mahu anak saya minum susu formula. Setiap hari saya memikirkan susu ibu untuk anak saya. Masa saya banyak dihabiskan dengan mengepam dan sukar untuk saya duduk lama / keluar berjalan pada hujung minggu. Keadaan ini berlarutan sehinggalah dia berusia 6 bulan (11 Mac yang lalu). Kini dia belajar untuk makan puri nasi yang dibuat sendiri. Saya berikan dia air jus sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri dan masih lagi mengepam susu ibu.
Persoalannya ialah anak saya masih lapar dan saya tidak tahu apa yang patut saya berikan untuknya? Susu badan saya masih ada, cuma setelah selesai mengepam, saya berikan terus padanya dan 30 minit selepas itu dia lapar lagi. Sekiranya saya mengandung lagi, saya tidak mahu anak yang bakal saya lahirkan nanti jadi seperti ini...
Saya amat berharap jawapan dari puan. Terima kasih.
Mama Rizqin
15 Disember 2009
Apakah yang terjadi kepada anak kedua yang bakal dilahirkan nanti, tunggu sambungannya...

Tuesday 27 March 2012

Jom mandi kolam

Kolam renang dah beli di TESCO Rawang. Harga cuma RM 88.00. Murah bukan? Tak mahal pun, lagi pun dah survey merata. Brand Disney saiz big family. Besar! Memang besar dan panjang. Mujur pakai pam elektrik, itu pun ambil masa 10 minit untuk kembangkan kolam dan 5 minit untuk penuhkan air. Kalau pakai pam tangan, jenuh. mungkin berjam-jam baru dapat mandi kolam. Kami mandi kolam di Taman Syifa, bila orang lalu-lalang depan rumah, semua asyik tegur. Jangan jealous ok! Kami nak berenang. 

Memang sengaja beli kolam renang yang bersaiz besar supaya kami semua dapat mandi bersama-sama. Kalau kecil sangat takut tak puas. Cadangnya nak beli yang ada gelongsor, ada pokok, ada mainan, ada hiasan, tapi yayah bimbang takut anak-anak cedera ketika seronok bermain. Licin. Sebab itu beli kolam yang besar. Baru puas, luas dan yang penting semua orang boleh turut serta. Seronok anak-anak main air.  Rizqin nak baring atas pelampung! Rizqin nak itu, Rizqin nak ini. Syifa lari-lari dalam air. Mama yayah percik-percik air. Riuh!

Karenah si anak kecil

Setahun yang sudah, Syifa sering menangis. Kerap! Sejak dari dalam pantang lagi. Syifa asyik menangis.  Tak boleh nak diletak. Pantang mama bergerak. Melalak la dia. Selagi tak datang dan dukung dia, selagi itulah dia akan menangis. Mata dia sentiasa berair.  Tanyalah Rizqin. Adik mana? Dijawabnya 'adik nangis'.

Bila di rumah atok, Syifa hanya mahukan opah. Atok dia tak nak. Tak boleh berenggang dengan opah.  Sampaikan opah tak boleh nak buat kerja lain. Opah nak siapkan kerja, bagi Syifa pada atok, dia melalak.  Nak basuh baju, sidai kain, memasak, mengemas, basuh bilik air, ambil air Dr. Sukida, pergi kedai, buang air semuanya tak senang nak buat. Waktu opah masak, ada dalam sepuluh kali la... asyik bukak tutup api. Opah kata kalau hantar rumah orang ni, sah orang tak nak jaga. Tak sanggup. Menangis je. Bila Syifa menangis tak henti-henti Opah akan bawa Syifa ke muka pintu dan ketuk-ketuk pintu sambil berkata ‘Ha, mama dah balik, mama dah balik’. Maka, secara automatiknya diam la... Syifa. Tapi, untuk sementara waktu je, lepas tu sambung semula menangis. 

