Monday 12 March 2012

Stering oh stering

Rizqin cukup sukakan mainan beroda. Tak kiralah kereta ke, lori ke, motor ke, bas ke. Memang dia minat sangat. Di Econsave, ada satu booth jual rumah. Sah-sah ada replika rumah. Siap ada dua biji kereta lagi. Kecik je keretanya. Wah, bukan main seronok si Rizqin tengok rumah tu, sebab ada kereta yang sangat comel. Bila time nak balik, menjerit. Rizqin nak tengok lagi! Nak tengok lagi!. Yayah, Rizqin nak tengok lagi. Akibatnya, kalau pergi Econsave, kami tak akan lalu depan booth tu ...takut-takut dia tak nak ganjak dari situ. Tapi Rizqin cepat cool. Dia anak yang tenang. Pujuk dan alihkan perhatian, terus dia ok. 


Syifa pula, apa yang abang dia suka, dia suka.  Apa yang abang dia pegang, dia mesti nak. Tapi, Rizqin tak bagi chance punya.Tarik-tarik, sudahnya berebut dua orang tu. Tapi, nak leraikan, salah seorang perlu beralah. Mama kata "bagi adik ya, sayang. Adik tak ada mainan. Kalau pergi Pasar adik tak pernah mintak mainan. Rizqin tiap-tiap minggu dapat mainan. Sian adik." Kita kan adik-beradik. Jadi, bila rebut-rebut mainan, Rizqin mesti sebut, 'kongsi-kongsi kita kan adik-beradik."  Kini, Syifa pulak yang beralah bila Rizqin sebut macam tu.


Kalau pergi pekan, mesti singgah Happy Home. Mulut anak-anak mesti sebut, nak pergi Happy Home, Happy Home. Meronta-ronta nak pergi Happy Home. So, untuk tidak mengecewakan hati anak-anak maka kami pun ronda-ronda la ke Happy Home. Terima kasih Yayah kerana ikutkan kehendak anak-anak kesayangan tu. Mama pun suka jugak pergi Happy Home. Sebenarnya best juga jalan malam-malam kat pekan tu. Pekan yang tak pernah sunyi, sentiasa ramai orang. Kat depan Happy Home tu, ada bola gantung-gantung, layang-layang digantung. So, menariklah minat kanak-kanak nak singgah kat kedai ni. Ditambah pula ada kereta seringgit sekali naik. Memang itu la tujuannya ke Happy Home. Kalau tak puas naik. Menjerit la si Syifa. Nak naik lagi, nak naik lagi!. Pernah satu ketika, dia menangis tak henti-henti dalam kereta dari pekan sampai la ke rumah. Ada lebih kurang 8 km jugak la dia menangis. Sejak tu, kalau pergi mana-mana kedai / shopping complex yang ada permainan berbayar ni, kami perlu beringat. Anak-anak cukup suka dan tak puas pegang stering.

Baik di dalam kereta, waktu yayah sedang memandu, mesti menyibuk nak ke depan. Pada hal dah ada carseat. Dah dibelikan kereta Hyundai remote control / pandu sendiri, dah dibelikan jip, tapi masih nak naik kereta seringgit ni. Jadi, dalam dompet kenalah standby syiling banyak-banyak. Senang sikit nak belanja naik kereta ni. Yayah jom. Mama jom. Rizqin nak naik car! Adik pun nak, Adik pun nak! Bila anak-anak happy, kami semua pun turut happy... 

No comments:

Post a Comment