Tuesday 13 March 2012

Aktiviti lepas kerja...


Pagi-pagi lagi yayah dah rancang program anak-beranak petang ni. “Sayang, petang ni lepas kerja kita makan KFC jom”. Pada hal baru dua hari lepas makan KFC. Ok, bestnya. Kami sekeluarga memang penggemar KFC. Satu dinner plate dan satu lagi snack plate. Air milo. Makan panas-panas. Memang sedap sangat. Ayam dah tentu bahagian dada, tight dan rib sahaja. Lain, NO. Kecik. Takut tak kenyang nanti. Memang licin la pinggan, tinggal tulang je. Sedap! Kalau dapat makan KFC kat TESCO Rawang, lagi best! Bolehla berbelanja di TESCO. Lepas makan, solat Maghrib kat rumah Opah.  Rumah yang paling banyak kenangan buat kami sekeluarga. Tunggu sampai solat Isyak kemudian baru balik rumah kami. 
Jika malam masih muda, kami anak-beranak akan berehat di Taman Syifa. Menghirup udara segar. Maklumla tempat tinggal kami ni Panorama Alam Tropika. Menyaksikan moon dan star yang bertaburan di angkasa. Bersama anak-anak mengira bintang. Sesekali melihat moon yang menyorok disebalik awan. Kemudian muncul semula. Macam main cak-cak pulak, moon ni. Melihat Rizqin dan Syifa pusing-pusing naik car. Bebas berlari, bergolek-golek di taman, bergembira, ketawa dan kadang-kadang menangis bila disakat. Bertegur sapa dengan Tok Din yang baru balik dari surau. Tok Din, Tok Din, sapa Rizqin. Jiran kami yang baik hati. Ya, ya Tok Din baru balik sembahyang. Tok Din dah makan ke? Ramah sungguh anak-anak kami.

Kalau tak berehat di Taman Syifa kami ke Taman Syafi. Melihatkan dua pokok pisang lemak manis yang yayah tanam. Main teka-teka pokok. Pokok pisang, pokok cili, pokok limau…Anak-anak lompat-lompat main dam. Susun-susun batu sungai. Entah berapa kali susun. Tak pernah penat. Sambil melagukan “apa yang penting kerjasama, apa yang penting kerjasama”. Kalau ada air di Taman Syafi, habis dikocak-kocaknya. Basah, kotor. Bising la yayah nanti. Biasalah, Rizqin akan tanya Yayah marah ke? Marah?. Marah… la, Syafi buat salah. (nama pangilan Rizqin). Oooo.. yayah marah. Ketawa yayah bila melihat telatah anak-anaknya. Sini, yayah nak cium. Terus tak jadi marah. Tak sah kalau berehat tanpa berkelah. Makan sosej, kentang goreng dan aiskrim pun jadila. Nak Ribena, nak Ribena! Syifa mesti nak pegang cawan minum Ribena. Semua seronok. Bila seharian sibuk bekerja, kami peruntukan sedikit masa untuk bermain dan berhibur bersama anak-anak. Hilang penat melihat keriuhan dan kegirangan anak-anak. Jam 9.30 malam semua mesti masuk tidur.

No comments:

Post a Comment