Bagi memudahkan opah dan atok menjaga cucunya ini, yayah sediakan buaian elektrik agar Syifa boleh tidur tanpa opah perlu ayunkan buaian. Tapi wajib menyanyi untuk dodoi kan Syifa. Sampai hilang suara opah dibuatnya. Bila dah penat menyanyi, tak tidur pulak si Syifa. Terkebil-kebil matanya dalam buaian. Rupa-rupanya Syifa diserang Separation Anxiety. Separation Anxiety sering terjadi kepada bayi yang berumur 6 bulan atau seawal dari itu. Tetapi perkara ini tidak terjadi kepada Rizqin. Rizqin amat mudah dijaga semasa kecil.  Kenapa Separation Anxiety ini terjadi?
  • Attachment : Pertalian emosi di antara anda dan bayi anda adalah begitu mantap, dan kekuatan ikatan ini menjadikan dia mahu bersama anda sepanjang masa. Dia fikir, "Saya hanya mahu ibu saya, tidak ada orang lain." 
  • PermanenceYour baby has no concept of permanence. Bayi anda tidak mempunyai konsep kekal. Apabila dia melihat bola bergolek ke belakang sofa, dia berpendapat bola itu tidak lagi wujud. Bayi anda menangis apabila dia tidak dapat melihat kerana dia fikir, "Ibu pergi dan dia tidak akan kembali."
  • Time : Konsep masa bayi anda belum terbina. Jadi, walaupun anda memberitahu dia yang anda akan kembali kepadanya tidak lama lagi, dia berfikir, "Ia akan ambil masa yg lama sebelum saya lihat ibu saya sekali lagi."
  • Awareness : Dia lebih sensitif terhadap kehadiran anda kerana dia mempunyai pemahaman yang lebih matang tentang dunia di sekelilingnya. Hasilnya, bayi anda bertindak balas apabila anda hilang dari penglihatannya. Dia fikir, "Saya sudah kehilangan ibu saya."
Pertalian emosi antara Syifa dan mama amat kuat. Maklumla Syifa adalah anak 100 % susu ibu. Rizqin juga anak yang menyusu secara ekslusif sehingga umurnya 6 bulan 20 hari. Dan...ketika itu juga Syifa telah tiga bulan berada di dalam rahim mama. Rizqin anak yang tenang, mahu dengan semua orang, tidak banyak ragam. Memang mudah. Betul la, setiap anak lain karenahnya, berbeza wataknya walaupun anak-anak kita lahir dari rahim ibu yang sama. Perbezaan ini memerlukan pendekatan yang berlainan. Jika anak itu sensitif kita perlu lebih peka dengan perasaan dan emosinya. Jika anak itu gemar bercerita kita perlu suka mendengar celotehnya. Peluk, cium, pujuk dan bergurau dengan mereka setiap hari. Malam ini kita berseronok di Taman Syafi Syifa lagi tau! Tiap-tiap hari tau…MESTI

Thursday 15 March 2012

Hari-hari kartun...

Rizqin amat gemar menonton cerita animasi Upin dan Ipin. Seharian dia boleh menghadap TV menonton Upin dan Ipin. Sebut saja tajuk mana yang nak ditonton.. Mama dan yayah akan bukakan record Upin dan Ipin. Memang dia boleh hafal dialog dan tiru aksi Upin dan Ipin. 

Betul, betul, betul. Eh, apa tu? Ini pisang. Nak satu boleh, ambil la. Pisang & Cengkerang. Upin Ipin rajin mengemas mainan, ditirunya mengemas. Bagus juga kemas rumah. Bersih rumah kita. Bila mama sapu sampah, sibuk dua beradik ni nak sapu. Katanya, anak rajin, anak rajin! Yang bermaksud. Nak tolong menyapu la tu. Nanti mama bagi, nanti mama bagi, katanya. Dah bersih barulah beri penyapu pada anak-anak. Kalau tak bersepah la semula. Sama kan, sama kan. 

Kalau nampak anak kucing. Digelarnya Apin. Upin Ipin dan Apin. Macam cerita Ombak Rindu, Maya Karin pegang kucing. Eh, Apin la, Apin la. Suka sangat makan ayam. Of course la, KFC. Nak ayam goreng! Nak ayam goreng! Dah tentu makanan kegemaran Ipin. 

Di tumbuk-tumbuknya belakang badan Opah dengan tangannya, sedap tak? Sedap. Samakan, samakan. Tiru Upin Ipin urut Opah. Opah memuji, Sayang… cucu opah. Dijeritnya, Atok, atok, nak tolong, nak tolong! Dibantunya atok kemas rumah. Rajin sungguh cucu atok. Kalau berjual dijeritnya dua seringgit, dua seringgit... Sama macam Mail jual ayam goreng di pasar. 

Pegang pistol, beraksi tembak-menembak. Jerit pistol angin! pistol labah-labah! pistol agar-agar tiru kehebatan Sarjan Hussin dalam Metrobot Bergabung. Disebutnya Mulu..mulu..mulu, seperti Red Indian dalam Kembara ke Pulau Harta Karun. Banyak yang mereka pelajari dari Upin dan Ipin. Belajar tentang astronaut, buah-buahan, puasa, sahur, piala dunia, persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan, kebersihan, kitar semula, haiwan, mengenal pelbagai jenis objek dan sebagainya. 

Kini, kartun baru kegemaran Rizqin ialah Toonlicious Siri Oggy and Cockroaches dan Tom and Jerry. Walaupun siri kartun tersebut tanpa suara, tapi gelagat dan aksi kartun tersebut amat melucukan. Rizqin paling suka melihat aksi kartun saling mengenakan antara satu sama lain. Melompat-lompat Rizqin ketawa. Dan dari siri Tom and Jerry jugalah Syifa kenal tikus. Dia boleh buat muncung cencurut sambil mulut muncung ke depan dan berbunyi-bunyi macam tikus. 

Syifa pula sukakan bunyi-bunyian. Bunyi radio atau orang menyanyi di TV, dia akan melagukan mengikut alunannya. Mengangguk-ngangguk kepala mengikut rentak lagu, hentak-hentak kaki, pusingkan badan dan tergoyang-goyang punggungnya. Memang Syifa suka menyanyi. Permulaan montaj cerita Upin dan Ipin, dia akan berjoget. Na, na, na, na,na,na… na. na, na, na, na, na. Sambil makan dia menyanyi, mandi pun dia nyanyi, dalam kereta dia menyanyi, memang dia happy. La, la, la, la, la. Nak tidur pun, Opah kena dendangkan lagu marhaban, zikir dan macam-macam lagu Opah ciptakan untuk Syifa. Barulah Syifa boleh melelapkan mata. 

