Monday 12 March 2012

Pasar yang ditunggu-tunggu

Rizqin kan suka mainan beroda. Hampir setiap minggu Yayah belikan mainan di pasar. Bila pergi pasar, pilih je mainan apa yang hendak. Ambil dan bayar. Itu la sebabnya Rizqin suka sangat pergi pasar. Kalau lalu pekan, dia akan cakap pasar-pasar, yayah beli mainan!. Dan dia sendiri akan jawab 'esok yayah beli, esok yayah beli'. Tiap kali dia minta mainan, 'Esok yayah beli.' Alhamdulillah memang mudah nak handle. 

Syifa pula, kalau ke pasar mesti duduk mencangkung tengok ayam dalam reban. Anak itik dalam kotak. Suka benar Syifa dengan anak itik. Mujur dia tak minta satu nak bela. Kalau tak payah juga dibuatnya. Tapi, Syifa cukup suka belon gas 5 ringgit. Kalau tak dapat dia tunjuk-tunjuk belon tu, nak!!! Disebabkan Syifa suka sangat dengan anak itik maka dibelikannya belon anak itik satu. Seronoknya Syifa. Ditunggang-tunggang macam naik kuda. Ha..ha.ha

Tak sah kalau pergi pasar tak beli pisang lemak manis. Kegemaran anak-anak terutamanya Syifa. Bila makan pisang, Rizqin mesti sebut. Eh, apa tu? Ini, pisang. Nak satu boleh? Ambil la... Dialog Upin dan Ipin 'Pisang dan Cengkerang' Memang sah pengaruh Upin dan Ipin sangat kuat pada Rizqin. Dia boleh hafal satu persatu dialog dalam cerita Upin dan Ipin. Siap boleh tiru aksi Upin dan Ipin lagi. Hebat!

Kalau di rumah atoknya, setiap malam Selasa dan Khamis ada pasar malam. Pagi-pagi bila kami sampai mesti dia terus lari ke tingkap. Oh.. tak bukak lagi...Siap pesan pada Aunty Ja. "Nanti beli mainan." Nak lori trailer, nak lori simen, nak lori pasir, nak kren la macam-macam. Ok..ok nanti petang Aunty Ja balik, kita pergi pasar malam. Maka seperti yang dijanjikan, Aunty Ja pun beli kan la mainan untuk anak buah kesayangannya. Bertambah kegirangan la hati si Rizqin. Horey!!!! Jadi, setiap minggu dia akan tuntut mainan dari Aunty Ja dan Pak Su Syafiq. "Rizqin nak lori pasir, esok Aunty Ja beli, esok Pak Su beli." Bertuah sungguh anak-anak kami.

Anak-anak juga ingat siapa jua yang membeli kan barangan buat mereka. Ini yayah beli, ini mama beli, ini opah beli, ini atok beli, baju ini acu beli, ini aunty ja beli. Dibelek-belek nya mainan, digayakan bajunya dan tidor pun mesti ada mainan disisi mereka. Terima kasih semua!!!

No comments:

Post a Comment