Friday 30 March 2012

Rizqin junior...

Rahim mama terasa sakit setiap kali mengepam susu. Pelik juga? Sewaktu kami pergi berjalan-jalan di Aquaria KLCC, pinggang dan badan mama terasa sakit. Amat sakit. Kenapa ni? Tak pernah-pernah macam ni? Adakah kerana mama kerap mengepam? Adakah kerana rutin harian mengepam amat memenatkan, sehingga sakit-sakit badan. Tapi sebelum itu, yayah pernah kata perut mama nampak besar. Pada hal masa dalam pantang, perut dah kempis sebab rajin bertungku. Opah pun kata begitu. Mengandung ke kamu ni? Nampak lain. 

Tak mungkin mama mengandung. Sebab selepas bersalin mama tak pernah datang bulan dan menyusukan anak pula. Tapi tak mustahil juga mama mengandung. Balik dari Aquaria KLCC, yayah syorkan pergi farmasi. Ha? Terkejut pun ada, gembira pun ada, pelik pun ada. Mengandung lagi! Tapi Rizqin masih kecil lagi. Semasa Rizqin berusia 6 bulan, rupa-rupanya mama dah mengandung 3 bulan. Alhamdulillah, syukur. Kata yayah “Jumpa Dr. Jaafar lagi la”. Selama tiga tahun kami menanti kelahiran anak sulung kami, Rizqin. Ternyata rezeki kali ini cepat. Alhamdulillah, syukur. Rizqin akan dapat adik. Selamat lahir ke dunia sayang... kami tak sabar nak jumpa kamu wahai anakku.

No comments:

Post a Comment