Rizqin dan Syifa memang periang, petah bercakap dan menghiburkan. Tak reti nak duduk diam. Ada saja aktiviti mereka. Tapi kalau mereka berdua senyap. AWAS! Tengah buat salah la tu..

Wednesday 14 March 2012

Tak perlu berebut-rebut!


Lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah kami ke rumah atok. Biasanya jalan sesak di hadapan Pasar Borang Selayang menghala ke Bulatan MRR2. Pukul 8.00 pagi anak-anak akan menonton Adik dan Al-Quran di TV9. Belajar mengaji bersama Ustaz Zamri, Dato Dr. Abu Hassan Din Al-Hafiz dan kawan-kawan di TV. Kini, Rizqin sudah mula belajar mengaji. Sebelum tidur dia ambil air sembahyang, bersila, bersongkok dan buka muqaddam.  Tapi bila mengaji dilagukannya 99 nama-nama Allah Ya Quddus, Ya Salam, Ya Mukmin, Ya Muhaimin. Diulang-ulangnya. Syifa duduk berdepan. Siap pakai tudung. Ustaz Rizqin dan Ustazah Syifa. Pandai tak? Pandai, anak mama memang pandai!

Habis belajar mengaji, alih ke saluran Astro Ceria 611. Tengok Kampung Boy dan cerita seterusnya. Kalau tak tengok TV, siaran kartun jangan ditukar . Biar terpasang je TV tu, suara je dengar. Tak bagi chance langsung atok dan opah tengok TV. Jarum pendek angka dua, jarum panjang angka enam kartun wonderpet tidak pernah dilupa. Memang anak-anak akan ingatkan atok dan opahnya. Tapi kalau hujan macam mana? Siaran tergendala. Ohhh…hujan tak de siaran. Kilat. Nanti meletup TV nanti. Mujur mereka faham. Kalau dulu ada channel 618, dapat la tengok baby TV yang dulunya free, kini berbayar pula. Nak tengok kartun lain, maaf la ya. Aunty Ja tak langgan.

Tapi di rumah kami, yayah sediakan set home theater lengkap dengan Astro b.yond PVR. PVR bermaksud Personal Video Recorder. Bunyi macam boleh menonton video. Ya! Itulah keistimewaan Astro b.yond PVR, Kebolehan untuk Record, Play, Rewind dan Pause. Sama macam tengok video. Yang membezakannya, nak tengok video kena beli cd, yang ni kena subcsribe beli Astro. Yayah kan seorang yang up-to-date. Amat gemarkan system audio, digital dan kecanggihan. Salah satu impian kami untuk menjadikan rumah kami ‘smart home’. Hebatkan!

Dengan PVR, kami boleh record (rakam) apa-apa rancangan yang kami minati. Ada pilihan untuk record sambil tonton atau record sambil tonton rancangan lain. Senang! Sebab tu sekarang dengan Astro b.yond PVR, takde berebut-rebut remote lagi, semua menjadi mudah! Yang best, kami boleh record rancangan yang belum ditayangkan. Contoh nak tengok Kuruvi, tapi waktu tu kami tiada di rumah, jadi record rancangan tu dan tontonlah semasa kami free nanti. Dah setengah jam tengok, Eh best pulak cerita ni. Tekan record. Ia akan record dari mula. Sangat mudahkan! Kalau di office yayah akan records rancangan menerusi internet. Bertambah-tambah la… mudah! 

Lagi best, kebolehan untuk (Play) rancangan yang dirakamkan. Boleh play bila-bila masa sahaja. Kita boleh play rancangan yang kita minat sambil record rancangan lain dalam masa yang sama. Bestnya!

Sama macam tengok video, ada part yang tak best, kita boleh rewind atau fastforward sahaja. Haaa, tengok Kuruvi kini lebih pendek masanya. Mana tak pendek, masa iklan, terus cepatkan. Masa berjoget-joget, lajukan. Nak ulang tayang banyak kali, ulang la. Contohnya, Tom and Jerry naik tangga, bila rewind dia turun tangga, bila fastforward dia naik tangga. Naik dan turun. Kelakar. Rizqin siap cakap. Yes, yes! Maksudnya rewind mama, rewind. Best kan!. 

Tekan pause bila kita rasa nak rehat. Nak berlari ke dapur tutup api. Tekan pause. Nak ke bilik air ke, tekan pause. Nak lari capai handphone. Tekan pause. Mudahnya. 

