Tuesday 27 March 2012

Karenah si anak kecil

Setahun yang sudah, Syifa sering menangis. Kerap! Sejak dari dalam pantang lagi. Syifa asyik menangis.  Tak boleh nak diletak. Pantang mama bergerak. Melalak la dia. Selagi tak datang dan dukung dia, selagi itulah dia akan menangis. Mata dia sentiasa berair.  Tanyalah Rizqin. Adik mana? Dijawabnya 'adik nangis'.

Bila di rumah atok, Syifa hanya mahukan opah. Atok dia tak nak. Tak boleh berenggang dengan opah.  Sampaikan opah tak boleh nak buat kerja lain. Opah nak siapkan kerja, bagi Syifa pada atok, dia melalak.  Nak basuh baju, sidai kain, memasak, mengemas, basuh bilik air, ambil air Dr. Sukida, pergi kedai, buang air semuanya tak senang nak buat. Waktu opah masak, ada dalam sepuluh kali la... asyik bukak tutup api. Opah kata kalau hantar rumah orang ni, sah orang tak nak jaga. Tak sanggup. Menangis je. Bila Syifa menangis tak henti-henti Opah akan bawa Syifa ke muka pintu dan ketuk-ketuk pintu sambil berkata ‘Ha, mama dah balik, mama dah balik’. Maka, secara automatiknya diam la... Syifa. Tapi, untuk sementara waktu je, lepas tu sambung semula menangis. 

Bagi memudahkan opah dan atok menjaga cucunya ini, yayah sediakan buaian elektrik agar Syifa boleh tidur tanpa opah perlu ayunkan buaian. Tapi wajib menyanyi untuk dodoi kan Syifa. Sampai hilang suara opah dibuatnya. Bila dah penat menyanyi, tak tidur pulak si Syifa. Terkebil-kebil matanya dalam buaian. Rupa-rupanya Syifa diserang Separation Anxiety. Separation Anxiety sering terjadi kepada bayi yang berumur 6 bulan atau seawal dari itu. Tetapi perkara ini tidak terjadi kepada Rizqin. Rizqin amat mudah dijaga semasa kecil.  Kenapa Separation Anxiety ini terjadi?
  • Attachment : Pertalian emosi di antara anda dan bayi anda adalah begitu mantap, dan kekuatan ikatan ini menjadikan dia mahu bersama anda sepanjang masa. Dia fikir, "Saya hanya mahu ibu saya, tidak ada orang lain." 
  • PermanenceYour baby has no concept of permanence. Bayi anda tidak mempunyai konsep kekal. Apabila dia melihat bola bergolek ke belakang sofa, dia berpendapat bola itu tidak lagi wujud. Bayi anda menangis apabila dia tidak dapat melihat kerana dia fikir, "Ibu pergi dan dia tidak akan kembali."
  • Time : Konsep masa bayi anda belum terbina. Jadi, walaupun anda memberitahu dia yang anda akan kembali kepadanya tidak lama lagi, dia berfikir, "Ia akan ambil masa yg lama sebelum saya lihat ibu saya sekali lagi."
  • Awareness : Dia lebih sensitif terhadap kehadiran anda kerana dia mempunyai pemahaman yang lebih matang tentang dunia di sekelilingnya. Hasilnya, bayi anda bertindak balas apabila anda hilang dari penglihatannya. Dia fikir, "Saya sudah kehilangan ibu saya."
Pertalian emosi antara Syifa dan mama amat kuat. Maklumla Syifa adalah anak 100 % susu ibu. Rizqin juga anak yang menyusu secara ekslusif sehingga umurnya 6 bulan 20 hari. Dan...ketika itu juga Syifa telah tiga bulan berada di dalam rahim mama. Rizqin anak yang tenang, mahu dengan semua orang, tidak banyak ragam. Memang mudah. Betul la, setiap anak lain karenahnya, berbeza wataknya walaupun anak-anak kita lahir dari rahim ibu yang sama. Perbezaan ini memerlukan pendekatan yang berlainan. Jika anak itu sensitif kita perlu lebih peka dengan perasaan dan emosinya. Jika anak itu gemar bercerita kita perlu suka mendengar celotehnya. Peluk, cium, pujuk dan bergurau dengan mereka setiap hari. Malam ini kita berseronok di Taman Syafi Syifa lagi tau! Tiap-tiap hari tau…MESTI

No comments:

Post a Comment