Friday 30 March 2012

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Nur Syifa Rizqin

Alhamdulillah, syukur perkara ini tidak terjadi kepada Syifa. Syifa pandai menyusu dan bijak melekap walau di dalam gelap. Hebat! Tidak mahu minum susu perahan menerusi botol susu, tidak mahu disudukan dan hanya mahu secara ‘direct’ sahaja. Jadi, mama tidak perlu lagi mengepam susu, tidak perlu simpan stok susu untuk Syifa. Syifa hanya mahu yang segar dan ‘direct’ sahaja. Sedihnya Syifa hanya dapat menyusu sepuas-puasnya apabila mama pulang dari kerja. Dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Syifa tidak menyusu. Jam 1.00 tengahari mama dan yayah akan pulang dan menyusukan Syifa. Antara jam 2.00 hingga 5.30 petang perut Syifa kembali kosong. Lapar susu. 

Hari-hari begitu. Tapi tidak kira hujan, panas, kursus, mama dan yayah tetap akan balik. Demi anak- anak kami sanggup buat apa sahaja. Abang, kita sanggup berpayahan pulang walau hanya 1 jam untuk menemui anak-anak kita. Cuaca panas terik, berhujan, debu-debu jalan kita redah bersama. Dengan pantas kita mengejar masa, bimbang nanti diperkata. Kita lakukan demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Hanya yang terbaik! 

Pengalaman menyusu tidak akan dilupakan. Terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Walau apa pun rintangan dan halangan yang kami tempuhi, alhamdulillah kami berjaya menyusukan anak-anak dengan susu ibu. Terima kasih ayah dan mama yang menjaga anak-anak kami dari kecil hinggalah kini. Sememangnya mereka amat bersabar dengan karenah cucu-cucunya. Terima kasih juga kepada mereka yang memahami dan sentiasa menyokong ke arah penyusuan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan jasa kalian.

No comments:

Post a Comment