Bayangkan, berpuluh-puluh cerita animasi Upin dan Ipin telah mama rekodkan. Sebut je tajuk apa. Pilih cerita mana yang nak tonton, klik. Pisang dan Cengkerang, Bila Besar Nanti, Istimewa Hari Ibu, Kembara ke pulau harta karun, Kisah dua malam, Gosok jangan tak gosok, Basikal baru, Air kolah air laut, Ramadhan kembali lagi, Rasa sayang, Kenangan manis, Lama tapi berharga, Metrobot bergabung, Cerita kami, Seronoknya membaca, Menjelang syawal, Kisah raja pemburu, Jari jemari Salleh, Upin Ipin dan Apin, Jejak Rembo, Ambil galah tolong tunjukkan, Anak harimau dan macam-macam lagi. Sampai bising yayah sebab storage dah mengecil, hours dah kurang. Biasala, yayah pun nak sama merekod juga. Kaki box office filem tamil. Bila anak-anak dah tidur, berpeluanglah kami menonton TV berdua menonton rancangan yang kami recordkan. Layan filem tamil la jawabnya.

Terokai dunia serangga

Ha? ulat gonggok! ulat gonggok! Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang panjang dan ada yang pendek. Meniarapla dua beradik tu.  Disentuhnya ulat gonggok, maka dengan segera ulat gonggok bergulung membentuk satu bulatan untuk beberapa ketika. Kemudian ia akan membuka semula dan bergerak dengan pantas. Sungguh mereka kagum dengan si ulat gonggok ini. Disentuh, bergulung, disentuh, bergulung. Terlalu asyik mereka memerhatikan si ulat gonggok yang merayap di Taman Syifa. Dipijaknya ulat gonggok. Dipenyek-penyeknya sampai pecah perut ulat itu dibuatnya. Adakalanya sampai putus kepala dari badannya. Pantang nampak ulat gonggok merayap, habis diselusurinya. Ketawa dan bertepuk tangan dua beradik ini. Seronoknya, puas hati! Dibaunya tangan. Busuk, busuk! kata Syifa… Pandai anak mama bezakan wangi dan busuk ya. Ulat gonggok banyak kaki, bergerak laju tanpa henti, jika disentuh bergulung sendiri, daun dan tanah makanan dicari. Jika salah satu kakinya patah atau cedera maka perjalanannya akan terencat dan tidak laju lagi. Oooo begitulah nasib si ulat gonggok..

Ha, apa pula tu? lipas keluar, lipas keluar. Mama lipas! Terus Rizqin kejar. Dipijak-pijaknya. Kasi mati. Pantang ada lipas. Mesti cepat-cepat dibunuhnya. Mama tak suka lipas. Nanti habis kotor rumah kita. Kalau nampak lipas, cepat-cepat penyekkan. Oh.. darah lipas warna putih. Walau pun kepala lipas dah putus, lipas boleh hidup tiga hingga empat minggu. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. Ooooo.. tak sama macam ulat gonggok.

Mama, mama, cicak! Cicak mama. Yayah! Yayah, cicak! Pantang sungguh kalau cicak masuk dalam rumah. Apalagi, yayah seorang yang hebat. Ditangkapnya cicak dengan tangannya. Dibuangnya keluar. Kalau cicak tu melekat di dinding tinggi. Cepat-cepat ambil penyapu. Dibunuhnya. Mati. Dapat pahala bunuh cicak. Kalau tak dapat tangkap, dicari, diselongkar sampai jumpa. Baru semua senang hati. Cicak dah mati.

Kalau nampak si kumbang besar, anak-anak mesti sebut “Besarnya kumbang”. Sebut pasal kumbang pasti teringat pada bunga. Kumbang dengan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Saling memerlukan antara satu sama lain. Kumbang perlukan bunga untuk mendapatkan madu, bunga pula perlukan kumbang datang menyeri dan memindahkan debunga jantan kepada debunga betina. Oooo…macam tu. Anak-anak memang suka meneroka dan mengkaji. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Berikan lah mereka sebuah kotak kosong. Lihat, mereka akan duduk di dalam kotak dan memandu umpama berada dalam sebuah kereta. Dijadikan kotak sebagai rumah untuk berlindung atau kedai runcit untuk berjual. Juga tempat untuk menyorok atau tidur di dalamnya.

Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku, terutama fenomena yang dekat dengan mereka. Seusia Rizqin (hampir menginjak ke tiga tahun) banyak soalan yang ditanya. Apa? Siapa? Mengapa? Bagaimana? Dimana?. kerana pada usia ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedah seringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini adalah penerimaan pertama kanak-kanak. Jangan pula dimarahkan apabila si anak banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Pujilah mereka pada setiap tindakan yang betul mereka lakukan. Dan tegurlah mereka secara bijaksana terhadap perkara yang salah. Pandai tak? Pandai tak? Tanya si anak. Anak mama memang lah pandai.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama: 
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak  bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:  
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: 
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: 
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Tuesday 13 March 2012

Landskap titik peluh kami...

Taman Syifa merupakan sebuah taman mini buat kami sekeluarga. Diberi nama bersempena dengan nama anak perempuan kesayangan kami, Nur Syifa Rizqin, Di taman ini dihamparkan rumput karpet jenis philiphine yang subur menghijau. Dibarisi dengan landskap batu refleksologi yang sesuai untuk urut kaki. Sebenarnya nak elak dari pijak rumput karpet ni. Marah yayah kalau sesiapa yang cuba-cuba atau sengaja memijak rumput karpet ni. Dipagari  dan dibarisi dengan Loropetalum chinense var. rubrum,  False Heather, Elfin Herb dan Solenostemon atau Coleus… Oh, hanya dua tiga pokok je, masih tak cukup pokok bunga lagi ni. Nak kena pergi nursery ni. Dan apabila menjelangnya malam, taman ini akan diterangi dengan lampu laman dan lampu pagar yang cukup terang benderang jadinya. Bersandarlah kami pada bench yang dapat merehatkan kami sekeluarga sambil menghirup udara segar Panorama Alam Tropika.

