Thursday 15 March 2012

Hari-hari kartun...

Rizqin amat gemar menonton cerita animasi Upin dan Ipin. Seharian dia boleh menghadap TV menonton Upin dan Ipin. Sebut saja tajuk mana yang nak ditonton.. Mama dan yayah akan bukakan record Upin dan Ipin. Memang dia boleh hafal dialog dan tiru aksi Upin dan Ipin. 

Betul, betul, betul. Eh, apa tu? Ini pisang. Nak satu boleh, ambil la. Pisang & Cengkerang. Upin Ipin rajin mengemas mainan, ditirunya mengemas. Bagus juga kemas rumah. Bersih rumah kita. Bila mama sapu sampah, sibuk dua beradik ni nak sapu. Katanya, anak rajin, anak rajin! Yang bermaksud. Nak tolong menyapu la tu. Nanti mama bagi, nanti mama bagi, katanya. Dah bersih barulah beri penyapu pada anak-anak. Kalau tak bersepah la semula. Sama kan, sama kan. 

Kalau nampak anak kucing. Digelarnya Apin. Upin Ipin dan Apin. Macam cerita Ombak Rindu, Maya Karin pegang kucing. Eh, Apin la, Apin la. Suka sangat makan ayam. Of course la, KFC. Nak ayam goreng! Nak ayam goreng! Dah tentu makanan kegemaran Ipin. 

Di tumbuk-tumbuknya belakang badan Opah dengan tangannya, sedap tak? Sedap. Samakan, samakan. Tiru Upin Ipin urut Opah. Opah memuji, Sayang… cucu opah. Dijeritnya, Atok, atok, nak tolong, nak tolong! Dibantunya atok kemas rumah. Rajin sungguh cucu atok. Kalau berjual dijeritnya dua seringgit, dua seringgit... Sama macam Mail jual ayam goreng di pasar. 

Pegang pistol, beraksi tembak-menembak. Jerit pistol angin! pistol labah-labah! pistol agar-agar tiru kehebatan Sarjan Hussin dalam Metrobot Bergabung. Disebutnya Mulu..mulu..mulu, seperti Red Indian dalam Kembara ke Pulau Harta Karun. Banyak yang mereka pelajari dari Upin dan Ipin. Belajar tentang astronaut, buah-buahan, puasa, sahur, piala dunia, persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan, kebersihan, kitar semula, haiwan, mengenal pelbagai jenis objek dan sebagainya. 

Kini, kartun baru kegemaran Rizqin ialah Toonlicious Siri Oggy and Cockroaches dan Tom and Jerry. Walaupun siri kartun tersebut tanpa suara, tapi gelagat dan aksi kartun tersebut amat melucukan. Rizqin paling suka melihat aksi kartun saling mengenakan antara satu sama lain. Melompat-lompat Rizqin ketawa. Dan dari siri Tom and Jerry jugalah Syifa kenal tikus. Dia boleh buat muncung cencurut sambil mulut muncung ke depan dan berbunyi-bunyi macam tikus. 

Syifa pula sukakan bunyi-bunyian. Bunyi radio atau orang menyanyi di TV, dia akan melagukan mengikut alunannya. Mengangguk-ngangguk kepala mengikut rentak lagu, hentak-hentak kaki, pusingkan badan dan tergoyang-goyang punggungnya. Memang Syifa suka menyanyi. Permulaan montaj cerita Upin dan Ipin, dia akan berjoget. Na, na, na, na,na,na… na. na, na, na, na, na. Sambil makan dia menyanyi, mandi pun dia nyanyi, dalam kereta dia menyanyi, memang dia happy. La, la, la, la, la. Nak tidur pun, Opah kena dendangkan lagu marhaban, zikir dan macam-macam lagu Opah ciptakan untuk Syifa. Barulah Syifa boleh melelapkan mata. 

Rizqin dan Syifa memang periang, petah bercakap dan menghiburkan. Tak reti nak duduk diam. Ada saja aktiviti mereka. Tapi kalau mereka berdua senyap. AWAS! Tengah buat salah la tu..

No comments:

Post a Comment