Friday 30 March 2012

Pengalaman menyusu si anak kecil ~ Muhammad Syafi Rizqin


Sejak mengandungkan Rizqin lagi mama tekad untuk memberikan susu ibu kepada Rizqin. Tekad. Sehingga tidak mahu sedikit pun susu formula masuk ke dalam mulut Rizqin. Mama mahukan yang terbaik untuk kamu, Rizqin. Hanya yang terbaik. Pengalaman menyusukan Rizqin amat berbeza dari menyusukan Syifa. Masalah dalam penyusuan juga tidak sama. Kesukarannya juga tidak sama. Jerihnya juga tidak sama. Totally difference!. 

Kami pernah berdepan masalah di mana tiub filter dimasuki susu. Waktu itu adalah hari terakhir berpantang. Umur Rizqin baru 44 hari. Bergegas kami ke Mom’s Little Ones, Seri Kembangan untuk membeli tiub filter baru, tempat di mana kami membeli Spectra 3 Double Pumping. Syukur, kami dapat bertemu dengan Puan Rita Rahayu Omar, Kaunselor Laktasi Susu Ibu. Beliau terkejut melihat mama membeli filter dalam kuantiti yang banyak. Lantas beliau bertanya dan kami menceritakan masalah penyusuan yang sedang kami hadapi. Beliau telah memberikan tunjuk ajar, teknik dan panduan yang betul untuk berjaya dalam penyusuan. Praktik dan amalkan. Itu yang telah kami lakukan. Namun, keadaan masih sama dan luahan hati menerusi email ini juga pernah dihantar.
Assalammualaikum.
Puan Rita,
Saya merupakan ibu bekerjaya dan mengepam susu sepenuhnya. Semasa dalam pantang, saya telah menghasilkan 50 botol susu yang mengandungi 5oz setiap satu. Malangnya, anak saya tidak mahu meminum EBM, tidak mahu menyusu secara ‘direct’ dan hanya akan meminum susu ibu yang baru diperah sahaja menerusi botol. Mungkin sebab rasanya lain seakan berbau hanyir dan terlalu awal saya memperkenalkan anak saya dengan penyusuan botol. Saya dan suami pernah berjumpa puan satu ketika dulu dan cuba membuat relaktasi untuk anak saya kembali menghisap terus dari payudara saya. Tetapi tidak berjaya. Anak saya menangis semahu-mahunya dan saya terus-menerus mengepam susu.
Untuk makluman puan, saya menggunakan pam susu jenis Spectra 3 (double pumping) dan pam ini amat penting dan membantu saya walau dimana saya berada. Walau bagaimanapun, saya berjaya memberi susu ibu secara ekslusif dan mengepam secara berjadual kerana saya tidak mahu anak saya minum susu formula. Setiap hari saya memikirkan susu ibu untuk anak saya. Masa saya banyak dihabiskan dengan mengepam dan sukar untuk saya duduk lama / keluar berjalan pada hujung minggu. Keadaan ini berlarutan sehinggalah dia berusia 6 bulan (11 Mac yang lalu). Kini dia belajar untuk makan puri nasi yang dibuat sendiri. Saya berikan dia air jus sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri dan masih lagi mengepam susu ibu.
Persoalannya ialah anak saya masih lapar dan saya tidak tahu apa yang patut saya berikan untuknya? Susu badan saya masih ada, cuma setelah selesai mengepam, saya berikan terus padanya dan 30 minit selepas itu dia lapar lagi. Sekiranya saya mengandung lagi, saya tidak mahu anak yang bakal saya lahirkan nanti jadi seperti ini...
Saya amat berharap jawapan dari puan. Terima kasih.
Mama Rizqin
15 Disember 2009
Apakah yang terjadi kepada anak kedua yang bakal dilahirkan nanti, tunggu sambungannya...

No comments:

Post a Comment