Taman Syafi pula merupakan sebuah taman yang sederhana besar. Juga diberi nama bersempena anak lelaki kesayangan kami, Muhammad Syafi Rizqin. Berbeza dengan Taman Syifa, Taman Syafi ini dihamparkan rumput jenis pearl yang amat subur menghijau. Dibarisi setapak demi setapak pemijak kayu yang di kelilingi melengkok-lengkok dengan batu-batu sungai. Anak-anak paling suka susun batu sungai bersama-sama. Ada pokok pisang lemak manis, pokok cili dan pokok limau. Masih tak banyak lagi ni. Sah, memang nak kena pergi nursery. Berbudi kepada tanah akan mendapat hasilnya, Insyaallah. Kami susun aturkan seperti dam batu-batu refleksologi dan pebble wash agar nampak lebih menarik dan kreatif. Ditambah pula dengan mushroom yang kreatif hasil sentuhan yayah. Dihujung minggu kami sekeluarga akan bersarapan dan minum petang disini. Duduk di kerusi taman menghirup kopi panas dan kuih cekodok sambil bersembang, mendengar kicauan burung dan tiba-tiba... mat-mat kool, mat kool kawanku, mari kita ikut mat kool, main-main selalu, syoknya-syoknya ada mat kool. Jom kita pergi. Berlari-lari la si anak meninjau-ninjau motor si penjual aiskrim.  

Tanah sekangkang kera di luar rumah pula turut kami manfaatkan dengan dihiasi Costus spicatus/ lipstick plant, Loropetalum chinense var. rubrum dan bunga daun merah.

Alhamdulillah, Taman Syifa dan Taman Syafi dibina dari cetusan idea mama dan yayah. Bermula dengan pemilihan pokok bunga, menanam, membaja, menjaga, menyiram, semuanya kami lakukan bersama. Setiap aktiviti yang kami lakukan, kami libatkan anak-anak agar mereka tahu pentingnya kerjasama, sayangi bumi dan rasa cinta pada ciptaan dan keesaan Allah swt.


Aktiviti lepas kerja...


Pagi-pagi lagi yayah dah rancang program anak-beranak petang ni. “Sayang, petang ni lepas kerja kita makan KFC jom”. Pada hal baru dua hari lepas makan KFC. Ok, bestnya. Kami sekeluarga memang penggemar KFC. Satu dinner plate dan satu lagi snack plate. Air milo. Makan panas-panas. Memang sedap sangat. Ayam dah tentu bahagian dada, tight dan rib sahaja. Lain, NO. Kecik. Takut tak kenyang nanti. Memang licin la pinggan, tinggal tulang je. Sedap! Kalau dapat makan KFC kat TESCO Rawang, lagi best! Bolehla berbelanja di TESCO. Lepas makan, solat Maghrib kat rumah Opah.  Rumah yang paling banyak kenangan buat kami sekeluarga. Tunggu sampai solat Isyak kemudian baru balik rumah kami. 
Jika malam masih muda, kami anak-beranak akan berehat di Taman Syifa. Menghirup udara segar. Maklumla tempat tinggal kami ni Panorama Alam Tropika. Menyaksikan moon dan star yang bertaburan di angkasa. Bersama anak-anak mengira bintang. Sesekali melihat moon yang menyorok disebalik awan. Kemudian muncul semula. Macam main cak-cak pulak, moon ni. Melihat Rizqin dan Syifa pusing-pusing naik car. Bebas berlari, bergolek-golek di taman, bergembira, ketawa dan kadang-kadang menangis bila disakat. Bertegur sapa dengan Tok Din yang baru balik dari surau. Tok Din, Tok Din, sapa Rizqin. Jiran kami yang baik hati. Ya, ya Tok Din baru balik sembahyang. Tok Din dah makan ke? Ramah sungguh anak-anak kami.

Kalau tak berehat di Taman Syifa kami ke Taman Syafi. Melihatkan dua pokok pisang lemak manis yang yayah tanam. Main teka-teka pokok. Pokok pisang, pokok cili, pokok limau…Anak-anak lompat-lompat main dam. Susun-susun batu sungai. Entah berapa kali susun. Tak pernah penat. Sambil melagukan “apa yang penting kerjasama, apa yang penting kerjasama”. Kalau ada air di Taman Syafi, habis dikocak-kocaknya. Basah, kotor. Bising la yayah nanti. Biasalah, Rizqin akan tanya Yayah marah ke? Marah?. Marah… la, Syafi buat salah. (nama pangilan Rizqin). Oooo.. yayah marah. Ketawa yayah bila melihat telatah anak-anaknya. Sini, yayah nak cium. Terus tak jadi marah. Tak sah kalau berehat tanpa berkelah. Makan sosej, kentang goreng dan aiskrim pun jadila. Nak Ribena, nak Ribena! Syifa mesti nak pegang cawan minum Ribena. Semua seronok. Bila seharian sibuk bekerja, kami peruntukan sedikit masa untuk bermain dan berhibur bersama anak-anak. Hilang penat melihat keriuhan dan kegirangan anak-anak. Jam 9.30 malam semua mesti masuk tidur.

Monday 12 March 2012

Sepanjang perjalanan kami...

Sepanjang perjalanan pergi bekerja atau pulang ke rumah, anak-anak begitu excited melihat kenderaan di jalan raya. Kalau bunyi ni..no..ni..no, dicarinya ambulance. Kedepan ke belakang. Kalau kat rumah atok, cepat-cepat lari ke tingkap. Oh, bukan kat sini. Kat pintu la. Apa lagi lari ke pintu pulak. Takut-takut terlepas bunyi ambulance. Sepanjang masa ada je ambulance lalu di Batu Muda.

Bila nampak lori trailer lagi la uuuu.. panjangnya. Ada lampu. Banyak nya tayar. Sama macam Rizqin punya.Uiii cantiknya. Kalau nampak bangunan dalam pembinaan pulak, wah, kren!. Dia angkat, dia angkat!. Kren tu angkat batu la. Sama tak, sama tak mama? Sama macam Rizqin punya. Syifa pun sama, kren! kren!. Jika kren yang biasa dilihatnya tiada, dia akan kata oooo, dia cuti. Syifa akan ikut perbuatan abangnya. Apa abang dia buat, semua dia akan ikut. Tiru seratus peratus.

Sepanjang perjalanan anak-anak banyak belajar. Mereka kenal stesyen minyak. Minyak Shell, Petronas, Caltex, BHP, ESSO, Mobil. Kenal KFC, Mc Donald. Mungkin dari logo dan penggunaan warna yang berbeza-beza. Kiri dan kanan dipenuhi dengan pasar raya, TESCO, kubur dan kedai-kedai baru dibuka di pekan Rawang, bas sekolah yang berderet di depan sekolah, kebun sayur, orang tadah air bukit, hutan, dem dan macam-macam lagi. Di dem Ulu Yam, Rizqin siap buat aksi umpama pegang remote control. mmmm tit.tit,...katanya control mama, control. Nanti yayah beli. Esok yayah beli. Minta beli kapal la tu. Jika nampak masjid, Syifa akan angkat takbir, Allahuakbar. Sembahyang. Bijak, bijak!

Adakalanya, terlihat lembu sesat dari kawanannya. Berterabur tahi lembu atas jalan. Si yayah terpaksa la mengelak dari tayar terpijak tahi lembu. Kami anak-beranak bergoyang ke kiri ke kanan. Lucu! Berhenti kejap. Tengok lembu berak. Ketawa terkekek-kekek si anak bila tengok lembu. Sedih bila tengok lembu sesat. Sian dia. Mana mama dia? mana yayah dia? Dia sesat. 

Mereka nampak moon dimalam hari sampai la disubuh yang hening. Moon yang sentiasa mengikut mereka sepanjang perjalanan dari rumah kami ke rumah atok. Kami keluar dipagi hari dan pulang dimalam hari. Kadang-kadang lepas hujan, muncul rainbow pelbagai warna. Sungguh menarik perjalanan kami. Walaupun hari-hari melalui jalan yang sama dan berdepan dengan kesibukan jalan raya. Anak-anak belajar banyak perkara.

Pasar yang ditunggu-tunggu

Rizqin kan suka mainan beroda. Hampir setiap minggu Yayah belikan mainan di pasar. Bila pergi pasar, pilih je mainan apa yang hendak. Ambil dan bayar. Itu la sebabnya Rizqin suka sangat pergi pasar. Kalau lalu pekan, dia akan cakap pasar-pasar, yayah beli mainan!. Dan dia sendiri akan jawab 'esok yayah beli, esok yayah beli'. Tiap kali dia minta mainan, 'Esok yayah beli.' Alhamdulillah memang mudah nak handle. 

Syifa pula, kalau ke pasar mesti duduk mencangkung tengok ayam dalam reban. Anak itik dalam kotak. Suka benar Syifa dengan anak itik. Mujur dia tak minta satu nak bela. Kalau tak payah juga dibuatnya. Tapi, Syifa cukup suka belon gas 5 ringgit. Kalau tak dapat dia tunjuk-tunjuk belon tu, nak!!! Disebabkan Syifa suka sangat dengan anak itik maka dibelikannya belon anak itik satu. Seronoknya Syifa. Ditunggang-tunggang macam naik kuda. Ha..ha.ha

Tak sah kalau pergi pasar tak beli pisang lemak manis. Kegemaran anak-anak terutamanya Syifa. Bila makan pisang, Rizqin mesti sebut. Eh, apa tu? Ini, pisang. Nak satu boleh? Ambil la... Dialog Upin dan Ipin 'Pisang dan Cengkerang' Memang sah pengaruh Upin dan Ipin sangat kuat pada Rizqin. Dia boleh hafal satu persatu dialog dalam cerita Upin dan Ipin. Siap boleh tiru aksi Upin dan Ipin lagi. Hebat!

Kalau di rumah atoknya, setiap malam Selasa dan Khamis ada pasar malam. Pagi-pagi bila kami sampai mesti dia terus lari ke tingkap. Oh.. tak bukak lagi...Siap pesan pada Aunty Ja. "Nanti beli mainan." Nak lori trailer, nak lori simen, nak lori pasir, nak kren la macam-macam. Ok..ok nanti petang Aunty Ja balik, kita pergi pasar malam. Maka seperti yang dijanjikan, Aunty Ja pun beli kan la mainan untuk anak buah kesayangannya. Bertambah kegirangan la hati si Rizqin. Horey!!!! Jadi, setiap minggu dia akan tuntut mainan dari Aunty Ja dan Pak Su Syafiq. "Rizqin nak lori pasir, esok Aunty Ja beli, esok Pak Su beli." Bertuah sungguh anak-anak kami.

Anak-anak juga ingat siapa jua yang membeli kan barangan buat mereka. Ini yayah beli, ini mama beli, ini opah beli, ini atok beli, baju ini acu beli, ini aunty ja beli. Dibelek-belek nya mainan, digayakan bajunya dan tidor pun mesti ada mainan disisi mereka. Terima kasih semua!!!

Stering oh stering

Rizqin cukup sukakan mainan beroda. Tak kiralah kereta ke, lori ke, motor ke, bas ke. Memang dia minat sangat. Di Econsave, ada satu booth jual rumah. Sah-sah ada replika rumah. Siap ada dua biji kereta lagi. Kecik je keretanya. Wah, bukan main seronok si Rizqin tengok rumah tu, sebab ada kereta yang sangat comel. Bila time nak balik, menjerit. Rizqin nak tengok lagi! Nak tengok lagi!. Yayah, Rizqin nak tengok lagi. Akibatnya, kalau pergi Econsave, kami tak akan lalu depan booth tu ...takut-takut dia tak nak ganjak dari situ. Tapi Rizqin cepat cool. Dia anak yang tenang. Pujuk dan alihkan perhatian, terus dia ok. 


Syifa pula, apa yang abang dia suka, dia suka.  Apa yang abang dia pegang, dia mesti nak. Tapi, Rizqin tak bagi chance punya.Tarik-tarik, sudahnya berebut dua orang tu. Tapi, nak leraikan, salah seorang perlu beralah. Mama kata "bagi adik ya, sayang. Adik tak ada mainan. Kalau pergi Pasar adik tak pernah mintak mainan. Rizqin tiap-tiap minggu dapat mainan. Sian adik." Kita kan adik-beradik. Jadi, bila rebut-rebut mainan, Rizqin mesti sebut, 'kongsi-kongsi kita kan adik-beradik."  Kini, Syifa pulak yang beralah bila Rizqin sebut macam tu.


Kalau pergi pekan, mesti singgah Happy Home. Mulut anak-anak mesti sebut, nak pergi Happy Home, Happy Home. Meronta-ronta nak pergi Happy Home. So, untuk tidak mengecewakan hati anak-anak maka kami pun ronda-ronda la ke Happy Home. Terima kasih Yayah kerana ikutkan kehendak anak-anak kesayangan tu. Mama pun suka jugak pergi Happy Home. Sebenarnya best juga jalan malam-malam kat pekan tu. Pekan yang tak pernah sunyi, sentiasa ramai orang. Kat depan Happy Home tu, ada bola gantung-gantung, layang-layang digantung. So, menariklah minat kanak-kanak nak singgah kat kedai ni. Ditambah pula ada kereta seringgit sekali naik. Memang itu la tujuannya ke Happy Home. Kalau tak puas naik. Menjerit la si Syifa. Nak naik lagi, nak naik lagi!. Pernah satu ketika, dia menangis tak henti-henti dalam kereta dari pekan sampai la ke rumah. Ada lebih kurang 8 km jugak la dia menangis. Sejak tu, kalau pergi mana-mana kedai / shopping complex yang ada permainan berbayar ni, kami perlu beringat. Anak-anak cukup suka dan tak puas pegang stering.

Baik di dalam kereta, waktu yayah sedang memandu, mesti menyibuk nak ke depan. Pada hal dah ada carseat. Dah dibelikan kereta Hyundai remote control / pandu sendiri, dah dibelikan jip, tapi masih nak naik kereta seringgit ni. Jadi, dalam dompet kenalah standby syiling banyak-banyak. Senang sikit nak belanja naik kereta ni. Yayah jom. Mama jom. Rizqin nak naik car! Adik pun nak, Adik pun nak! Bila anak-anak happy, kami semua pun turut happy... 

Sunday 11 March 2012

Cucu kena marah

Rizqin nak muntah! Rizqin nak muntah!. Dia cari atoknya. Sebab orang lain dah tahu sangat trick dia. Atok amat sayangkan dia. Sayangkan Syifa. Tak pernah marahkan cucu-cucunya ini. Atok ikut kan aje kehendak dia orang. Nak gi taman, dibawakan. Nak susu, cepat-cepat atok bangun bancuhkan. Nak mainan, bergegas atok selongkar beg mainan. Nak koko krunch, nak roti, bergegas atok pergi kedai belikan, Nak itu, nak ini, semua diturutkan. Order je, nangis sikit gerenti dapat punya. Maka, naik lemaklah dua orang budak ni.

Pendekatan Opah pada cucu-cucunya pula berbeza dengan atok. Opah tegas. Kalau budak berdua tu kena marah. Tak berani dia orang angkat muka. Tunduk je. Lepas tu, Rizqin kata pada opah, Opah marah ke? marah? Terus Opah tak jadi nak marah. Sebab Rizqin pandai ambil hati orang. Pandai pujuk orang. Bijak bercakap. Syifa pula, bila orang marah tak boleh itu ini, dia ucapkan terima kasih. Terima kasih Opah. Sambil melentok-lentokkan kepalanya. Sekali lagi, tak jadi marah. Sebab Syifa pandai sejukkan hati orang. Dia kecil tapi bijak bercakap. Comel dan keletah sungguh anak-anak kami. Sayang cucu opah. Sayang cucu atok!.


Nak muntah! Apa tu, apa tu?

Rizqin nak muntah! Rizqin nak muntah! Kalau di rumah, itu lah ayat yang biasa disebutkan tiap kali permintaannya tidak ditunaikan. Siap bergolek-golek kat lantai. Nak pergi sinki. Pergi sinki!  jerit Rizqin. Muntah di bilik air tak nak. Mesti nak pergi sinki. Berdiri kat sinki, tak muntah. Cuma seronok main air. Kononnya, samalah macam budak-budak ambil air sembahyang kat TV9 tu. Sama tak? Samakan. Betul-betul pengaruh iklan. Lagi satu, berdiri di sinki dapur dapat tengok kapal terbang. Horey!!!

Dalam kereta pun sama. Lepas minum susu je, Rizqin nak muntah, Rizqin nak muntah! Ish, kelam kabut tekan button turunkan tingkap kereta. Wah, sedapnya angin mama. Sejukla. sejukla. Bukan satu kepala je keluar. Dua kepala. Rizqin dan Syifa. Seronok dua beradik ni. Panik juga kalau dia kata nak muntah. Buatnya betul-betul muntah, jenuh pulak nak mengelap.Habis lantai..habis kusyen.

Tapi, sebab dah selalu dia buat trick begini, kita orang buat-buat terkejut je. Tapi dia pandai, siap jolok jari masuk dalam mulut. Suruh muntah tu keluar. Bertambah-tambah la orang panik. Rizqin, Rizqin.

Lain pula dengan Syifa, ayat yang biasa disebut, apa tu-apa tu? Diulang-ulangnya. Oh, itu...... Nak, nak. Nak! jerit Syifa. Kalau tak dibaginya, menjerit. meniarap kat lantai. Menangis. Tapi, kalau nak tenteramkan Syifa, bagi je makanan dekat tangan dia. Biskut ke, pisang ke, cekodok ke, roti ke, keropok ke, gerenti dia tenang. Syifa ni sangat sukakan makanan. Asal dia kenyang je, dia happy. La, la, la, la la! Dia nyanyi. Menari tergoyang-goyang, siap hentak-hentak kaki, goyangkan punggung.  Comelnya, sekecik mama, Syifa. 

Syifa sekarang ni dah tak nangis-nangis macam dulu. Yayah kata Syifa dah pandai bawa diri. Kalau tak, asyik nak berkepit dengan mama je. Nangis je cari mama. Nangis je cari mama. Sebab hanya mama je yang boleh tenteramkan Syifa. Opah pun kata, Syifa dah tak nangis-nangis. Mudah sikit la nak jaga berbanding dulu. Nangis je. Sebab pukul 1.00 tengahari baru dia jumpa mama. Menetek. Kasihan Syifa. Mama kata pada Yayah, kalau macam tu, boleh kita tambah sorang lagi.. sebab Syifa dah ok. Jadi kakak la Syifa. Opah awal-awal dah cakap, kalau beranak lagi, opah tak nak jaga. Cukup la dua ni opah jaga. Dari kecik sampai sekarang. Opah dah tak larat. Atok pun tak larat. Anak yang ketiga kena upah orang jaga. Ohh kami tak sanggup nak hantar anak kat rumah orang. Tak sama macam mak dan ayah jaga.

Bila mama dan yayah keluar bekerja, atok dan opah la yang menjaga dan melayan karenah cucu-cucunya ni. Kesian atok, kesian opah. Tapi kami semua sayang atok, sayang opah!!!

Friday 9 March 2012

Apa kisah kami...


Payah juga nak memilih tajuk yang sesuai untuk blog ini. Banyak betul idea yang mencurah-curah. Treng....akhirnya.. dapat juga direalisasikan menerusi cerita animasi kegemaran Rizqin - Upin dan Ipin. Tapi, kisah ini ada cerita mama, yayah, Rizqin, Syifa, atok, opah, aunty Ja, pak su Syafiq dan macam-macam ada. Jadi, INI KISAH KAMI SEMUA...